Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi 7.2 Magnitud Gegar Vanuatu, Amaran Tsunami Dikeluarkan

gempa bumi vanuatu
Kredit: MetMalaysia

Gempa bumi bermagnitud 7.2 menggegarkan perairan Vanuatu pada Sabtu dan mencetuskan amaran tsunami.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) berkata berdasarkan parameter awal gempa bumi, ombak tsunami berbahaya berkemungkinan melanda kawasan pantai yang terletak dalam lingkungan 300 kilometer dari pusat gempa.

Gempa bumi Vanuatu

Menurut Perkhidmatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa terletak kira-kira 200 kilometer di barat laut Port-Olry, Vanuatu.

Bagaimanapun, USGS kemudiannya menyemak semula magnitud gempa bumi tersebut daripada 7.2 kepada 6.9.

Agensi itu turut melaporkan satu lagi gempa bumi bermagnitud 6.3 yang berlaku berhampiran kawasan berkenaan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa gempa bumi itu berkekuatan 7.0 magnitud.

Namun, tiada amaran tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut.

Untuk pengetahuan, gempa bumi merupakan kejadian yang kerap berlaku di Vanuatu, sebuah negara kepulauan berkedudukan rendah yang terletak di sepanjang Lingkaran Api Pasifik.

Lingkaran Api Pasifik pula merupakan kawasan yang aktif dengan kegiatan seismik, merentasi Asia Tenggara hingga ke lembangan Lautan Pasifik.

Sumber:AFP.com
Intipati
  • Gempa bumi di perairan Vanuatu mencetuskan amaran tsunami pada Sabtu.
  • PTWC berkata ombak tsunami berbahaya berkemungkinan melanda pantai dalam lingkungan 300 kilometer.
  • USGS menyemak magnitud gempa daripada 7.2 kepada 6.9 selepas laporan awal.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan