Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi 5.8 Magnitud Gegar Sumatera Utara

GEMPA
Kredit: MetMalaysia

Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 magnitud dilaporkan berlaku di Sumatera Utara, Indonesia pada pukul 7.37 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, gempa berkenaan berpusat pada koordinat 4.6 darjah Utara dan 96.3 darjah Timur.

Menurut METMalaysia, lokasi gempa itu terletak kira-kira 59 kilometer (km) timur laut dari Meulaboh, Indonesia pada kedalaman 30 km.

Bagaimanapun, METMalaysia mengesahkan kejadian gempa bumi berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Intipati
  • Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 berlaku di Sumatera Utara pada 7.37 pagi tadi.
  • METMalaysia memaklumkan pusat gempa berada kira-kira 59 kilometer timur laut dari Meulaboh.
  • Kejadian pada kedalaman 30 kilometer itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan