Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bengang Duit Banyak Habis, Anak Sanggup ‘Iklan’ Mak Yang Sakit Dengan Harga RM3

Gambar hiasan - Tribunews

Pengorbanan ibu bapa sememangnya tiada galang gantinya, walaupun ada sesetengah ibu bapa yang tidak mampu memberikan kesenangan dan hidup yang mewah kepada anak-anak, namun mereka telah melakukan yang terbaik dalam membesarkan anak-anak mereka.

Iklan

Menjadi anak yang baik, selalu mendoakan dan menjaga ibu bapa ketika sakit merupakan hadiah yang terbaik boleh diberikan kepada setiap ibu bapa untuk membalas jasa mereka.

Hal sebaliknya pula berlaku di Indonesia, seorang gadis tular di Facebook beberapa hari yang lalu kerana berhasrat untuk menjual ibunya dengan harga 10,000 Rupiah atau RM3.00 sahaja.

Posting gadis itu dikecam oleh orang ramai kerana ibunya dikatakan sedang sakit dan tidak sanggup lagi untuk menjaganya.

Kredit Foto: Poros Garut

Gadis yang disyaki tinggal di Blitar, Indonesia itu juga menulis kata-kata yang tidak elok mengenai ibunya.

Kecaman yang diterima menyebabkan gadis itu membuat penjelasan bahawa dia ingin menjual ibunya disebabkan oleh keinginannya yang tidak dituruti dan ibunya hanya menghabiskan duit dia sahaja, namun tidak lama selepas itu akaun Facebook gadis itu ‘hilang’ dan tidak dapat dikesan lagi.

Kredit Foto: Poros Garut

Pihak polis daerah Blitar sedang berusaha mencari pemilik akaun Facebook itu dan kesahihan mengenai posting itu masih lagi disiasat.

Sumber: Tribun News