Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Di Kebanyakan Negeri Malam Ini

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan 10 negeri serta tiga Wilayah Persekutuan sehingga pukul 9 malam ini.

Hujan Lebat Di Beberapa Negeri

Menerusi amaran yang dikeluarkan, negeri terlibat ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Turut menerima amaran sama ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Di Kedah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Bandar Baharu dan Kulim, manakala amaran turut melibatkan Pulau Pinang.

Bagi Perak, kawasan terlibat merangkumi Bagan Datuk, Hilir Perak, Perak Tengah, Manjung, Kerian serta Larut, Matang dan Selama.

Di Pahang pula, amaran melibatkan Temerloh, Bera, Pulau Tioman dan Bentong. Keadaan cuaca sama turut dijangka berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Sementara itu, di Johor, kawasan yang menerima amaran ialah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kluang, Kulai, Johor Bahru, Kota Tinggi dan Mersing.

Di Sarawak, amaran melibatkan Miri, Samarahan (Samarahan dan Gedong), Sibu, Kapit (Song), Serian, Limbang, Mukah (Dalat dan Matu), Sarikei (Julau dan Pakan), Kuching (Kuching).

Bagi Sabah pula di Tawau (Tawau, Kunak dan Kalabakan).

Justeru, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa merujuk laman web rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, media sosial rasminya atau aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga 9 malam ini.
  • Amaran melibatkan 10 negeri serta Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, menurut kenyataan itu.
  • Orang ramai dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan merujuk saluran rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan