Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

3 Kes Positif, Malaysia Antara 14 Negara Kini Dikesan Ada Laporan Jangkitan Koronavirus

Susulan daripada pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Malaysia hari ini, Malaysia telah disenaraikan dalam senarai negara yang mempunyai kes jangkitan koronavirus bersama dengan 13 negara lain di seluruh dunia.

Satu sidang media khas telah dibuat pagi tadi mengesahkan bahawa terdapat tiga orang warga China yang masuk ke Malaysia positif dijangkiti dengan virus maut itu.

Menurut Al-Jazeera, jumlah kes yang membabitkan koronavirus sehingga ke hari ini telah mencapai sebanyak 1,321. Angka kematian akibat daripada virus tersebut pula adalah sebanyak 41 orang.

Orang ramai yang berada di luar negara serta bercadang untuk ke luar negara dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan ambil langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti dengan virus maut ini.

Sumber: The Spectator Index/Al Jazeera