Gaya hidup›Kesihatan
Rasa Mengantuk Hilang Tiba-Tiba Bila Ada Di Tempat Tidur, Ini Sebab Yang Ramai Tak Tahu
Anda sering berasa mengantuk dan lelah ketika di tempat kerja atau melakukan sesuatu. Tapi sebaik sahaja melangkah ke tempat tidur tiba-tiba perasaan mengantuk itu hilang dan anda tidak dapat melelapkan mata. Ini tiada kaitannya dengan anda mengalami insomnia atau tidak merasa letih. Perkara seperti ini mungkin berlaku kerana kita berada di tempat tidur kita sendiri. […]
Penyelidik Dari Australia Puji Cara Malaysia Kekang COVID-19, Layak Diiktiraf & Dijadikan Ikutan Negara Lain
Keupayaan Malaysia dalam merangka dan melancarkan strategi demi strategi dalam usaha mengekang penularan COVID-19 di seluruh negara mendapat pengiktirafan daripada penyelidik di media antarabangsa. Penghargaan itu dirakam dalam satu penulisan komentar oleh seorang penyelidik dari Australia, Stewart Nixon menerusi portal berita Channel News Asia, baru-baru ini. Kata Stewart dalam penulisannya berkata, respon Malaysia terhadap pandemik […]
250 Juta Kanak-Kanak Obes Menjelang 2030 – WOF
Lebih daripada 250 juta kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia akan menjadi obes menjelang tahun 2030. Tak percaya? Ikuti artikel ini untuk maklumat selanjutnya. Era Obesiti China akan mengungguli kedudukan teratas menjelang tahun 2030 dalam senarai negara yang mempunyai ramai kanak-kanak dan remaja obesiti. Ini merupakan satu fakta yang agak menakutkan memandangkan obesiti dikaitkan dengan pelbagai jenis […]
Perlukah Buaian Untuk Bayi? Ini Risiko Mak Ayah Kena Tahu Dikongsikan Jururawat
Amalan yang menjadi kebiasaan bagi kebanyakan ibu bapa dalam menjaga kualiti tidur anak kecil atau bayi mereka adalah dengan menggunakan buaian. Adat tradisi Melayu juga menceritakan kepada kita bagaimana nenek moyang kita dahulu menidurkan bayi mereka di dalam buaian; ikat simpul kain batik dan gantung di kayu alang rumah. Malah kita juga turut ditidurkan dengan […]
Berus Gigi 2 Kali Sehari Mungkin Tak Cukup, Ini Penjelasannya
Amalan memberus gigi adalah rutin harian wajib buat semua. Seperti mandi, makan dan minum, ia merupakan satu keperluan untuk diri kita bagi menjaga kesihatan. Lazimnya, ramai orang akan memberus gigi pada waktu pagi dan malam, iaitu selepas bangun dan ketika ingin tidur. Namun, tahukah anda, sebenarnnya memberus gigi 2 kali sehari ini mungkin tidak cukup? […]
“Peluh-Peluh Ramadan,” Berpuasa Bukan Alasan Tidak Bersenam, Ini Cara Senaman Dari KKM
Hari ini, 6 Mei 2020 bersamaan 13 Ramadhan, umat Islam sedang menunaikan ibadah puasa yang akan dilaksanakan selama sebulan. Umat Islam diwajibkan menunaikan ibadah puasa iaitu dengan menahan diri daripada makan, minum serta melakukan perkar-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Sudah pasti sepanjang menunaikan ibadah puasa ramai yang mengelakkan diri […]
15 Kanak-Kanak Dilapor Dimasukkan Ke Hospital Kerana Penyakit ‘Kawasaki’, Mungkin Berkait Covid-19
Seramai 15 kanak-kanak dilaporkan telah dimasukkan ke hospital di New York selepas disyaki menghidapi penyakit Kawasaki yang didakwa mungkin dikaitkan dengan koronavirus. Menurut Daily Mail, Kawasaki adalah satu sindrom keradangan yang jarang berlaku dimana ianya telah menyebabkan kanak-kanak ini terpaksa berjuang demi hidup mereka di dalam wad unit rawatan rapi (ICU) di tengah-tengah penularan wabak […]
Bolehkah Kerajaan Negeri Pilih Untuk Tidak Ikuti PKPB?
