Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

CHAGEE Rai Ulang Tahun Kesembilan, Perkenal Teadore Berkebaya & Jasmine Green Tea

CHAGEE meraikan ulang tahun kesembilannya dengan memperkenalkan watak khas Teadore yang mengetengahkan elemen kebaya dan bunga raya, siri minuman edisi terhad BO’YA Jasmine Green Tea serta promosi Tear & Win di Malaysia.

CHAGEE dalam kenyataan bertarikh 13 November memaklumkan sambutan bertemakan “One World. One CHAGEE.” itu menghimpunkan pasaran operasinya untuk meraikan ulang tahun secara serentak buat kali pertama.

Jenama teh yang membuka kedai pertamanya di Yunnan, China pada 2017 itu kini mempunyai lebih 7,600 cawangan merentasi China, Asia Pasifik dan Amerika Utara. Ulang tahun kesembilannya disambut pada 17 November 2026.

Pengurus Besar CHAGEE Malaysia, Eason Fang berkata sambutan berkenaan bukan sekadar meraikan pertumbuhan perniagaan, malah hubungan yang dibina bersama pelanggan sepanjang perjalanan jenama itu.

“Ulang tahun kali ini amat bermakna bagi kami kerana buat pertama kalinya, kami meraikannya bersama sebagai satu jenama global.

“Menerusi sahabat istimewa kami, Teadore, siri BO’YA Jasmine Green Tea dan aktiviti Tear & Win, kami berharap untuk terus menyatukan orang ramai menerusi secawan teh, serta mencipta detik-detik kebersamaan yang menyerikan sambutan ini,” katanya.

Teadore merupakan watak gajah hijau yang dicipta khas sempena ulang tahun berkenaan, dengan inspirasi daripada Laluan Kuda Teh Purba, iaitu laluan perdagangan bersejarah yang menghubungkan pelbagai komuniti.

Bagi pasaran Malaysia, watak bertelinga berbentuk daun itu ditampilkan dengan persalinan kebaya dan perincian bunga raya sebagai penghormatan kepada identiti tempatan serta bunga kebangsaan.

Koleksi edisi terhad Teadore turut ditawarkan sebagai sebahagian daripada sambutan tersebut.

Sementara itu, siri BO’YA Jasmine Green Tea yang tersedia sejak 6 November menggabungkan teh hijau jasmine dengan mangga tropika dan ditawarkan dalam pilihan teh susu serta teh bru.

Menurut CHAGEE, minuman berkenaan menggunakan gabungan empat jenis teh jasmine dari Yunnan, puri mangga varieti Small Tainong dari Hainan serta potongan mangga kering beku.

Daun teh turut melalui proses pengeringan pada suhu rendah bagi memelihara aroma teh dan buah.

Bagi promosi Tear & Win yang berlangsung dari 15 hingga 17 November, pelanggan yang membeli sekurang-kurangnya satu cawan minuman terpilih di cawangan yang mengambil bahagian akan menerima cawan promosi berkenaan.

Minuman yang layak ialah BO’YA Mekar Melati Mangga Bersusu, BO’YA Mekar Melati Bersusu, White Peach Oolong Milk Tea dan Da Hong Pao Milk Tea.

Setiap cawan Tear & Win menawarkan ganjaran, termasuk baucar diskaun dan hadiah eksklusif, dengan jumlah cawan terhad disediakan setiap hari.

CHAGEE memaklumkan aktiviti yang pada asalnya diadakan sempena pembukaan cawangan baharu itu diperluas ke seluruh negara sebagai penghargaan kepada pelanggan.

Di Malaysia, CHAGEE membuka kedai pertamanya pada 2019 dan mula mempunyai cawangan yang diperakui halal sejak 2023.

Menurut kenyataan itu, semua menu baharunya di Malaysia melalui proses permohonan pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebagai sebahagian daripada komitmen jenama terhadap amalan yang telus dan bertanggungjawab.

Intipati
  • CHAGEE meraikan ulang tahun kesembilan dengan Teadore berkebaya dan promosi Tear & Win.
  • Siri BO’YA Jasmine Green Tea menggabungkan teh jasmine, mangga tropika dan potongan mangga kering.
  • CHAGEE berkata menu baharu Malaysia melalui proses permohonan pensijilan halal JAKIM.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan