Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

10 Cara Bergaya Raikan Ibu Tersayang Di Pavilion Bukit Jalil

Syamimi
10

10 Cara Bergaya Raikan Ibu Tersayang Di Pavilion Bukit Jalil

Sempena Musim Bunga/Panas 2026, Pavilion Bukit Jalil menjemput pengunjung bersama-sama meraikan Style Together, satu sambutan yang menyatukan kecantikan, fesyen dan gaya hidup aktif menjelang Hari Ibu pada 10 Mei. Sama ada untuk menghargai ibu tercinta atau meraikan diri sebagai seorang ibu, himpunan pilihan ini menampilkan pelbagai gaya moden dan klasik, menjadikan pengalaman pemberian hadiah lebih peribadi dan penuh makna.

Sama ada ingin menonjolkan kecantikan, memperbaharui gaya fesyen, atau memperkaya gaya hidup aktif, setiap pilihan mencerminkan kepelbagaian sisi ibu moden. Musim ini meraikan penghargaan terhadap ibu dengan koleksi yang bukan sahaja bermakna dan praktikal, tetapi juga menjiwai gaya santai Musim Bunga/Panas.

Style First: Fesyen Santai untuk Penampilan Harian yang Chic

Carlo Rino, yang sinonim dengan beg dan kasut ikonik, kini melangkah lebih jauh dengan rangkaian haruman dan penjagaan kulit. Hasilnya ialah ekspresi gaya hidup moden yang lengkap, di mana fesyen dan kecantikan berpadu harmoni, membolehkan ibu tampil yakin dan anggun setiap hari tanpa usaha berlebihan.

Lokasi: Carlo Rino, Lot 3.79.00, Level 3, Orange Zone

VOIR pula menawarkan gaya versatil, daripada busana feminin untuk acara istimewa hingga pakaian kerja yang elegan serta denim kasual. Direka untuk ibu yang memegang pelbagai peranan, koleksi ini memastikan penampilan kekal on-point dalam apa jua situasi.

Lokasi: VOIR, Lot 2.30.02A and 2.30.02B, Level 2, Orange Zone

Every.Wear membawa sentuhan ceria ke dalam fesyen harian dengan inspirasi gaya Korea moden yang dipengaruhi trend K-pop. Dengan gabungan keselesaan, harga berpatutan dan elemen trend terkini, ia merupakan pilihan sempurna untuk ibu yang ingin tampil segar, muda dan santai.

Lokasi: Every.Wear, Lot 4.64.00, Level 4, Pink Zone

Cloudsteppers by Clarks menggabungkan keselesaan dan gaya minimalis dalam rekaan yang ringan serta versatil. Ideal untuk ibu yang mengutamakan keselesaan tanpa mengorbankan gaya sofistikated 

Lokasi: Cloudsteppers, Lot 2.43.00, Level 2, Orange Zone

Calisto Vision Care melengkapkan penampilan dengan koleksi cermin mata yang elegan dan penuh gaya. Dengan pilihan jenama antarabangsa yang dipilih dengan teliti, para ibu boleh memilih bingkai klasik atau rekaan yang lebih menyerlah bagi menonjolkan gaya dan keyakinan diri. 

Lokasi: Calisto Vision Care, Lot 3.49.00 and 3.50.00, Level 3, Pink Zone

Style in Motion: Penampilan Sporty untuk Ibu Aktif

Gaya masa kini bukan sekadar tentang apa yang dipakai, tetapi bagaimana ia mencerminkan gaya hidup. Daripada badminton hujung minggu hingga sesi pickleball, elemen aktif kini menjadi sebahagian daripada gaya Musim Bunga/Panas, di mana keselesaan bertemu gaya.

Li-Ning menawarkan pakaian dan peralatan sukan berprestasi tinggi yang menyokong setiap pergerakan, sambil memastikan gaya sporty kekal menyerlah, sama ada di dalam atau luar gelanggang. 

Lokasi: Li-Ning, Lot 4.21.00, Level 4, Orange Zone

Anta pula mengetengahkan pakaian sukan premium untuk wanita aktif yang gemar mencabar diri. Dengan gabungan teknologi prestasi yang canggih serta gaya aktif moden, ia sesuai untuk ibu-ibu yang ingin kekal cergas sambil mengekspresikan gaya peribadi melalui setiap senaman.

Lokasi: Anta, Lot 4.24.00, Level 4, Orange Zone

Style Glow: Sentuhan Kecantikan untuk Aura Segar Musim Bunga / Panas

Haruman sering menjadi elemen halus yang melengkapkan gaya peribadi, terutamanya dalam suasana musim ini yang santai dan menyegarkan. Di Parfums & Beauté, temui pilihan wangian premium daripada haruman bunga dan buah-buahan segar hingga ke wangian lembut yang elegan, direka untuk mencerminkan pelbagai mood dan personaliti, serta membantu para ibu mengekspresikan gaya tersendiri yang segar dan anggun.

Lokasi: Parfums & Beauté, Lot 3.66.00, Level 3, Pink Zone

Gaya rambut memainkan peranan penting dalam menyerlahkan penampilan, meskipun ia cara paling mudah. Di Hairquarters, setiap sesi dandanan diberi sentuhan kreatif bagi menonjolkan gaya peribadi sama ada melalui perubahan yang halus mahupun transformasi berani yang selari dengan trend semasa.

Lokasi: Hairquarters, Lot 3.40.00, Level 3, Orange Zone

Untuk pengalaman penjagaan diri yang lebih menyeluruh, Oriental Signature Spa & Tea menawarkan rawatan berasaskan herba dengan pendekatan holistik. Di sini, para ibu boleh menikmati ketenangan sambil mengembalikan kesegaran diri dan menyerlahkan seri semula jadi dari dalam. 

Lokasi: Oriental Signature Spa & Tea, Lot 5.85.01, Level 5, Orange Zone

Musim Bunga/Panas ini, gaya menjadi satu bentuk perayaan untuk setiap sisi ibu menjelang Hari Ibu pada 10 Mei. Daripada fesyen terkini dan gaya hidup aktif hingga rutin kecantikan yang menyegarkan, Style Together di Pavilion Bukit Jalil menghimpunkan segalanya agar ibu tampil yakin, selesa dan menawan.

Akhirnya, sambutan yang paling bermakna bukan sekadar tentang hadiah, tetapi tentang bagaimana kita memilih untuk meraikan ‘superwoman’ kesayangan bergelar ibu.

Terokai lebih banyak tawaran eksklusif yang dipilih khas di Pavilion Bukit Jalil: 

https://pavilion-bukitjalil.com/features/spring-summer-style-together-exclusive-deals-booklet

Untuk maklumat lanjut, layari:

Website : www.pavilion-bukitjalil.com 

Facebook : https://www.facebook.com/PavilionBukitJalil.Mall 

Instagram : https://www.instagram.com/pavilionbukitjalil/

TikTok : https://www.tiktok.com/@pavilionbukitjalil 

Xiaohongshu : Pavilion_BJ

YouTube : @PavilionBukitJalil