Sempena ulang tahun kesembilannya, jenama teh CHAGEE tampil dengan beberapa tarikan baharu buat pelanggan di Malaysia, termasuk pengenalan minuman edisi terhad Mango Jasmine Green, maskot istimewa Teadore serta promosi Tear & Win.
Sambutan tahun ini lebih bermakna apabila CHAGEE meraikan ulang tahunnya sebagai sebuah jenama global buat pertama kali, melibatkan pasaran di China, Asia Pasifik dan Amerika Utara menerusi tema “One World. One CHAGEE.”
Teadore tampil dengan kebaya dan Bunga Raya
Antara tarikan yang diperkenalkan ialah Teadore, seekor gajah berwarna hijau yang dihasilkan khas sempena ulang tahun kesembilan CHAGEE.

Maskot ini diinspirasikan daripada Laluan Kuda Teh Purba (Ancient Tea Horse Road), laluan bersejarah yang digunakan untuk membawa bekalan teh merentasi kawasan pergunungan dan komuniti.
Menariknya, Teadore di Malaysia tampil dengan persalinan kebaya yang dihiasi elemen Bunga Raya sebagai penghormatan kepada bunga kebangsaan negara.
Rekaan tersebut turut membawa identiti tempatan dalam sambutan ulang tahun CHAGEE, manakala Teadore di negara lain menampilkan pakaian dan elemen kebudayaan masing-masing.
Koleksi Teadore edisi terhad turut diperkenalkan sebagai sebahagian daripada sambutan kali ini.
Mango Jasmine Green dengan gabungan rasa teh dan mangga
Selain maskot istimewa, CHAGEE turut memperkenalkan siri minuman baharu BOáYA Mekar Melati Mangga (Mango Jasmine Green).
Minuman ini menggabungkan teh hijau melati dari Yunnan dengan puri mangga Small Tainong dari Hainan, China.
Menurut CHAGEE, gabungan tersebut menghasilkan rasa yang bermula dengan kemanisan mangga, diikuti aroma bunga melati yang menjadi ciri utama minuman berkenaan.
Siri ini ditawarkan dalam dua pilihan, iaitu teh susu dan teh bru, dengan penggunaan empat jenis teh melati bagi menghasilkan rasa yang lebih kaya dan berlapis.
Minuman edisi terhad ini mula ditawarkan kepada pelanggan sejak 6 November 2026.
Pelanggan berpeluang menang hadiah menerusi Tear & Win
Dalam perkembangan sama, CHAGEE turut mengembalikan promosi Tear & Win yang berlangsung selama tiga hari, bermula 15 hingga 17 November 2026.

Menerusi kempen ini, pelanggan yang membeli sekurang-kurangnya satu cawan minuman terpilih di cawangan CHAGEE yang mengambil bahagian akan menerima cawan khas Tear & Win.
Antara minuman yang layak menyertai promosi ini ialah:
BOáYA Mekar Melati Mangga Bersusu (Mango Jasmine Green Milk Tea)
BOáYA Mekar Melati Bersusu (Jasmine Green Milk Tea)
White Peach Oolong Milk Tea
Da Hong Pao Milk Tea
Setiap cawan mempunyai ganjaran tersendiri, termasuk baucar diskaun dan hadiah eksklusif. Bagaimanapun, jumlah cawan yang ditawarkan adalah terhad setiap hari.
