Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dunia pencuci mulut di Malaysia kini hadir dengan kemunculan Churri’s Bodega, sebuah destinasi churros baharu yang menggabungkan kreativiti, imaginasi dan keseronokan dalam setiap hidangan. Kini dibuka secara rasmi di Menara UOA Bangsar, Churri’s Bodega memperkenalkan konsep pencuci mulut unik yang memberi nafas baharu kepada churros klasik menerusi sentuhan kreatif yang diinspirasikan daripada dunia penuh pesona Churri dan Grandpa.

Di sebalik identiti Churri’s Bodega, terdapat dua karakter dengan personaliti yang sangat berbeza. Grandpa, pakar churros di Churri’s Bodega, berpegang teguh kepada tradisi, ketelitian dan cara penyediaan yang sempurna. Churri pula sentiasa ingin meneroka, mencipta idea baharu dan mencabar Grandpa untuk keluar daripada zon selesanya.
Gabungan dua personaliti ini membentuk jiwa Churri’s Bodega, di mana pencuci mulut kegemaran ramai diberi nafas baharu menerusi gabungan perisa yang tidak dijangka, ciptaan inovatif dan sedikit sentuhan kekacauan yang menyeronokkan.

Churri’s Bodega menawarkan pelbagai pilihan churros istimewa yang disediakan segar, termasuk Churronut yang menjadi tarikan utama. Terhasil daripada inspirasi gabungan churros dan donut, Churronut hadir dalam pelbagai pilihan perisa asli serta kreatif seperti Pandan Chocolate dengan Coconut Flakes, Caramel dengan Dried Strawberry, White Chocolate dengan Raspberry dan Dark Chocolate dengan Almond. Pengunjung juga boleh menikmati Churronut Sand yang memanjakan selera, menampilkan churronut yang lembut dan gebu dengan lapisan inti coklat, Oreo serta krim vanila.
Bagi peminat cita rasa klasik, Churri’s Bodega turut menyajikan churros tradisional berbentuk batang keemasan yang dibuat segar dalam pilihan perisa original, coklat dan red velvet, lengkap dengan kemasan kayu manis atau gula aising.

Melengkapkan pengalaman menjamu selera, Churri’s Bodega turut menyediakan pelbagai pilihan minuman termasuk kopi panas dan sejuk, minuman coklat, minuman berasaskan soda, matcha serta teh, menjadikannya lokasi santai yang sesuai untuk pencinta pencuci mulut, penggemar kafe dan keluarga.
“Malaysia mempunyai budaya makanan yang sangat meriah, dan masyarakat di sini sentiasa teruja untuk mencuba perisa baharu, konsep kafe unik serta pengalaman menjamu selera yang boleh dikongsi bersama rakan dan keluarga."
"Di Churri’s Bodega, kami ingin menggabungkan sesuatu yang dekat di hati tetapi pada masa yang sama mampu memberi kejutan, dengan mengambil pencuci mulut klasik yang digemari seperti churros dan mengolahnya dengan sentuhan kreatif, sambil mengekalkan keaslian, kemahiran penyediaan serta rasa yang menyenangkan."
"Kami berharap Churri’s Bodega dapat menjadi tempat di mana orang ramai menikmati pencuci mulut istimewa, mencipta kenangan bersama dan merasai hasil imaginasi Churri serta Grandpa yang dicipta untuk semua,” kata LiBing Chong, BD & Marketing Manager.

Selain hidangan pencuci mulutnya, Churri’s Bodega turut direka sebagai ruang pengalaman yang interaktif dan menarik untuk dikunjungi, dengan suasana mesra kamera menerusi elemen karakter, hiasan bertemakan cerita, mesej tersembunyi serta pelbagai kejutan kecil yang menanti pengunjung di seluruh ruang kedai.
Sempena pembukaan rasmi, pelanggan juga berpeluang menerima Bad Fortune Card dengan setiap pembelian bermula 23 Jun hingga 31 Julai, di mana mereka akan menerima “ramalan malang” versi nakal daripada Churri bersama tawaran kejutan istimewa. Promosi ini terhad kepada 30 pelanggan pertama setiap hari.

Sama ada anda menyokong pasukan Grandpa yang setia dengan citarasa klasik, atau pasukan Churri yang sentiasa bersedia mencuba sesuatu yang luar biasa, Churri’s Bodega menjanjikan sebuah pengembaraan pencuci mulut yang penuh kehangatan, keajaiban dan sentuhan kekacauan yang menyeronokkan.