Gaya hidup›Kesihatan

Orang Ramai Sudah Mula Keluar Membeli-Belah, Negara-Negara Di Eropah ‘Longgarkan’ Perintah Berkurung
Penduduk di Austria dan Itali sudah mula keluar membeli-belah dan bekerja apabila Eropah telah mengambil pendekatan untuk ‘melonggarkan’ perintah berkurung. Itali telah membuka beberapa kedai termasuk kedai buku dan alat tulis dalam percubaan untuk melihat bagaimana langkah-langkah penjarakan sosial mampu berfungsi selepas perintah berkurung. Perintah berkurung di negara tersebut dilanjutkan sehingga 3 Mei namun kedai-kedai […]

“Terpaksa Letak Di Ruang Kosong,” Mayat Pesakit Covid-19 Diletak Bertindih Satu Sama Lain
Dua keping gambar yang mengejutkan memperlihatkan mayat pesakit yang meninggal kerana Covid-19 ‘ditimbun’ di sebuah bilik kosong di hospital. Gambar-gambar yang dirakam oleh petugas di dalam bilik kecemasan itu berlaku di Hospital Sinai-Grace, Detroit dan dikongsikan kepada agensi berita CNN. Menerusi gambar itu, dapat dilihat dua mayat dibungkus dalam beg putih dan dibaringkan saling menyebelah […]
Remaja Dipercayai ‘Seludup’ Rakannya Dalam Bagasi Ke Rumahnya
Disebabkan penguatkuasaan perintah berkurung dan kompleks pangsapurinya tidak membenarkan orang luar untuk memasukinya, seorang remaja 17 tahun didakwa nekad menyeludup rakannya menggunakan sebuah bagasi pada awal pagi Ahad di Mangaluru, India. Menurut polis, remaja tersebut didakwa hanya mahu bertemu dengan rakannya itu sahaja, namun rayuannya untuk membawa masuk rakannya itu ke rumahnya mendapat tentangan daripada […]

COVID-19: Singapura Catat 334 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan Melebihi 3,000
SINGAPURA, 14 April (Bernama) — Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini melaporkan tambahan 334 kes baharu jangkitan COVID-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 3,252. Menurut Pengarah Perkhidmatan Perubatan MOH Profesor Madya Kenneth Mak, kes baharu itu menyaksikan tiada kes import manakala 189 mempunyai kaitan dengan beberapa kluster yang telah dinamakan, 23 dikaitkan dengan kes tempatan […]
Jumlah Kenderaan Bertambah Susulan Sektor Baharu Dibenar Beroperasi
Polis tidak menolak kemungkinan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya ketika ini adalah kerana beberapa sektor baharu dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata peningkatan aliran trafik dianggar antara 12 hingga 15 peratus di kawasan bandar-bandar besar di negara ini pada waktu […]
Covid-19: Arab Saudi Umum Tiada Solat Tarawih Di Seluruh Masjid Untuk Ramadan Kali Ini
Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi mengumumkan bahawa tidak akan ada sebarang solat terawih yang akan dilakukan di semua masjidnya pada bulan Ramadan bagi tahun ini. Sebaliknya, kerajaan menyarankan agar rakyatnya menunaikan solat terawih itu di rumah sahaja. “Kami memohon kepada Allah SWT supaya menerima solat tarawih yang dilakukan tidak kira sama ada di masjid […]

Lelaki Thailand Yang Terkandas Di Malaysia Sanggup Berenang Untuk Pulang Ke Tanah Air
BANGKOK, 14 April (Bernama) — Seorang nelayan rakyat Thailand yang terkandas di Malaysia selama beberapa hari selepas penutupan pusat pemeriksaan di kawasan sempadan nekad berenang untuk pulang ke tanah airnya. Bagaimanapun, lelaki berusia 45 tahun dari Piman yang terletak dalam daerah Muang di Satun, selatan Thailand telah ditemui dalam keadaan kepenatan dan hanyut di laut berhampiran pantai Puyu […]
(Video) Jururawat Diberi Tepukan Gemuruh Setelah Sembuh Dari Covid-19 Lepas Dirawat Oleh Rakan Setugas
Seorang jururawat yang hampir maut akibat dijangkiti virus Covid-19 di Aintree Hospital, diberikan penghormatan ketika dibenarkan discaj dari hospital oleh rakan-rakan yang merawatnya. Keluarga jururawat yang bernama Elaine Ferrigan itu telah dimaklumkan bahawa dia sedang nazak ketika dia dibawa ke unit rawatan rapi Aintree Hospital. Walau bagaimanapun, jururawat berusia 52 tahun tersebut memberikan tindak balas […]

