Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Aspek Keselamatan Sekolah Perlu Ditingkatkan, Garis Panduan Sedia Ada Ditambah Baik - KPM

Aina Munirah
Aspek Keselamatan Sekolah Perlu Ditingkatkan
Kredit: Bernama

Aspek Keselamatan Sekolah Perlu Ditingkatkan, Garis Panduan Sedia Ada Ditambah Baik - KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), prihatin terhadap beberapa kejadian kemalangan yang berlaku di sekolah baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan, KPM berkata, itu adalah isyarat jelas keperluan untuk memastikan aspek keselamatan sekolah ditingkatkan.

"Sekolah bawah KPM diminta untuk memastikan pematuhan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat yang sedang berkuat kuasa," ujar KPM.

Pada masa sama, garis panduan baharu sedang dimuktamadkan dengan mengambil kira saranan Jawatankuasa Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan.

KPM juga turut mendapatkan pandangan pakar termasuk Institut Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan negara (NIOSH) bagi menambah baik tatacara keselamatan dan penggunaan kenderaan di sekolah.

"Semua pentadbir sekolah diminta untuk sentiasa memberi peringatan tentang keselamatan penggunaan kenderaan dalam kawasan sekolah," tambah KPM.

Sekolah perlu dipastikan menjadi ruang paling selamat untuk murid, guru dan seluruh warganya.