Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Buka Jawatan Kosong Di Putrajaya, Spekulasi Apple Store Kedua Di Malaysia Kini Muncul
Spekulasi kemungkinan Apple Store kedua bakal dibuka di Malaysia mula bertiup kencang selepas syarikat itu menyenaraikan beberapa kekosongan jawatan di Putrajaya.
Memetik laporan Wiser.My, beberapa jawatan Apple yang berkaitan dengan operasi kedai dan khidmat pelanggan telah ditemui dalam carian yang dibuat di laman web Apple Malaysia.
Menerusi semakan, carian lokasi Putrajaya memaparkan sebanyak 22 jawatan, termasuk Specialist, Ops Specialist, Technical Specialist, Technical Expert, Genius, People Ops Planner, Tech and Merch Pro, Business Expert dan lain-lain.
Sementara itu, semakan menerusi hantaran di Linkedin menunjukkan jawatan-jawatan berkenaan turut disenaraikan dengan lokasi penempatan adalah di Putrajaya.
Manakala, laman rasmi kerjaya Apple pula menyatakan kekosongan tersebut tersedia di sekitar Lembah Klang serta beberapa lokasi lain di Malaysia.
Menurut Wiser.My lagi, jawatan kosong yang diiklankan Apple merangkumi hampir kesemua posisi yang selalunya diperlukan untuk mengoperasikan sebuah Apple Store.
Melihat pada iklan kerjaya tersebut, IOI City Mall di Putrajaya menjadi salah satu kemungkinan lokasi Apple Store kedua Malaysia.
Bagaimanapun, buat masa ini tiada pengesahan rasmi daripada Apple atau IOI Properties yang berhubung spekulasi berkenaan.
Perkembangan ini mengingatkan kembali kepada situasi sebelum pembukaan Apple Store pertama di Malaysia.
Pada Disember 2022, Apple dilaporkan mula membuka beberapa kekosongan jawatan di Malaysia, termasuk 11 posisi dalam sektor runcit (Apple Retail).
Kira-kira 18 bulan selepas itu, Apple Store pertama Malaysia di The Exchange TRX, Kuala Lumpur akhirnya dibuka kepada orang ramai pada 22 Jun 2024.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan