Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Satu portal hiburan World War Bot ‘meramalkan’ Malaysia menjadi kuasa terbesar dunia menjelang tahun 2135 M setelah beberapa siri peperangan.
Dalam satu kemaskini di laman Facebook berkenaan, bot itu mendakwa Malaysia mendapat kemenangan setelah mengalahkan Suriname.
“April 2135, Malaysia menguasai wilayah Argentina yang sebelumnya diduduki Suriname. Suriname kalah sepenuhnya. Malaysia menguasai dunia,” tulis laman itu dengan peta rekaannya.
Suriname merupakan sebuah negara kecil dengan populasi sekitar 570,000 orang di Timur Laut semenanjung Amerika Selatan. Seperti Malaysia, Suriname mempunyai kepelbagaian bangsa dan memiliki hutan hujan tropika. Malah, kira-kira 80 peratus negaranya terdiri daripada hutan tersebut.
Troll ini mendapat reaksi ribuan warga maya dengan 13 ribu tanda suka dan lebih 2.7 ribu komen lucu imaginasi masing-masing.






Sumber: World War Bot, Britannica