Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anak Tadah Tangan Doakan Bapa Sebelum Ke Tempat Kerja, Buat Ramai Terharu

Aina Munirah
Anak Tadah Tangan Doakan Bapa
Kredit: @zulsidek93 via TikTok
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Anak Tadah Tangan Doakan Bapa Sebelum Ke Tempat Kerja, Buat Ramai Terharu

Kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah hingga selamanya. Itulah ungkapan sesuai yang menggambarkan kasih sayang antara ibu bapa bersama anak-anak.

Bukan itu sahaja, setiap anak juga pasti mengharapkan kasih sayang yang diberi oleh ibu bapa dicurahkan sepenuhnya.

Di samping itu, ibu bapa juga menggalas tanggungjawab besar untuk memastikan keperluan anak-anak dapat diberikan dengan sebaik mungkin.

Ada yang sanggup keluar awal pagi demi mencari rezeki, ada juga yang terpaksa berkorban menjelajah berpuluh kilometer demi memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

Anak titip doa sebelum si ayah berangkat kerja

Baru-baru ini, satu perkongsian dari seorang pengguna Tiktok, @zulsidek93, yang membuatkan rata-rata warganet berasa terharu dengan telatah anak perempuannya.

Kongsinya, anaknya itu menjadikan bacaan doa untuk si ayah sebagai rutin harian.

"MasyaAllah Tabarakallah. Alhamdulillah, rutih harian anak perempuan, setiap hari abi nak pergi kerja, anak bacakan doa untuk abi," tulisnya.

Menurut perkongsiannya lagi, dilihat si ayah sedang bersedia untuk berangkat ke tempat kerja. Namun, si anak yang masih kecil, sempat mengangkat kedua belah tangan, memohon doa dari Sang Esa.

"Ya Allah lindungi abi, Ya Allah sayangi abi, Ya Allah sayangi abi. Amin," doa anaknya.

Mendengar bacaan doa dari anaknya, dia turut sempat menadah tangan bersama dan mengucapkan terima kasih kepada anaknya.

"Terima kasih, abi pergi kerja dulu," katanya.

Malah, sebelum sempat dia berangkat, si anak turut berpesan untuk dia berhati-hati. Ujarnya lagi, berkat doa ibu, isteri dan anak solehah ini menjadikan urusannya lebih mudah dan selamat dari apa-apa kemalangan semasa operasi ataupun di tempat kerja.

"Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah," tulisnya lagi.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai pengguna turut berasa terharu dengan sikap anaknya itu.

"Berdoa dengan melodi, lembut sangat. Salah satu doa yang mustajab untuk seorang lelaki adalah doa ibunya, doa isterinya dan doa anak perempuan," komen netizen.

"Perginya seorang ayah dengan doa anak perempuannya. Allahu, terharu acik dengar, terbaik dik," tulis seorang lagi.

"Abi mesti bergenang air mata kan anak doa macam tu?" komen seorang lagi.

"Ya Allah, sejuknya hati ayah dia," kata seorang lagi.