Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dron Dipintas Berhampiran Makkah, Malaysia Seru Henti Tindakan Ancam Keselamatan Tanah Suci - Anwar

Dron Dipintas Berhampiran Makkah
Kredit: AFP

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Malaysia menyeru agar sebarang tindakan yang boleh mengancam keselamatan dan kesucian Tanah Suci Makkah dihentikan serta-merta.

Kenyataan itu dibuat susulan laporan mengenai sebuah dron yang berjaya dipintas berhampiran Makkah.

Menurut Anwar, Malaysia turut menzahirkan dukungan kepada Kerajaan Arab Saudi serta menghargai tindakan pantas yang diambil dalam memastikan keselamatan penduduk dan para jemaah di Makkah terus terpelihara.

“Sebarang percubaan yang boleh mengancam keselamatan dan kesucian kota paling suci umat Islam ini tidak boleh diterima sama sekali.

“Insiden ini sekali lagi mengingatkan kita akan keperluan untuk mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan yang lebih meruncing di rantau tersebut,” katanya.

Menurut Anwar, Malaysia menyeru agar segala serangan terhadap kawasan awam dihentikan serta-merta, termasuk sebarang tindakan yang boleh mengancam keselamatan dan kesucian tempat-tempat suci.

“Semua pihak yang terlibat harus memilih jalan damai menerusi dialog bagi meredakan ketegangan serta mencari penyelesaian tanpa berlengah,” katanya lagi.

Intipati
  • Anwar berkata Malaysia menyokong Arab Saudi susulan laporan dron dipintas berhampiran Makkah.
  • Beliau menghargai tindakan pantas Arab Saudi menjaga keselamatan penduduk dan jemaah di Makkah.
  • Malaysia menyeru serangan terhadap kawasan awam dan tempat suci dihentikan serta-merta.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan