Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bila "Check" Tiada Apa, CCTV Dedah Kelibat Sosok Di Atas Rumah

Iqbal Yasir
Sosok Di Atas Rumah
Kredit: Threads @_sarahkamalia_

Bila "Check" Tiada Apa, CCTV Dedah Kelibat Sosok Di Atas Rumah

Secara umum, dunia ini bukan hanya didiami oleh manusia dan hidupan bernyawa yang boleh dilihat dengan mata kasar sahaja.

Hakikatnya ia turut ‘dihuni’ oleh makhluk-makhluk lain yang terhijab daripada pandangan mata kita.

Makhluk ini pula hanya terlihat dalam keadaan tertentu dan apabila itu berlaku, sudah tentu seram sejuk dibuatnya, kan?

Ada yang mendakwa boleh melihat atau berbicara dengan penghuni alam ghaib ini kerana katanya deria keenam mereka terbuka.

Pada masa yang sama, kita juga pernah mendengar kisah kanak-kanak yang ditegur dan diajak bergurau senda dengan makhluk-makhluk ini.

Lebih menyeramkan, mereka boleh berbual dan bergelak ketawa pula ketika bertembung dengan entiti tersebut.

Nampak Hujung Tangan Terkeluar Pada Siling Rumah

Begitulah kejadian misteri yang dikongsikan oleh seorang pengguna Threads @_sarahkamalia_ yang memaparkan gangguan di rumah pada waktu malam.

Dalam klip yang dikongsikan menerusi kamera litar tertutup (CCTV), memaparkan lampu rumahnya secara tiba-tiba jatuh.

Menurutnya lagi, dia memaklumkan sebelum ini sudah 'diganggu' dengan kejadian serupa, di mana lampu rumahnya jatuh dari siling dipercayai ditolak oleh entiti misteri.

Sosok Misteri Di Atas Rumah

"Kejadian pelik dan seram malam ini. Korang rasa tu tangan apa?," kongsinya dalam hantaran sebelum.

Namun, setelah diperiksa di bahagian atas siling rumah, tiada apa yang ditemui, sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi.

Terjawab Wajah Kelibat Di Balik Siling Rumah

Dalam rakaman CCTV seterunsya, misteri disebalik kejadian pelik di rumahnya akhirnya terungkai apabila wajah kelibat tangan itu berjaya dikesan.

Berdasarkan klip berkenaan, punca disebalik kejadian misteri yang melanda rumahnya dipercayai seekor kucing yang berada di atas siling rumah.

Sementara itu, menjengah ke ruangan rata-rata netizen memberikan pelbagai respon termasuk terhibur dengan situasi yang dialaminya.

"Hahahahahahahaha nampak hidung pun dah tau.." komen seorang pengguna.

"Sis kurung electrician ke?" seloroh seorang pengguna

Sumber:Threads