Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Datang Ke Guangzhou Cari Kain, Tak Sangka Peniaga China Boleh Bertutur Bahasa Melayu

kain
Kredit: Tiktok husnaliangliang

Kemampuan beberapa peniaga di Guangzhou, China, bertutur dalam Bahasa Melayu mencuri perhatian selepas seorang wartawan dari negara itu berkongsi pengalamannya berkunjung ke beberapa premis perniagaan di bandar berkenaan.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok, @husnaliangliang, yang merupakan wartawan China dan pelajar Bahasa Melayu, dia membawa penonton melihat sendiri bagaimana bahasa berkenaan digunakan oleh peniaga tempatan ketika berurusan dengan pelanggan dari Malaysia.

Kredit: Tiktok husnaliangliang

Antara individu yang ditemuinya ialah seorang peniaga kain dikenali sebagai Ali atau nama sebenarnya Tang Jia Li.

Menariknya, Ali bukan sahaja boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, malah turut memahami istilah berkaitan urusan jual beli kain.

Ketika ditanya mengenai keperluan kain untuk menghasilkan sepasang baju kurung, Ali menjelaskan bahawa kira kira empat meter kain diperlukan.

Mengulas bagaimana dia boleh mendapat nama Ali, wanita itu menjelaskan bahawa nama penuhnya ialah Tang Jia Li dan rakan rakannya memanggilnya dengan nama hujung tersebut.

Ali turut berkongsi bahawa minatnya mempelajari Bahasa Melayu bermula apabila dia mempunyai ramai rakan berbangsa Melayu yang mengajarnya sedikit demi sedikit.

Selain belajar daripada rakan, dia juga membeli buku untuk mendalami bahasa berkenaan.

Kredit: Tiktok husnaliangliang

Menurut Ali, kebolehannya bertutur dalam Bahasa Melayu memudahkannya berkomunikasi dengan pelanggan dari Malaysia sekali gus membantu urusan perniagaan.

Lebih menarik, kunjungan wartawan itu turut menemukan sebuah premis makanan yang menggunakan nama Cita Rasa Melayu.

Peniaga di premis berkenaan dilihat boleh menyebut beberapa perkataan dan frasa mudah dalam Bahasa Melayu, termasuk ketika menerima pesanan makanan.

Kredit: Tiktok husnaliangliang

Antara perkataan yang digunakan ialah nasi putih, sate kambing, sayur dan ikan.

Peniaga tersebut turut menjelaskan bahawa premis berkenaan menerima pelanggan daripada pelbagai negara, termasuk Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Kredit: Tiktok husnaliangliang

Selain Bahasa Melayu, beberapa bahasa lain seperti Arab, Inggeris, Parsi, Urdu, Jepun dan Rusia turut digunakan untuk memudahkan komunikasi dengan pelanggan.

Sepanjang kunjungan itu, wartawan berkenaan turut berinteraksi dengan beberapa peniaga lain yang menyambut kedatangannya dengan mesra.

Dia juga berharap lebih ramai pengunjung dari luar negara dapat mengenali dan menyukai Guangzhou, selain berkunjung ke premis perniagaan yang dikongsikan dalam video tersebut.

Perkongsian itu memperlihatkan bagaimana Bahasa Melayu bukan sahaja digunakan dalam kalangan masyarakat di Malaysia, malah turut menjadi medium komunikasi yang membantu urusan perniagaan dengan pelanggan dari negara ini di Guangzhou.

Intipati
  • Wartawan China berkongsi video peniaga Guangzhou menggunakan Bahasa Melayu dengan pelanggan Malaysia.
  • Peniaga kain dikenali Ali mempelajari Bahasa Melayu daripada rakan Melayu dan buku.
  • Sebuah premis makanan turut menggunakan frasa Melayu ketika menerima pesanan pelanggan serantau.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan