Gaya hidup›Kesihatan
Trump Mengaku COVID-19 Lebih Teruk Dari Serangan Pearl Harbor, Tragedi 9/11
Presiden Amerika, Donald Trump menyifatkan serangan pandemik virus COVID-19 adalah serangan paling teruk ke atas Amerika, lapor BBC. Trump berkata, pandemik itu ‘menghentam’ AS lebih teruk dari serangan bom oleh Jepun di Pearl Harbor dalam Perang Dunia Kedua, menuding jari kepada China. Malah, pandemik itu juga dianggap lebih dahsyat dari serangan pada 9/11 lalu ke […]
Pengeluaran i-Lestari Untuk Diri, Tanggungan Tidak Wajib Zakat Di Perak
Pengeluaran i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tujuan kelangsungan hidup diri sendiri dan tanggungan oleh ahli yang beragama Islam di Perak tidak diwajibkan zakat. Menurut kenyataan Zakat Perak-Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), perkara itu telah diperakukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, setelah mendapat pandangan Penasihat Shariah KWSP. “Pengeluaran bagi tujuan tersebut […]

Pulau Pinang Umum Pakej Bantuan Rakyat 2.0 Berjumlah RM76 Juta
GEORGE TOWN, 6 Mei (Bernama) — Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.0 berjumlah RM76 juta, bagi meneruskan usaha memperkukuhkan ekonomi negeri itu. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, pakej rangsangan ekonomi negeri yang kedua itu berpandukan kepada tiga matlamat iaitu; memberikan bantuan segera kepada golongan yang paling terkesan, mengupayakan golongan […]
COVID-19 : 11 Warga Asing Larikan Diri Selepas Jalani Ujian Saringan Ditahan – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 6 Mei — Seramai 11 individu daripada 145 warga asing yang melarikan diri selepas menjalani ujian saringan wabak COVID-19 di tapak pembinaan Pavilion Embassy, Jalan Ampang di sini, kelmarin, ditahan polis. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, lima daripadanya berjaya ditahan hari ini manakala enam lagi ditahan semalam. Katanya buat masa ini, pihaknya […]
Covid-19: 44,500 Pekerja Disaring Di Bawah Program Saringan Prihatin Perkeso
KUALA LUMPUR, 6 Mei — Seramai 44,500 pekerja telah menjalani ujian saringan COVID-19 menerusi Program Saringan Prihatin (PSP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) daripada 298,000 orang yang berdaftar dengan program itu setakat semalam. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata program itu dijalankan oleh penyedia perkhidmatan dilantik Perkeso di 39 lokasi serta 120 unit bergerak di seluruh negara. […]
“Kami Disiplin Kan Diri Kami Untuk Beribadah Kepada Allah” – Ashraf Muslim
Umum telah mengetahui bahawa selebriti terkenal Ashraf Muslim telah disahkan dijangkiti dengan virus maut Covid-19. Susulan daripada itu, beliau kini sedang menerima rawatan di Pusat Kawalan Kusta Negara Sungai Buloh semenjak dia telah disahkan positif pada 12 April lalu. Menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya, dia sempat menyatakan kesyukurannya kerana diberi peluang untuk mendisiplinkan […]
Bas Ekspres, Motosikal Tidak Dibenar Perjalanan Antara Negeri – Polis
Mereka yang terlibat dalam perjalanan rentas negeri bermula esok hingga 10 Mei ini tidak dibenar menggunakan perkhidmatan bas ekspres atau motosikal. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata perkara itu telah dimuktamadkan oleh polis sebelum ini. “Bagi perjalanan menerusi penerbangan pula perjalanan di Semenanjung Malaysia dibenarkan namun mereka yang mahu ke Sabah dan […]
Peguam Gesa Pemandu Mabuk Dibatal Lesen Seumur Hidup, Hukuman Berat
Lesen mereka yang memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan kematian wajar ditarik balik untuk seumur hidup, saran pengamal undang-undang. Peguam Datuk N. Sivanathan berkata apa juga alasan untuk memandu dalam keadaan mabuk dan mendatangkan bahaya kepada orang yang tidak bersalah tidak boleh diterima, apatah lagi pada zaman sekarang yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pengangkutan awam termasuk e-panggilan […]
Tahi Telinga Tak Perlu Dibersihkan, Doktor Ini Jelaskan Sebabnya
Menurut portal Myhealth, terdapat dua fungsi telinga iaitu untuk pendengaran dan keseimbangan. Telinga perlu dijaga dan dilindungi daripada bahaya supaya sihat dan boleh berfungsi dengan baik. Anda mungkin tertanya-tanya sama ada tahi telinga perlu dibersihkan. Tahi telinga mengalir keluar dari telinga secara semulajadi. Apa yang perlu anda lakukan adalah membersihkan tahi telinga menggunakan kain bersih. […]
Hukum Berpuasa Bagi Pesakit Glaukoma (Sentiasa Perlu Makan Ubat), Mari Baca Penjelasan Mufti
Jika anda atau ahli keluarga menghidapi penyakit glaukoma (saraf mata bermasalah), pasti ianya sesuatu yang sangat ‘menguji’ ketika bulan Ramadan ini. Perlu memilih untuk menjalankan kewajipan berpuasa, dalam masa sama perlu juga memastikan nyawa dan kesihatan mata terjamin melalui ubat. Namun, timbul persoalan, bagaimanakah jika terpaksa makan ubat demi mata tapi ‘sayang’ nak batalkan puasa? […]
