Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

AS Akan Bantu Iring Kapal Berkecuali Keluar Dari Selat Hormuz Bermula Isnin - Trump
TEHRAN -- Presiden Amerika Syarikat AS) Donald Trump pada Ahad menyatakan AS akan mula mengiringi kapal-kapal berkecuali keluar dengan selamat dari Selat Hormuz bermula Isnin waktu Timur Tengah, lapor Anadolu Agensi.
Tambah Trump, pendekatan ini disifatkan sebagai usaha kemanusiaan terhadap negara-negara yang terperangkap dalam konflik yang tidak melibatkan mereka.
Menurut Trump, kapal-kapal dari seluruh dunia telah meminta bantuan AS selepas terkandas di laluan air tersebut.
Beliau telah mengarahkan wakil-wakilnya untuk memaklumkan negara-negara berkenaan bahawa AS akan mencari usaha terbaik bagi mengiringi kapal serta anak kapal keluar dari laluan itu, sambil menambah bahawa kapal-kapal tersebut tidak akan kembali sehingga kawasan itu selamat untuk pelayaran.

Beliau turut menamakan inisiatif ini sebagai Projek Kebebasan dan menyatakan kebanyakan kapal yang terkandas mula kehabisan bekalan makanan serta barangan keperluan lain yang penting untuk menjaga kesihatan anak kapal yang ramai.
"Pergerakan kapal ini hanya bertujuan untuk membebaskan orang ramai, syarikat dan negara yang tidak melakukan sebarang kesalahan, mereka adalah mangsa keadaan" katanya.
Dalam pada itu, Trump juga memberitahu bahawa wakil-wakilnya kini sedang dalam perbincangan yang positif dengan Iran yang beliau percaya "boleh membawa kepada sesuatu yang sangat positif untuk semua."
Bagaimanapun, Iran tidak memberi sebarang respon segara terhadap pengumuman tersebut.
Pengumuman itu dibuat ketika Trump memberitahu saluran media Israel, Kan News, bahawa beliau telah meneliti cadangan Iran untuk menamatkan peperangan tersebut dan mendapati ia tidak boleh diterima.

Pada hari Sabtu, beliau telah pun menyatakan keraguan, dengan mengatakan bahawa Tehran masih belum membayar "harga yang cukup besar" atas tindakannya selama 47 tahun yang lalu.
Meskipun terdapat penolakan secara terbuka, utusan khas Trump, Steve Witkoff memberitahu CNN bahawa Washington kekal komited dalam rundingan tersebut.
"Kami sedang dalam berbincang," kata Witkoff apabila ditanya mengenai status perbincangan tersebut.
Agensi berita separa rasmi Iran, Tasnim, melaporkan pada Sabtu bahawa Tehran telah menyerahkan maklum balas 14 perkara terhadap cadangan AS melalui perantara Pakistan. Iran menyatakan pada Ahad bahawa ia telah menerima maklum balas daripada AS dan sedang menelitinya.
Laman berita Axios melaporkan bahawa AS pada Ahad telah menyerahkan draf perjanjian yang baru disemak semula bertujuan untuk menamatkan perang sebagai respons kepada cadangan terbaru Iran.
Peperangan tersebut terhenti selepas gencatan senjata perantaraan Pakistan bermula pada awal April dan kemudiannya dilanjutkan tanpa tempoh had ditetapkan.