Nampaknya ada kekeliruan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila beberapa kerajaan negeri mengambil keputusan untuk tidak mematuhi kelonggaran perintah kawalan pergerakan yang dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. PKPB, yang dikuatkuasa mulai Isnin, tidak diterima baik oleh beberapa kerajaan negeri apabila mereka mengumumkan pelbagai rancangan berhubung kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan […]
Covid-19: India Dilaporkan Catat Sebanyak 3,900 Kes Baharu Dalam Tempoh 24 Jam
India merekodkan sebanyak 3,900 kes baharu Covid-19 dan 195 kematian pada hari ini, lapor Daily Mail. Dalam pada itu, New Delhi telah mengenakan cukai khas sebanyak 70 peratus ke atas alkohol untuk mengurangkan simpanan setelah larangan terhadap minuman keras tidak lagi dikenakan. Bilangan jangkitan di India meningkat kepada rata-rata 6.1 peratus sejak minggu lalu di […]
(Video)“A Sampai Z Semua Diorang Buat,” ‘Frontliner’ Hantar Pulang Pelajar IPT Dengan Iringan Lagu ‘Balik Kampung’
Susulan keputusan kerajaan membenarkan pelajar IPT yang terkandas di kampus pulang ke kampung halaman masing-masing, petugas barisan hadapan telah ditempatkan di IPT seluruh Malaysia untuk memastikan kesemua mereka bebas dari virus Covid-19 dan mematuhi SOP penjarakan sosial yang telah ditetapkan sebelum pulang ke pangkuan keluarga. Berita tersebut sangat-sangat menggembirakan para pelajar IPT selepas perintah kawalan […]
Perak Tetap Tidak Benar Pelanggan Makan Di Premis
Kerajaan negeri Perak tetap dengan keputusan untuk tidak membenarkan orang ramai makan di premis makanan seiring pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh kerajaan pusat yang berkuat kuasa semalam. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata perkara itu hanya akan dilaksanakan selepas kerajaan negeri dapat memastikan semua pihak berkepentingan mampu mematui prosedur standard operasi (SOP). […]
Ramai Ke Pajak Gadai Selesaikan Urusan Tertangguh – MPBA
Tiada yang luar biasa tentang kunjungan ramai pelanggan ke beberapa premis pajak gadai semalam dan hari ini, dengan Persatuan Tuan Punya Pajak Gadai Malaysia (MPBA) menganggapnya sebagai rutin biasa. Presiden persatuan itu Tan Ho Keng berkata para pelanggan berkenaan mahu menyelesaikan urusan mereka yang tertangguh setelah pajak gadai ditutup sejak 18 Mac lalu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Beliau memberitahu Bernama para […]

“Aku Rindu Masakan Mama,” Berharap Dapat Jumpa Keluarga, Luahan ‘Frontliners’ Undang Sebak
Penularan Covid-19 masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk akan pulih dengan sepenuhnya dalam jangka waktu yang terdekat. Pastinya, semua petugas barisan hadapan telah memainkan peranan masing-masing dengan baik tanpa mengira penat lelah. Pelbagai pengorbanan yang perlu mereka lakukan agar dapat berbakti kepada negara. Justeru, orang ramai perlu menghargai jasa yang telah dilakukan oleh mereka. Menerusi […]
Insiden Penutup Hidung Dan Mulut, Tiga Didakwa Bunuh Pengawal Keselamatan
WASHINGTON, 5 Mei (Bernama) — Tiga didakwa di mahkamah Michigan, Amerika Syarikat pada Isnin, kerana mempunyai kaitan dengan pembunuhan seorang pengawal keselamatan, selepas bertengkar mengenai pemakaian penutup hidung dan mulut, lapor agensi berita Anadolu. Pendakwa mahkamah daerah, Genesee David Leyton, berkata Ramonyea Bishop, 23, Larry Teague, 44, dan Sharmel Teague, 45, didakwa membunuh pengawal keselamatan […]
KKM Mungkin Ada Perancangan Baru – KP Kesihatan
Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mungkin akan merangka satu perancangan baharu dalam meneruskan ‘perjuangan’ mengekang penularan COVID-19. “Ini adalah satu dugaan dan cabaran buat kita semua, tapi apa yang pasti kita adalah pertahanan terakhir untuk mengelakkan satu bencana besar kepada negara iaitu kematian dan pertambahan kes. “Kita mungkin akan melihat balik dalam tempoh seminggu dua untuk […]
(Video) Majikan, Lebih Baik Saring Pekerja Asing Dari Terpaksa Tutup Operasi Syarikat -Menteri
Putrajaya, 5 Mei – Menteri Kanan (Bahagian Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata kerajaan tidak mahu penularan COVID-19 meningkat mendadak berlaku di Malaysia seperti Singapura. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai arahan menjalankan saringan wajib kepada semua pekerja warga asing oleh majikan di negara ini. Arahan itu kurang dipersetujui Persatuan Majikan (MEF) yang mendakwa terpaksa […]

Orang Awam Dibenarkan Pandu Kenderaan Lesen Tamat Tempoh Ketika PKP
PUTRAJAYA, 5 Mei — Orang awam dibenarkan memandu kenderaan jika Lesen Kenderaan Motor (LKM) ataupun lesen memandu telah tamat tempoh dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan syarat insurans kenderaan masih berkuat kuasa. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kenderaan persendirian masih tertakluk terhadap pengecualian pembaharuan LKM dan lesen memandu dalam […]
Kes Positif COVID-19 Di Indonesia Lepasi Angka 12,000, Kematian 872
JAKARTA, 5 Mei — Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 12, 071 kes, dengan tambahan 484 kes baharu dalam tempoh 24 jam. Menurut jurucakap pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, ketika ini terdapat 26,408 pesakit masih dalam pengawasan virus itu. “Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, berlaku lapan […]
Aplikasi MySejahtera Bantu Orang Ramai Hadapi Penularan COVID-19
KANGAR, 5 Mei — Dalam satu barisan panjang menuju ke kaunter sebuah bank di sini kelihatan seorang wanita muda leka bersama telefon pintarnya menunggu giliran di pintu bank. Nurul Iman Engelbert Rashid, 28 seorang guru pendidikan awal kanak-kanak di sebuah taska berkata beliau baharu sahaja muat turun aplikasi MySejahtera pagi ini setelah mendapat khidmat pesanan ringkas […]
Covid-19: Hanya Tiga Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Dilaporkan Hari Ini
Jumlah kes baharu Covid-19 pada hari ini adalah sebanyak 30 kes. Jumlah yang lebih rendah berbanding semalam dilihat sebagai satu perkembangan yang baik untuk situasi Covid-19 di Malaysia. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Twitter KKM, kes-kes baharu tersebut hanya melibatkan tiga negeri sahaja iaitu negeri Selangor dengan 5 kes, negeri Sarawak dengan 2 kes […]