Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Covid-19: Tiada Tambahan Zon Merah, Kekal 26 Daerah

KUALA LUMPUR, 12 April – Zon merah COVID-19 kekal 26 daerah, setakat 12 tengah hari semalam, dengan Lembah Pantai masih merekodkan jumlah kes tertinggi positif COVID-19, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).

Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah berkenaan merekodkan 459 kes.

Selain Lembah Pantai, daerah Hulu Langat dan Petaling masing-masing mencatatkan kes kedua dan ketiga tertinggi dengan 378 dan 335 kes.

Zon merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

Negeri Selangor masih mencatatkan bilangan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu 1,183 kes manakala kes terendah di Labuan iaitu 15 kes.

Sementara itu, Malaysia mencatatkan kedudukan kekal dalam senarai negara dijangkiti pandemik COVID-19 di dunia, iaitu negara menghuni tangga ke-34 semalam (11 April) dengan 4,530 kes positif dan 73 kematian.

Berikut adalah senarai lokasi zon merah lain seluruh Malaysia:

Perak

KES

Hilir Perak

66

Kinta

98

Selangor

Sepang

61

Petaling

335

Hulu Langat

378

Gombak

125

Klang

169

Hulu Selangor

45

Kuala Lumpur

Cheras

69

Kepong

119

Lembah Pantai

459

Titiwangsa

112

Putrajaya

51

Negeri Sembilan

Seremban

213

Rembau

53

Melaka

Jasin

67

Melaka Tengah

46

Pahang

Kuantan

76

Jerantut

64

Johor

Batu Pahat

51

Kluang

183

Johor Bharu

176

Kelantan

Kota Bharu

88

Sarawak

Kuching

215

Kota Samarahan

47

Sabah

Tawau

70

JUMLAH

3,436

Sumber: Bernama