Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Disebabkan Kesesakkan Hidup Kerana COVID-19, Bilangan ‘Manusia Perak’ Dilapor Bertambah Di Indonesia

Kewujudan manusia perak di Indonesia semakin meningkat atas dasar peningkatan jumlah COVID-19 yang semakin membimbangkan. Manusia perak dianggap sebagai manusia yang dilapisi cat logam perak bersama kotak untuk mendapatkan sejumlah sumbangan daripada orang awam.

Hal ini tercetus ekoran krisis kewangan yang dihadapi oleh rakyat Indonesia untuk memperoleh pendapatan sepanjang musim pandemik berlangsung.

Gambar via Merdeka.com

Namun begitu, kebanyakkan manusia perak bukan sahaja terdiri daripada remaja malah anak yatim dan gelandangan juga turut melibatkan diri dalam melakukan aktiviti tersebut.

Kegiatan manusia perak telah menjadi tumpuan media serta Agensi Ketenteraman Awam Jakarta Utara setelah mendapat laporan dari orang ramai bahawa ia telah menganggu lalu lintas.

Hal ini, agensi tersebut terpaksa turun padang untuk menyelesaikan masalah yang berlaku serta membantu daripada pelbagai segi seperti perubatan dan sebagainya. Walau begitu, kehadiran mereka membuatkan manusia perak melarikan diri.

Sumber: The Jakarta Post