Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tukang Kasut Terjatuh Dari Basikal, Pemandu Beca Hulur Wang Buat Ramai Terharu

Pemandu Beca Hulur Wang Buat Ramai Terharu
Kredit: Threads @srhafsal

Apabila melihat seseorang ditimpa musibah, ramai yang akan segera menghampiri untuk membantu dan memastikan individu berkenaan berada dalam keadaan baik.

Begitulah kisah seorang lelaki yang tampil membantu seorang tukang kasut selepas lelaki itu terjatuh ketika menunggang basikal.

Menerusi satu hantaran di Threads, pengguna @srhafsal berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian seorang lelaki terjatuh ketika berbasikal di hadapan rumahnya.

Rakaman tersebut menunjukkan lelaki berkenaan hilang kawalan sebelum terjatuh dan melanggar pagar di tepi jalan.

Terkejut dengan kejadian itu, lelaki yang membawa barangan dipercayai peralatan membaiki kasut tersebut dilihat duduk sebentar selepas terjatuh.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki yang melalui jalan sama berpatah balik untuk menghampiri tukang kasutitu dan memastikan keadaannya.

Selepas melihat lelaki berkenaan tidak mengalami kecederaan serius, lelaki yang membantunya itu secara spontan menghulurkan wang.

Pemandu Beca Hulur Wang Buat Ramai Terharu

Tukang kasut tersebut kelihatan terkejut menerima pemberian itu, namun tetap menunjukkan rasa terima kasih atas keprihatinan lelaki berkenaan.

Perkongsian tersebut turut menyentuh hati @srhafsal yang meluahkan rasa terharu melihat tindakan spontan itu menerusi kapsyen hantaran berkenaan.

“CCTV di rumah ibu bapa saya merakam detik menyentuh hati apabila seorang tukang kasut terjatuh, sebelum seorang lelaki yang nampak sederhana datang memastikan keadaannya dan menghulurkan wang.

“CCTV bukan sekadar merakam kejadian, tetapi turut mengingatkan kita bahawa kebaikan dan nilai kemanusiaan masih wujud di sekeliling kita,” katanya.

Lebih menyentuh hati, @srhafsal kemudian mendapat tahu daripada bapanya bahawa lelaki bertopi yang menghulurkan wang itu sebenarnya bekerja sebagai pemandu beca di sekitar kawasan perumahan mereka.

“Saya dapat tahu daripada ayah bahawa lelaki bertopi itu sebenarnya bekerja sebagai pemandu beca di sekitar kawasan rumah,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya turut meluahkan rasa terharu melihat tindakan lelaki itu yang sanggup berpatah balik untuk membantu seseorang yang ditimpa musibah.

Sumber:Threads
Intipati
  • Seorang tukang kasut terjatuh ketika berbasikal dan melanggar pagar di tepi jalan.
  • Seorang lelaki berpatah balik untuk memeriksa keadaannya sebelum menghulurkan wang secara spontan.
  • @srhafsal kemudian dimaklumkan bapanya bahawa lelaki bertopi itu bekerja sebagai pemandu beca.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan