Sanofi Malaysia hari ini meraikan ulang tahun ke-10 Hab Kuala Lumpurnya dengan perasmian tempat kerja baharu di Exchange 106, sekali gus menandakan lembaran baharu bagi operasi serantaunya dari Malaysia. Hab ini merupakan sebahagian daripada rangkaian Hab Operasi Perniagaan global Sanofi yang menghimpunkan keupayaan strategik merentasi pelbagai fungsi.
Bermula sebagai pusat perkhidmatan perkongsian yang memberi tumpuan kepada kewangan, hab ini kini berkembang menjadi Hab serantau pelbagai fungsi yang menyokong lebih 20 pasaran di Asia Pasifik dan Greater Gulf, dengan keupayaan merangkumi Kewangan, Sumber Manusia, Perubatan, Perolehan, Pembuatan & Bekalan serta bidang khusus lain.
Pencapaian penting ini hadir ketika sektor Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) Malaysia beralih ke arah pekerjaan bernilai lebih tinggi dan dipacu teknologi. Sebanyak 749 syarikat GBS telah menarik pelaburan bernilai RM9.87 bilion pada 2024 dan mewujudkan lebih 36,000 pekerjaan sejak 2021.
Perkembangan ini sejajar dengan aspirasi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) untuk memacu aktiviti bernilai lebih tinggi yang dipacu teknologi serta membangunkan tenaga kerja berkemahiran 2 . Bagi Sanofi, perkembangan ini dibina berasaskan kehadirannya dalam sektor penjagaan kesihatan di Malaysia selama lebih enam dekad, dengan menghubungkan pengalaman dalam penjagaan kesihatan dengan bakat dan keupayaan yang menyokong rantau yang lebih luas.
Sepanjang sedekad lalu, Hab Kuala Lumpur telah memperluas skop dan kerumitan kerja yang dilaksanakan dari Malaysia, mencerminkan peralihan lebih meluas ke arah perkhidmatan perniagaan global yang lebih khusus dan dipacu teknologi. Perkembangannya menunjukkan bagaimana kepakaran dan bakat yang dibangunkan di Kuala Lumpur mampu menyumbang kepada pelbagai pasaran.
Trudy Tan, Ketua Hab KL & Chengdu bagi Asia Pasifik, Sanofi, berkata, “Malaysia merupakan tempat pemahaman penjagaan kesihatan tempatan digabungkan dengan bakat, kepakaran dan inovasi yang menyokong Sanofi di seluruh rantau ini. Sepanjang 10 tahun lalu, Hab Sanofi Kuala Lumpur kami telah berkembang dari segi pasaran yang kami sokong, keupayaan yang kami sediakan serta kerumitan kerja yang dilaksanakan dari sini. Ketika kami melangkah ke lembaran seterusnya, kami akan terus melabur dalam warga kerja, teknologi dan kepakaran kami untuk memberikan nilai yang lebih besar dari Kuala Lumpur.”
Tempat kerja baharu di Exchange 106 menyediakan persekitaran yang lebih fleksibel dan saling terhubung, direka untuk meningkatkan kerjasama, inovasi serta menyokong kaedah kerja yang terus berkembang selaras dengan keperluan perniagaan. Bagi sebuah syarikat biofarmaseutikal global, inovasi saintifik hanyalah sebahagian daripada perjalanan. Untuk mendekati pesakit, ia turut memerlukan pemahaman pasaran, kerjasama dalam penjagaan kesihatan serta keupayaan yang saling terhubung di seluruh organisasi.
Di seluruh Organisasi Pelbagai Negara (MCO) India dan Asia Tenggara Sanofi, Hab Kuala Lumpur memainkan peranan penting dalam menghubungkan bakat, kepakaran dan keupayaan Malaysia dengan pasukan serta pasaran di seluruh rantau ini. Keupayaan yang dibangunkan di sini melangkaui Malaysia, dengan menyokong usaha untuk meningkatkan kehidupan melalui Imunologi dan Penyakit Jarang Jumpa, menangani penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin serta memajukan hasil kesihatan yang lebih saksama di seluruh rantau ini. Tempat kerja baharu ini memperkukuh peranan tersebut dengan meningkatkan kecekapan operasi dan seterusnya memperluas impaknya kepada pesakit serta komuniti yang diberikan perkhidmatan oleh Sanofi di seluruh rantau ini.
