Setiap orang tentunya memasang impian memiliki sebuah rumah sendiri di lokasi strategik.
Lebih-lebih lagi buat mereka yang baru sahaja berumahtangga atau mahu membeli aset hartanah pertama dalam hidup.
Impian ini mungkin semakin dekat buat rakyat Malaysia kerana pendaftaran Fasa 1 Bandar MADANI Bukit Jalil dibuka mulai hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2027 mengumumkan orang ramai boleh mula membuat pendaftaran bermula 12 Oktober (hari ini).
Lebih menarik, projek kediaman terancang itu dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk Sekolah Vertikal, klinik kesihatan, laluan pejalan kaki dan taman rekreasi.
Cadangan pembinaan bandar itu oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) diperakukan melalui Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN).
Cara Daftar Bandar MADANI Bukit Jalil
Bagi yang berminat, pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web rasmi PR1MA:
Layari www.pr1ma.my.
Klik ikon profil di bahagian kanan atas.
Log masuk atau cipta akaun baharu.
Lengkapkan pendaftaran untuk mendapatkan nombor rujukan PR1MA.
Klik Property, kemudian pilih Central.
Cari dan pilih Bandar MADANI Bukit Jalil.
Klik View Info, kemudian tekan Submit.
E-mel pengesahan akan dihantar selepas permohonan berjaya dihantar.
Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan PR1MA di 03-7628 9898.
Pendaftaran ini ialah langkah permohonan awal; semak maklumat projek dan syarat yang dipaparkan di portal rasmi sebelum menghantar permohonan