COVID-19: Lima Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya telah mengeluarkan maklumat berkenaan negeri yang mencatatkan pertambahan kes setakat jam 12 pm, 6 Mei 2020. Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan oleh KKM, hanya terdapat lima negeri sahaja yang mencatatkan pertambahan kes baru. Antara negeri-negeri yang melaporkan pertambahan kes […]
Rakyat EU Puji Rawatan Untuk Pesakit Covid-19 Di Malaysia
Rakyat Eropah yang berkongsi pengalaman ketika menjalani rawatan COVID-19 di Malaysia menyatakan mereka menerima layanan baik dan memuaskan, kata Duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Maria Castillo Fernandez. “Kami hanya mendengar perkara yang baik-baik sahaja daripada warga Eropah yang telah menerima rawatan COVID-19 di Malaysia,” katanya. Fernandez mengucapkan terima kasih kepada Kementerian […]
Ibu Bapa Boleh Jemput Anak Dari Kampus, Pergerakan Dalam Negeri Sahaja
Ibu bapa pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) termasuk politeknik dan kolej komuniti dibenarkan menjemput anak mereka pulang dari kampus ke kediaman masing-masing bermula hari ini (6 Mei). Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini bagaimanapun berkata kebenaran itu terhad kepada pergerakan di dalam negeri sahaja. “KPT ingin mengingatkan sekali lagi bahawa urusan ini hendaklah […]

Masih Terlalu Awal Untuk Isytihar Bahaya Covid-19 Sebagai Berisiko Rendah – Dr Noor Hisham
Melalui sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa walaupun kes didapati telah menurun, masih terlalu awal untuk isytihar bahaya Covid-19 sebagai rendah. “Susulan tindakan agresif kerajaan dengan menggunakan pendekatan tertumpu iaitu ‘targeted approach’, lebih banyak kes telah dapat dikenalpasti dan kini jumlah kes didapati sedikit menurun namun begitu […]
“Selagi Kita Tak Jumpa Vaksin Atau Ubat, Selagi Tu Kita Kena Hidup Bersama COVID-19” – Dr Noor Hisham
Hari ini menyaksikan percambahan kes baru dengan 45 kes positif COVID-19 sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 6,428 kes. Kementerian Kesihatan Malaysia dalam masa sama memaklumkan jumlah kes aktif yang tinggal sebanyak 1,619. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan di hospital. Dimaklumkan juga, daripada 45 kes baru hari ini, terdapat […]
TERKINI: 45 Kes Baharu Covid-19 Dan 1 Kematian Dicatatkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 45 kes positif Covid-19 baharu dilaporkan hari ini. Pertambahan 45 kes yang dilaporkan itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 6,428 kes. Terkini #COVIDー19 6 Mei 2020. Kes baharu 45 termasuk 1 kes import. Kematian baharu 1 kes Ini menjadikan kes kematian 107 […]
TERKINI: 135 Kes Pulih Dan Discaj Hospital Dicatatkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 135 kes telah pulih dan discaj hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih dan discaj adalah sebanyak 4, 702 bersamaan dengan 73. 15%. Terkini #COVID19 6 Mei 2020. Bilangan pesakit yang sembuh terus meningkat. Terbaharu, 135 pesakit telah pulih menjadikan 4,702 pesakit […]
Warga Asing Masih Tidak Boleh Masuk Ke Malaysia- Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 6 Mei (Bernama) — Kerajaan Malaysia masih mengekalkan polisi untuk tidak membenarkan warga asing memasuki negara pada masa ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya buat masa ini kebenaran untuk memasuki pintu masuk negara hanya dibuka kepada rakyat Malaysia sahaja. “Yang boleh dibawa masuk adalah warganegara Malaysia dan mereka ini […]
Doktor Kongsi 8 Tips Semua Orang Kena Tahu Jika Ada Ahli Keluarga Hidap Masalah Mental
Sejak kebelakangan ini, kes gangguan mental semakin meningkat di Malaysia dan lebih membimbangkan lagi golongan remaja juga menjadi mangsa ganguan mental. Gangguan mental menjadi masalah kesihatan yang utama bagi rakyat Malaysia pada tahun 2020. Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan perkhidmatan kesihatan mental di peringkat kesihatan primer. Namun, kerana stigma masyarakat terhadap gangguan mental ini […]
COVID-19: Hampir 30,000 Kematian, UK Kini Negara Eropah Paling Teruk Terjejas
LONDON, 6 Mei (Bernama) — Britain kini mengatasi Itali sebagai negara paling teruk terjejas di Eropah, akibat wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua. Setiausaha Luar Negeri Dominic Raab berkata pada taklimat media di Downing Street, Selasa seramai 693 pesakit maut menjadikan jumlah keseluruhan 29,427. Terdahulu, data dikeluarkan Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) menunjukkan jumlah korban melebihi […]