Dua Lelaki Ditahan Langgar PKP, Cuba Rasuah Polis
CHUKAI, 14 April (Bernama) — Polis menahan dua lelaki, yang bukan sahaja melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi disyaki turut menjalankan aktiviti mengedar dadah. Malah, kedua-dua lelaki berusia 51 dan 46 tahun itu cuba pula memberi rasuah RM5,000 kepada anggota polis bagi melepaskan mereka. Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata dalam kejadian 12.45 tengah hari tadi, […]
Covid-19: Singapura Wajibkan Pakai Penutup Hidung Dan mulut
Singapura hari ini yang melaporkan jumlah keseluruhan kes COVID-19 melebihi 3,000 memutuskan untuk mengambil langkah lebih tegas dengan mewajibkan semua orang di republik itu memakai penutup mulut dan hidung apabila keluar rumah. Ia diumumkan Pengerusi bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian Singapura mengenai COVID-19, Lawrence Wong pada taklimat teknikal secara maya dan sidang media di sini. “Ia berkuat kuasa […]
“Terima Kasih Ubati Hati Ini,” Ebit Lew Bantu Tukar Peralatan Rumah Warga Emas Agar Lebih Selesa
Ramai antara kita yang terkesan susulan daripada penularan wabak pandemik Covid-19. Mana tidaknya, tanpa pekerjaan serta pendapatan untuk menampung keperluan harian, semua orang pastinya akan buntu memikirkan bagaimana untuk menyelesaikannya. Walaupun begitu, kita perlu sentiasa beringat bahawa, susah macam mana pun, pasti ada orang yang lebih susah daripada kita. Terbaru, dalam satu perkongsianya yang dimuat […]
Fasa Ketiga PKP: Kekuatan Tentera Bertugas Dipertingkat – Panglima ATM
Memasuki fasa ketiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) esok, bilangan anggota tentera yang bertugas membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguatkuasakan perintah itu, akan dipertingkatkan. Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Affendi Buang berkata, bilangan anggota turut ditambah di lokasi Masjid India di sini, yang kini dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), mulai hari ini hingga […]
COVID-19: Kematian Lebih Tinggi Dalam Kalangan Lelaki – Dr Noor Hisham
PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) — Hampir 75 peratus daripada kematian akibat COVID-19 di Malaysia melibatkan lelaki kerana golongan itulah yang banyak terlibat dalam aktiviti luar rumah dan yang menghadiri perhimpunan di Sri Petaling. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian paling tinggi COVID-19 melibatkan kaum lelaki adalah dalam kalangan mereka yang menghadiri perhimpunan Sri Petaling pada Februari […]

Warganet Puas Hati KP Kesihatan Jawab Persoalan Dengan Jelas Dan Penuh Terperinci
Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak pandemik Covid-19. Setiap hari, rakyat Malaysia akan disajikan dengan laporan perkembangan harian Covid-19 yang diadakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah akan berdiri di hadapan barisan media untuk melaporkan perkembangan dan menjawab segala pertanyaan yang diajukan oleh para petugas […]

RM1 Juta Dana Khusus Untuk Gelandangan – Annuar Musa
KUALA LUMPUR, 14 April — Kementerian Wilayah Persekutuan akan mewujudkan dana khas berjumlah RM1 juta bagi menjaga kebajikan golongan gelandangan di sekitar ibu kota. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata sebahagian daripada dana itu akan disalurkan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk tujuan perubatan, perkhidmatan kaunseling selain menyediakan kemudahan kepada golongan gelandangan. Pihaknya juga akan menggerakkan satu jawatankuasa khas […]
Sultan Johor Titah Tangguh Solat Jumaat, Terawih, Berjemaah, Di Masjid, Surau Sehingga 28 April
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini menitahkan agar tarikh penangguhan solat Jumaat, solat berjemaah dan aktiviti di masjid, surau dan musolla di negeri ini, dilanjutkan sehingga 28 April depan, bagi mengekang penularan COVID-19. Penangguhan itu termasuk solat sunat terawih dan aktiviti lazim memasak bubur lambuk di masjid menjelang Ramadan, selaras dengan tempoh Perintah […]
60 Lagi Kematian Di Indonesia Akibat Covid-19 Dalam Tempoh 24 Jam
JAKARTA, 14 April (Bernama) — Sebanyak 60 lagi kematian dalam tempoh 24 jam akibat COVID-19 dicatatkan di Indonesia, jumlah tertinggi setakat ini sejak kematian pertama 11 Mac lepas. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata jumlah kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 459 kes. Sebanyak 37 daripada 60 kematian dalam tempoh 24 jam itu […]

Status Terkini Lima Kluster Terbesar Di Malaysia Sehingga 14 April 2020
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi baru sahaja mengeluarkan status terkini di laman sosial Twitter KKM berkenaan dengan lima kluster terbesar di Malaysia. Berikut ialah laporan kluster COVID-19 di Malaysia sehingga hari ini (14 April): Melalui laporan di atas, antara kluster yang terbesar ialah Kluster Persidangan Gereja, Kluster Majlis Perkahwinan DI B.B.Bangi, Kluster Rembau, Kluster […]
“Memang Ada Kluster Baru Di Sendayan, Negeri Sembilan” – KP Kesihatan
Menerusi sidang media harian Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah telah mengesahkan bahawa terdapat satu kluster baru yang dikenal pasti di Sendayan, Negeri Sembilan. Menurutnya, sebanyak 39 kes positif yang telah dilaporkan dikesan di kawasan sebuah tahfiz. “Memang ada kluster baru di Sendayan, Negeri Sembilan dengan 39 kes positif di sebuah tahfiz,” katanya. […]
MKN Nafi Sebar Mesej Bazar Ramadhan 2020 Dibenarkan Operasi Seperti Biasa
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang media semalam memaklumkan bahawa bazar Ramadhan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung. Namun hari ini, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan mesej menggunakan nama Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberitahu bahawa Bazar Ramadhan 2020 dibenarkan beroperasi seperti biasa. Pun begitu, kesahihan berita tersebut […]