Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di 11 negeri serta ketiga-tiga Wilayah Persekutuan sehingga jam 7 malam ini.

Iklan

Menerusi amaran yang dikeluarkan, ia melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan turut termasuk dalam amaran tersebut.

Beberapa Kawasan Diramal Hujan Lebat

Di utara Semenanjung, amaran meliputi seluruh Perlis dan Pulau Pinang. Bagi Kedah pula, kawasan terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Pendang dan Pokok Sena.

Di Perak, amaran merangkumi Kerian, Larut Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Bagan Datuk, Batang Padang serta Muallim.

Sementara itu, kawasan yang terlibat di Pahang ialah Bentong, Temerloh, Maran, Raub, Lipis dan Cameron Highlands.

Bagi Selangor, ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Petaling, Klang, Sepang, Kuala Langat serta Gombak.

Di Negeri Sembilan, amaran melibatkan Port Dickson dan Rembau, manakala seluruh Melaka turut termasuk dalam kawasan yang diberi amaran.

Di Johor pula, kawasan terlibat ialah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru, Kulai serta Kluang.

Beralih ke Sarawak, amaran meliputi Limbang, Miri, Samarahan, Kuching dan Serian. Turut terlibat ialah Matu, Dalat, Mukah serta Daro di bahagian Mukah; Tatau di bahagian Bintulu; Belaga di bahagian Kapit; serta Selangau dan Sibu di bahagian Sibu.

Di Sabah, amaran melibatkan Kalabakan di bahagian Tawau, Tongod di bahagian Sandakan serta kawasan Pantai Barat dan Pedalaman.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 7 malam.
  • Amaran itu melibatkan 11 negeri serta Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
  • Penduduk dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti maklumat rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan