Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mayweather, Pacquiao Kembali Gegar Las Vegas September Ini

Mayweather, Pacquiao Kembali
Kredit: AFP

Mayweather, Pacquiao Kembali Gegar Las Vegas September Ini

LAS VEGAS -- Selepas 11 tahun, dua lagenda tinju dunia, Floyd Mayweather Jr. dan Manny Pacquiao bakal kembali bertemu dalam perlawanan ulangan tinju profesional pada 19 September di Sphere, Las Vegas.

Difahamkan, pertarungan yang dinanti-nantikan itu akan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia menerusi platform penstriman Netflix.

Pengumuman tersebut dibuat beberapa hari selepas Mayweather menyatakan hasrat untuk kembali daripada persaraan susulan perlawanan pameran yang dirancang menentang Mike Tyson pada 2026.

Pacquiao pula sebelum ini kembali beraksi Julai lalu dan mencatat keputusan seri majoriti ketika menentang juara WBC welterweight ketika itu, Mario Barrios.

Walaupun ia memecahkan beberapa rekod tinju termasuk 4.6 juta langganan bayar-per-tonton (PPV) di Amerika Syarikat dengan kutipan melebihi AS$410 juta, selain jualan tiket berjumlah AS$72.2 juta.

Setakat ini, kelas berat serta jumlah pusingan bagi perlawanan ulangan tersebut masih belum diumumkan.

Ia akan diterbitkan oleh EverWonder Studio, Hidden Empire dan Limitless X Holdings serta dipromosikan bersama oleh Manny Pacquiao Promotions dan Mayweather Promotions.

Untuk rekod, pada 2 Mei 2015, Mayweather menewaskan Pacquiao menerusi keputusan sebulat suara dalam pertarungan yang mencatat sejarah apabila meraih 4.6 juta langganan bayar-per-tonton (PPV) di Amerika Syarikat dengan kutipan melebihi AS$410 juta, selain jualan tiket berjumlah AS$72.2 juta.

Mayweather, yang memiliki rekod sempurna 50-0, menegaskan beliau yakin keputusan sama akan berulang.

Pacquiao pula menyifatkan aksi ulangan itu sebagai peluang untuk sekali lagi mencipta sejarah dan menghadiahkan kemenangan buat rakyat Filipina.

Acara ini juga bakal menjadi perlawanan tinju pertama dianjurkan di Sphere, lokasi hiburan bernilai AS$2.3 bilion yang sebelum ini pernah menjadi tuan rumah acara UFC pada 2024.

Sumber:Netflix,ESPN