Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kerjasama Hock Kee Kopitiam, Grand Millennium Kuala Lumpur Perkenal Cita Rasa Malaysia kepada Pelancong Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026–2027

Hock Kee Kopitiam

Kerjasama ini bermula dengan diskaun eksklusif untuk pengalaman menjamu selera di Hock Kee Kopitiam bagi tetamu Grand Millennium Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2026 – Hock Kee Kopitiam telah menjalin kerjasama dengan Grand Millennium Kuala Lumpur, hotel bertaraf lima bintang di tengah-tengah Bukit Bintang yang menerima anugerah Tripadvisor Travellers’ Choice 2025, bagi memperkenalkan cita rasa kopitiam Malaysia kepada tetamu hotel itu. Jenama kopitiam tempatan yang berteraskan semangat muhibah itu komited memelihara dan meraikan kekayaan warisan makanan Malaysia. Sebagai fasa pertama kerjasama ini, tetamu Grand Millennium Kuala Lumpur boleh menikmati diskaun 10% apabila menjamu selera di semua cawangan Hock Kee Kopitiam.

Selain menawarkan keistimewaan menjamu selera kepada tetamu hotel, kedua-dua pihak turut meneroka peluang untuk memperkenalkan pakej khas serta membawakan hidangan popular Hock Kee, termasuk laksa signaturenya, ke Grand Millennium Kuala Lumpur. Kerjasama ini juga berpotensi merangkumi promosi silang, kempen pemasaran bersama dan pelbagai inisiatif berkaitan pelancongan yang memperkenalkan pengunjung kepada makanan serta budaya Malaysia. Inisiatif-inisiatif ini akan diperkenalkan secara berperingkat.

Terletak di Bukit Bintang, salah satu hab pelancongan utama Kuala Lumpur, Hock Kee Kopitiam dan Grand Millennium Kuala Lumpur berada pada kedudukan strategik untuk memperkenalkan warisan makanan dan budaya kopitiam Malaysia kepada lebih ramai pelancong antarabangsa melalui rangkaian tetamu hotel yang datang dari seluruh dunia. Seiring dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026–2027, kerjasama ini bertujuan memperkaya pengalaman pelancong melangkaui penginapan dan lawatan ke tempat menarik, dengan mengetengahkan makanan sebagai cara penting untuk mengenali budaya, warisan dan masyarakat Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) merangkap Ketua Sekretariat Visit Malaysia 2026–2027, Tourism Malaysia, YBrs. Mr. Mohd Akbal Setia, berkata, “Malaysia menerima 28.8 juta pelawat antarabangsa dari Januari hingga Ogos 2026, mencerminkan minat berterusan terhadap negara kita sebagai destinasi pelancongan. Momentum ini terus diperkukuh menerusi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026–2027, dengan tumpuan bukan sahaja untuk menarik lebih ramai pelawat, malah menggalakkan mereka merasai sendiri keunikan Malaysia. Makanan merupakan antara elemen penting dalam pengalaman tersebut, manakala budaya kopitiam mencerminkan kepelbagaian, kemesraan dan semangat kebersamaan masyarakat Malaysia. Kami mengalu-alukan kerjasama antara Hock Kee Kopitiam dan Grand Millennium Kuala Lumpur yang membantu memperkenalkan warisan kulinari tempatan kepada pelawat antarabangsa.”

Pengasas Hock Kee Kopitiam, Nick Ng, berkata, “Sebagai Rakan Strategik Tahun Melawat Malaysia 2026–2027, kami komited untuk memudahkan pelawat menikmati cita rasa Malaysia serta mengenali budaya kopitiam kita. Kerjasama ini membolehkan kami memperluas pengalaman Hock Kee melangkaui cawangan kami sendiri serta menjangkau lebih ramai pelancong. Kami berharap kerjasama ini dapat menjadikan makanan Malaysia sebahagian daripada pengalaman yang membantu pelawat menikmati dan mengenali Malaysia dengan lebih dekat.”

Pengurus Besar Grand Millennium Kuala Lumpur, Jim Khoo berkata, “Kedudukan hotel kami di tengah-tengah Bukit Bintang membolehkan kami menghubungkan tetamu tempatan dan antarabangsa dengan budaya, cita rasa dan kisah menarik yang mencerminkan keunikan bandar raya Kuala Lumpur. Melalui kerjasama ini, kami berhasrat untuk menawarkan pengalaman yang lebih bermakna kepada para tetamu, yang melangkaui penginapan di hotel, di samping mempromosikan kekayaan warisan Malaysia serta meraikan tradisi yang membentuk identiti budaya tempatan. Kami berharap agar para tetamu bukan sahaja membawa pulang kenangan indah sepanjang penginapan mereka, malah turut memperoleh penghargaan yang lebih mendalam terhadap Kuala Lumpur serta masyarakat, budaya dan cita rasa yang menjadikan Malaysia begitu unik. Seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2026–2027, kami berharap dapat meneroka lebih banyak peluang kerjasama antara kedua-dua jenama untuk mengetengahkan kekayaan warisan Malaysia dan memperkukuh kedudukan negara sebagai destinasi pelancongan yang mesra serta meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan.”

Kerjasama ini menandakan permulaan hubungan jangka panjang antara Hock Kee Kopitiam dan Grand Millennium Kuala Lumpur, yang menggabungkan kekuatan kedua-dua pihak dalam bidang makanan dan hospitaliti sempena Tahun Melawat Malaysia 2026–2027. Kedua-dua pihak akan terus meneroka peluang kerjasama dan memperkenalkan tawaran baharu kepada tetamu secara berperingkat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti saluran digital rasmi Hock Kee Kopitiam dan Grand Millennium Kuala Lumpur.