Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bangladesh Mohon Bantuan Malaysia Bekal LNG Susulan Krisis Bekalan Gas - PM

Malaysia Bekal LNG
Kredit: Anwar Ibrahim

Bangladesh Mohon Bantuan Malaysia Bekal LNG Susulan Krisis Bekalan Gas - PM

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bangladesh memohon bantuan Malaysia termasuk melalui kerjasama dengan Petronas bagi membekalkan gas asli cecair (LNG) untuk memenuhi keperluan mendesak susulan cabaran bekalan gas yang dihadapi negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata perkara itu disampaikan oleh Perdana Menteri Bangladesh Tarique Rahman dalam perbualan telefon mereka hari ini.

Anwar berkata perbualan mereka menyentuh pelbagai perkara berkaitan usaha memperkukuh hubungan Malaysia-Bangladesh khususnya dalam bidang tenaga dan pelaburan demi manfaat bersama.

“Dalam perbualan telefon itu, turut dibincangkan kerjasama ekonomi termasuk kemajuan pelaburan melibatkan Axiata serta potensi kerjasama strategik bersama MMC Port dalam memperkukuh hubungan ekonomi serta membuka lebih banyak peluang kepada kedua-dua negara,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata Malaysia akan terus komited memperkukuh hubungan persahabatan yang telah lama terjalin dengan Bangladesh berteraskan semangat saling menghormati, kerjasama yang pragmatik dan iltizam untuk membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Menurut laporan media antarabangsa, kekurangan bekalan gas di Bangladesh berikutan konflik Asia Barat menjadi lebih parah akibat kemalangan di sebuah kemudahan industri.


Sumber:BERNAMA
Intipati
  • Bangladesh memohon bantuan Malaysia membekalkan LNG bagi memenuhi keperluan mendesak bekalan gas.
  • Permohonan itu disampaikan Tarique Rahman kepada Anwar Ibrahim dalam perbualan telefon hari ini.
  • Kedua-dua pemimpin turut membincangkan kerjasama ekonomi melibatkan Axiata dan MMC Port.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan