Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk berangkat ke Moscow susulan jemputan khas Kerajaan Persekutuan Rusia menjelang sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan, pada 9 Mei ini.
Menerusi kenyataan yang dikongsikan Facebook, Baginda berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, pada jam 8 pagi.


"Jemputan khas daripada TYT Presiden Vladimir V Putin kepada Seri Paduka Baginda untuk berangkat ke sambutan itu mencerminkan pengiktirafan tertinggi Kerajaan Rusia terhadap Malaysia.
"Berangkat sama, di Hangar Diraja untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka Baginda ialah YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor," kata kenyataan itu.


Turut hadir ketika keberangkatan itu ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dan Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad.
"Hadir sama, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor serta pegawai-pegawai Kerajaan Negeri," ujar kenyataan itu lagi.