Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Fit Check” Dari Beg Hingga Samping, Ini Keunikan Busana Anwar Sempena Belanjawan 2027

Busana Anwar
Kredit: Bernama

Hari ini menjadi antara hari yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2027 yang merangkumi pelbagai inisiatif untuk rakyat.

Selain intipati pembentangan tersebut, penampilan Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menarik perhatian apabila beliau menggayakan busana Melayu lengkap dengan aksesori yang mempunyai keunikan tersendiri.

Busana Anwar sempena Belanjawan 2027

Menerusi gambar yang dimuat naik di media sosial miliknya, Anwar berkongsi perincian mengenai asal usul setiap pakaian dan aksesori yang digayakannya sempena pembentangan belanjawan berkenaan.

Antaranya, songkok yang dipakai berasal dari Johor, manakala baju Melayu berwarna biru muda pula dari Kuala Lumpur.

Butang baju Melayu yang melengkapkan penampilannya pula berasal dari Pahang.

Lebih menarik, samping yang digayakan Anwar berasal dari Penjara Kajang, manakala capal yang dipakainya pula dari Permatang Pauh.

Tidak ketinggalan, beg yang digunakan untuk membawa dokumen Belanjawan 2027 turut mempunyai keistimewaan tersendiri.

Beg anyaman tersebut merupakan hasil rekaan dua artisan tempatan, David Cho Chee Min dan Amira Wani Jamil.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF) , beg itu menggabungkan seni anyaman dawai keluli, buluh dan kulit kitar semula.

Karya tersebut melambangkan keunikan kepelbagaian Malaysia yang disatukan melalui kreativiti, daya tahan dan kelestarian.

Intipati
  • Anwar Ibrahim menggayakan busana Melayu lengkap ketika membentangkan Belanjawan 2027 hari ini.
  • Songkoknya berasal dari Johor, manakala baju Melayu biru muda dari Kuala Lumpur.
  • Beg anyaman Belanjawan 2027 direka dua artisan tempatan menggunakan bahan kitar semula.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan