Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Malam Ini

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan kawasan di 10 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga pukul 9 malam ini.

Hujan Lebat Di Beberapa Negeri

Menurut amaran yang dikeluarkan, kawasan terlibat di Kedah ialah Kuala Muda, Baling, Kulim, Bandar Baharu dan Langkawi, manakala seluruh Pulau Pinang turut menerima amaran sama.

Di Perak, kawasan yang terlibat ialah Kerian, Selama, Larut Matang, Kuala Kangsar dan Hulu Perak.

Amaran turut meliputi seluruh Kelantan serta daerah Bentong di Pahang.

Selain itu, seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya turut dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat dalam tempoh berkenaan.

Di Negeri Sembilan, amaran melibatkan Port Dickson dan Seremban, manakala di Johor pula membabitkan Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian dan Kulai.

Sementara itu, di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sibu (Kanowit), Betong (Betong dan Saratok), Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Pakan dan Julau), Miri (Marudi, Beluru dan Telang Usan).

Bagi Sabah pula melibatkan kawasan Tawau (Kalabakan), Pedalaman (Pensiangan, Tenom dan Sipitang)

Justeru, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa merujuk laman web rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, media sosial rasminya atau aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih.


Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga 9 malam ini.
  • Amaran melibatkan 10 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  • Orang ramai dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan merujuk saluran rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan