Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi 3.4 Magnitud Gegar Temenggor, Gerik

GEMPA GERIK
Kredit: MetMalaysia

Gempa bumi lemah 3.4 magnitud telah berlaku di Temenggor, Gerik, Perak pada jam 12:06 pagi Jumaat.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku di koordinat 5.5° Utara dan 101.3° Timur dengan jarak 9 kilometer Timur Laut dari Hulu Perak.

Kedalaman gempa itu adalah 10 kilometer dan gegaran dapat dirasai di sekitar kawasan Gerik.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.

“Mohon tuan puan yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soal selidik di pautan ini https://forms.gle/BsgrF3Cc8p11iZ277,” katanya.

Intipati
  • Gempa bumi lemah 3.4 magnitud berlaku di Temenggor, Gerik, awal pagi Jumaat.
  • Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer.
  • Gegaran dirasai di sekitar Gerik, manakala MetMalaysia akan terus memantau keadaan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan