Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sembilan Tahun, Satu Janji: MR D.I.Y. Raih World Branding Award Kali Kesembilan Berturut-turut

World Branding Award

KUALA LUMPUR, 10 November 2026 – Sembilan tahun selepas menerima World Branding Award (Anugerah Penjenamaan Dunia) yang pertama, MR D.I.Y. Group sekali lagi diiktiraf sebagai “Top Home Improvement Retail Brand” (Jenama Peruncit Penambahbaikan Rumah Terunggul) dalam Kategori Anugerah Serantau, sekali gus mencatatkan kemenangan kesembilan berturut-turut di anugerah berprestij itu.

Iklan

Di anugerahkan pada edisi ke-21 Anugerah Penjenamaan Dunia anjuran World Branding Forum, pengiktirafan itu mencerminkan kepercayaan yang dibina oleh MR D.I.Y. dalam kalangan pelanggan seiring dengan perkembangannya di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

Perjalanan MR D.I.Y. di Anugerah Penjenamaan Dunia bermula dengan tiga Anugerah Kebangsaan berturut-turut dari 2018 hingga 2020, diikuti enam Anugerah Serantau berturut-turut dari 2021 hingga 2026. Perkembangan itu selari dengan pertumbuhan jenama tersebut daripada sebuah kedai perkakasan di Malaysia kepada kumpulan antarabangsa dengan lebih 6,000 cawangan di seluruh dunia.

Alex Goh, Naib Presiden Kanan Pemasaran MR D.I.Y. Group (M) Berhad berkata, sembilan kemenangan berturut-turut itu membawa makna yang lebih besar daripada pencapaian dalam mana-mana satu tahun.

“Sesebuah anugerah mengiktiraf satu detik tertentu, tetapi diiktiraf selama sembilan tahun berturut-turut mencerminkan sesuatu yang jauh lebih bermakna, iaitu kepercayaan yang terus diberikan pelanggan kepada kami.

“Bagi MR D.I.Y., nilai yang ditawarkan bukan sekadar tertumpu kepada harga semata-mata. Sebaliknya, ia merangkumi penyediaan produk bersesuaian dengan keperluan pelanggan, pengalaman membeli-belah yang mudah dan selesa, serta perkhidmatan yang boleh dipercayai, semuanya pada harga berpatutan. Seiring dengan perkembangan kami, MR D.I.Y. kekal komited untuk menunaikan janji itu secara konsisten di setiap cawangan dan di setiap pasaran.”

Beliau menambah, pengiktirafan itu turut menjadi milik warga kerja di sebalik jenama tersebut.

“Warga kerja kami bekerja keras setiap hari untuk memahami dan memenuhi keperluan komuniti di seluruh Malaysia dan rantau ini. Anugerah ini merupakan penghargaan atas komitmen mereka, serta kepada pelanggan yang menyokong kami sepanjang perjalanan ini. Kepercayaan mereka mendorong kami untuk terus mendengar, menambah baik dan mencari cara baharu untuk memberikan nilai yang lebih baik.”

MR D.I.Y. bermula pada 2005 sebagai sebuah kedai perkakasan kecil di Malaysia. Hari ini, Kumpulan itu mengendalikan lebih 6,000 cawangan di bawah format runcit MR. D.I.Y., MR. TOY dan MR. DOLLAR, dengan pasukan di Thailand, Brunei, Indonesia, Singapura, Filipina, Kemboja, India, Turki, Sepanyol, Vietnam, Bangladesh, Poland, Afrika Selatan dan Romania.

World Branding Awards mengiktiraf jenama terkemuka di peringkat global, serantau dan kebangsaan. Bagi edisi 2026-2027, sebanyak 2,000 jenama dari 62 negara telah dicalonkan, dan pemenang dipilih berdasarkan gabungan penilaian jenama, kajian pasaran pengguna serta undian awam dalam talian.

Majlis penyampaian anugerah berlangsung di Great Hall, Hampton Court Palace, United Kingdom, menghimpunkan jenama-jenama pemenang dari seluruh dunia bagi mengiktiraf kecemerlangan penjenamaan dan kepercayaan pengguna.

Untuk maklumat lanjut, layari www.mrdiy.com atau ikuti MR D.I.Y. di Facebook dan Instagram.