Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Enam Negeri Petang Ini

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga jam 6 petang ini.

Beberapa Negeri Diramal Hujan Lebat

Menurut amaran yang dikeluarkan, beberapa daerah terlibat di Kedah, Perak, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah.

“Di Kedah, daerah yang diramal hanya Langkawi. Manakala di Perak pula merangkumi daerah Kampar, Batang Padang, Muallim, Kinta dan Kuala Kangsar.

“Selain itu, di Selangor pula hanya Hulu Selangor. Sementara di Johor di daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian dan Batu Pahat.

“Beralih ke Sarawak, termasuk Kuching (Kuching dan Bau), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah, Sibu.

“Sabah pula Sandakan (Kinabatangan, Paitan, Labuk & Sugut, Telupid dan Tongod), Pantai Barat, Pedalaman (Pensiangan, Membakut, Tambunan, Beaufort dan Kuala Penyu), Tawau (Tawau, Kalabakan dan Kunak),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 6 petang.
  • Amaran melibatkan beberapa daerah di Kedah, Perak, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.
  • Penduduk dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti saluran rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan