Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jepun Kekal Destinasi Pilihan Rakyat Malaysia, Taman Tema Paling Diminati

Menjelang musim cuti hujung tahun, Jepun kekal sebagai destinasi luar negara paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia berdasarkan data tempahan Klook, platform pengalaman pelancongan terkemuka di rantau Asia Pasifik.

Jepun merangkumi 31.2% daripada keseluruhan tempahan, diikuti Tanah Besar China dan Korea Selatan.

Selain destinasi popular seperti Tokyo dan Seoul, bandar seperti Osaka dan Busan turut mencatatkan permintaan tinggi. Pada masa sama, destinasi lebih dekat dalam negara juga terus menjadi pilihan untuk percutian hujung tahun.

Busan Hampir Menyaingi Seoul, Osaka Catat Populariti Setanding Tokyo

Bagi Korea Selatan, Seoul kekal sebagai bandar paling banyak ditempah oleh pelancong Malaysia dengan 37% daripada keseluruhan tempahan, diikuti rapat oleh Busan sebanyak 35%.

Di Jepun pula, Tokyo mencatatkan 25.6% tempahan, manakala Osaka tidak jauh ketinggalan dengan 24.8%. Malah, bahagian tempahan Osaka merupakan yang tertinggi berbanding enam pasaran yang dianalisis.

Pengurus Besar Klook bagi Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam, Sarah Wan berkata, pelancong Malaysia kini semakin berminat untuk meneroka destinasi dan pengalaman baharu ketika bercuti.

Menurutnya, bandar seperti Busan dan Osaka semakin mendapat perhatian apabila pelancong mula melihat pilihan selain destinasi ibu kota yang lebih popular.

“Selain mencari pengalaman menarik di taman tema luar negara, rakyat Malaysia turut memilih tarikan pelancongan yang lebih dekat dengan tanah air untuk mencipta kenangan percutian bermakna.

“Jelas sekali, pelancong kini merancang perjalanan dengan lebih menitikberatkan pengalaman yang sukar dilupakan,” katanya.

Percutian Domestik Masih Jadi Pilihan, Tarikan Mesra Keluarga Dapat Sambutan

Selain melancong ke luar negara, percutian dalam Malaysia juga terus mendapat tempat dalam kalangan rakyat tempatan.

Berdasarkan data Klook, Malaysia merangkumi 15.5% daripada keseluruhan tempahan yang dibuat oleh pelancong Malaysia.

Selain Kuala Lumpur, destinasi seperti Subang Jaya, Genting Highlands, Langkawi dan Ipoh turut menjadi antara lokasi tempatan yang paling banyak ditempah.

Tarikan mesra keluarga juga mencatatkan sambutan memberangsangkan. Hampir semua tempahan taman tema air oleh pelancong Malaysia melibatkan destinasi dalam negara, diikuti taman permainan sebanyak 83% dan zoo serta taman haiwan sebanyak 68%.

Taman Tema Kuasai Hampir 40% Tempahan Pengalaman Percutian

Menariknya, taman tema muncul sebagai pilihan utama rakyat Malaysia bagi aktiviti percutian hujung tahun.

Berdasarkan data Klook, kategori ini merangkumi 38.8% daripada keseluruhan tempahan pengalaman, hampir tiga kali ganda berbanding lawatan yang mencatatkan 13.3%.

Jepun menjadi destinasi utama bagi tempahan taman tema dengan bahagian sebanyak 50%, diikuti Tanah Besar China sebanyak 20%.

Taman tema air turut mencatatkan permintaan tinggi apabila merangkumi 7% daripada keseluruhan tempahan pengalaman, sekali gus meletakkannya di kedudukan ketiga sebagai kategori paling banyak ditempah.

Selain Jepun, Tanah Besar China turut menjadi pilihan utama untuk percutian hujung tahun apabila menduduki tempat kedua sebagai destinasi luar negara paling banyak ditempah.

Shanghai mencatatkan bahagian tempahan tertinggi di negara itu dengan 34.4%, diikuti Beijing sebanyak 28.1%.

Taman tema juga menjadi antara tarikan utama di Tanah Besar China apabila menyumbang kira-kira satu pertiga daripada keseluruhan tempahan rakyat Malaysia ke destinasi tersebut.

Klook Tawar Data eSIM Percuma Dan Promosi Hujung Tahun

Dalam usaha menjadikan perancangan percutian lebih menarik, Klook turut menggalakkan rakyat Malaysia menyenaraikan pengalaman yang ingin dinikmati atau dihadiahkan kepada insan tersayang sempena musim perayaan.

Mereka yang melengkapkan senarai keinginan sebelum 9 November 2026 akan menerima 3GB data percuma ke dalam Klook eSIM Data Bank.

Ciri baharu ini membolehkan pengguna membawa baki data eSIM yang tidak digunakan ke perjalanan seterusnya, sekali gus memudahkan mereka untuk terus berhubung sepanjang percutian.

Selain itu, pelbagai tawaran menarik turut disediakan menerusi kempen jualan hujung tahun Klook.

Menerusi Jualan 11.11 yang berlangsung dari 1 hingga 12 November, pengguna boleh menikmati tawaran eksklusif daripada rakan niaga Klook melibatkan tarikan pelancongan, hotel, pengangkutan dan banyak lagi.

Kempen ini kemudiannya diteruskan dengan Jualan Akhir Tahun Klook dari 13 November hingga 3 Januari, yang menawarkan kod promosi platform, diskaun aktiviti musim sejuk serta tawaran istimewa makanan dan minuman.

Pengguna juga boleh menikmati promosi Beli 1 Percuma 1 menerusi Jualan Mega 12.12 yang berlangsung dari 1 hingga 13 Disember.