Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Orang Ramai Sudah Mula Keluar Membeli-Belah, Negara-Negara Di Eropah ‘Longgarkan’ Perintah Berkurung

Gambar: Daily Mail

Penduduk di Austria dan Itali sudah mula keluar membeli-belah dan bekerja apabila Eropah telah mengambil pendekatan untuk ‘melonggarkan’ perintah berkurung.

Itali telah membuka beberapa kedai termasuk kedai buku dan alat tulis dalam percubaan untuk melihat bagaimana langkah-langkah penjarakan sosial mampu berfungsi selepas perintah berkurung.

Gambar: Daily Mail

Perintah berkurung di negara tersebut dilanjutkan sehingga 3 Mei namun kedai-kedai buku, alat tulis dan kedai menjual pakaian kanak-kanak dibenarkan untuk dibuka bermula semalam.

Gambar: Daily Mail

Pun begitu, sesetengah kawasan telah memilih untuk tidak mengambil pendekatan itu sepenuhnya. Kedai-kedai buku tidak akan dibuka untuk seminggu lagi di Rom dan tetap akan ditutup di Lombardy.

Austria pula menjadi negara pertama di Eropah yang mengumumkan pelan spesifik untuk menamatkan perintah berkurung dengan pembeli-pembeli yang sudah mula beratur di luar kedai perkakasan.

Pakar-pakar tidak menjangkakan berlakunya lonjakan dalam kalangan pelanggan kerana sesetengah orang masih lagi terlalu risau untuk membeli-belah dan sesetengah kedai juga memilih untuk tetap menutup kedai.

Sementara itu, kerja-kerja pembinaan dan perindustrian sedang diteruskan di Sepanyol.

Sumber: Daily Mail