Agnès Perré, Ketua Operasi Perniagaan, Sanofi, berkata, “Sains yang hebat memerlukan organisasi yang kukuh di belakangnya. Operasi Perniagaan menghimpunkan kepakaran, teknologi dan keupayaan yang membantu Sanofi beroperasi dengan lebih pantas, konsisten dan berimpak. Seiring dengan perkembangan cara kami bekerja, tumpuan kami adalah untuk mencipta nilai yang lebih besar melalui kepakaran, data, teknologi dan cerapan.”
Eric Mansion, Pengurus Besar, Asia Tenggara & India & Ketua MCO, Sanofi, berkata, “Selama lebih 60 tahun, Sanofi telah menjadi sebahagian daripada perjalanan penjagaan kesihatan Malaysia. Hab Kuala Lumpur memperkukuh komitmen tersebut dengan menghubungkan bakat Malaysia dengan pasukan di seluruh rantau ini supaya kami dapat memperluas impak dalam bidang imunologi, penyakit jarang jumpa dan penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin di seluruh Asia Tenggara.”
Perkembangan Hab Kuala Lumpur turut mewujudkan peluang kepada bakat untuk membangunkan kemahiran yang relevan dengan persekitaran kerja yang semakin digital dan saling terhubung pada peringkat global. Sebagai sebuah syarikat biofarmaseutikal yang dipacu penyelidikan dan penbangunan (R&D) dan dikuasakan kecerdasan buatan (AI), serta komited untuk meningkatkan kehidupan manusia dan menjana pertumbuhan yang kukuh, Sanofi melabur dalam kedua-dua aspek warga kerja dan teknologi dengan membangunkan keupayaan digital sambil memastikan kepakaran manusia, pertimbangan serta penggunaan yang bertanggungjawab kekal menjadi teras.
Tempat kerja baharu di Exchange 106 memperluas pendekatan yang mengutamakan insan ini kepada pengalaman pekerja. Tempat kerja tersebut menyasarkan antara piawaian tertinggi bagi kesihatan, keselesaan dan kesejahteraan penghuni, meliputi aspek seperti udara, air, pencahayaan, pemakanan dan kesejahteraan mental.
Ciri utama termasuk penggunaan bahan dengan kandungan sebatian organik meruap (VOC) yang rendah serta pencahayaan yang direka untuk menyokong persekitaran dalaman yang lebih sihat dan ritma sirkadian, di samping pilihan makanan yang lebih sihat serta ruang yang menyokong kesejahteraan mental. Kesemua ciri ini mencerminkan tumpuan Sanofi untuk mewujudkan tempat kerja yang membolehkan warga kerjanya bekerja, berhubung dan berkembang maju.
Memperkukuh kerjasama Perancis–Malaysia
Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Olivier Sigaud, Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Perancis di Malaysia ketika Perancis dan Malaysia menghampiri ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik pada 2027.
Malaysia merupakan rakan penting Perancis di Asia Tenggara dan ASEAN, dengan kira-kira 300 anak syarikat Perancis menggaji sekitar 30,000 orang di negara ini, manakala perdagangan dua hala mencecah €4.2 bilion pada 2024.
Kehadiran Sanofi selama lebih enam dekad merupakan sebahagian daripada hubungan yang lebih luas ini. Perkembangannya daripada kehadiran yang telah lama bertapak dalam sektor penjagaan kesihatan kepada pembentukan keupayaan serantau mencerminkan bagaimana pelaburan jangka panjang dapat menghubungkan kepakaran global dengan bakat Malaysia serta mencipta nilai merentasi sempadan.
Olivier Sigaud, Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Perancis di Malaysia, berkata, “Perkembangan berterusan Sanofi di Malaysia mencerminkan kekuatan hubungan antara Perancis dan Malaysia ketika kedua-dua negara menghampiri ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik. Perjalanan Sanofi menunjukkan nilai yang terhasil apabila pelaburan jangka panjang, kepakaran antarabangsa dan bakat Malaysia digabungkan untuk membangunkan keupayaan bagi masa hadapan.”

