Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Dua Negeri Petang Ini

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di dua negeri sehingga jam 5 petang ini.

Hujan Lebat Di Dua Negeri

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Perak dan Pahang.

“Di Perak, beberapa daerah yang diramal hujan pada sebelah petang ini adalah Manjung, Muallim, Bagan Datuk, Hilir Perak, Perak Tengah, Batang Padang, Kampar, Kinta, Larut Matang, Kerian dan Kuala Kangsar.

“Selain itu di Pahang pula melibatkan kawasan Bentong, Cameron Highlands dan Raub,” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 5 petang.
  • Daerah terlibat di Perak termasuk Manjung, Muallim, Hilir Perak, Kinta dan Kuala Kangsar.
  • Di Pahang, amaran melibatkan Bentong, Cameron Highlands dan Raub, menurut kenyataan MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan