Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anjing Malang, Dipercayai Jadi Mangsa Simbah Asid Individu Tak Bertanggungjawab

Gambar via India Times

THANE- Seekor anjing jalanan kehilangan kaki dan telinganya kerana kekejaman pasangan yang menyimbah asid atas dakwaan kecewa dengan kehadirannya. NGO mengambil tindakan dengan memberikan rawatan yang sewajarnya kepada haiwan berkaki empat berkenaan. Hal ini, pasangan marah kerana anjing tersebut selalu duduk dan tidur berdekatan dengan rumah mereka di Thara’s Kasara.

Ashar menghubungi pegawai kanan polis Thane setelah mengetahui kejadian tersebut. Anjing tersebut segera diberikan rawatan oleh Sharan untuk NGO Haiwan di Nashik.

Bukan itu sahaja, malah PETA India memuji usaha polis Thane dan berterima kasih atas pesanan bahawa kekejaman terhadap haiwan tidak dapat ditoleransi. Ashar juga berkata, kejadian kekejaman terhadap haiwan mesti diberitahu kepada pihak polis agar mengurangkan serta mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

Pasangan tersebut dituduh di bawah seksyen Kanun Keseksaan India (IPC). Akta Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (PCA) 1960 dan Akta Polis Maharashtra 1951.

Konklusinya, membunuh atau memukul seekor haiwan hanya kerana anda terganggu dengan kehadiran mereka adalah perkara yang sangat tidak disukai. Tidak sukar untuk memahami bahwa mereka juga merupakan makhluk hidup dan mempunyai hak untuk hidup seperti manusia.

Sumber: India Times