Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

4.9 Juta Penduduk Dunia Kini Dijangkiti COVID-19

ANKARA, 20 Mei — Jumlah jangkitan COVID-19 di seluruh dunia melepasi 4.9 juta pada Rabu, menurut Johns Hopkins University.

Iklan

Agensi berita Turki Anadolu (AA) melaporkan seramai 323,345 lagi maut akibat virus itu manakala lebih 1.68 juta pesakit sembuh.

Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 1.52 juta kes disahkan dan 91,921 kematian, diikuti United Kingdom (UK) dengan 35,422 kematian dan Itali seramai 32,169 orang meninggal dunia.

Korban di Perancis pula seramai 28,025 orang disusuli Sepanyol dengan 27,778 kematian.

Rusia merekodkan jumlah kes kedua tertinggi menghampiri 300,000 diikuti Brazil, UK, Sepanyol dan Itali.

China mencatatkan 84,063 kes dan kematian kekal 4,638 orang.

Sumber: Bernama