Berita

Kerajaan Bakal Tanggung Kos Rawatan Penyakit EVALI RM369 Juta Setahun Pada 2030 – Dr Zaliha
Kerajaan Bakal Tanggung Kos Rawatan Penyakit EVALI RM369 Juta Setahun Pada 2030 – Dr Zaliha KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Kerajaan dijangka menanggung kos rawatan kira-kira RM369 juta setahun pada 2030 bagi penyakit rokok elektronik atau kerosakan paru-paru berkaitan penggunaan produk vaping (EVALI) sekiranya tiada kawalan undang-undang dilaksanakan. Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa ketika […]

Dakwa Terkunyah Cebisan Jari Manusia Dalam Salad, Wanita Saman Restoran
Dakwa Terkunyah Cebisan Jari Manusia Dalam Salad, Wanita Saman Restoran Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) bertindak untuk memfailkan saman terhadap sebuah restoran selepas mendakwa salad yang dibelinya mempunyai sebahagian jari terputus yang dipercayai milik pengurus restoran. Memetik The Independent, kejadian tersebut berlaku selepas wanita itu membeli hidangan di salah sebuah restoran terkenal di New York […]

Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok
Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dengan undian suara. Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa itu antaranya memperuntukkan larangan bagi menjual dan membeli produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau mengadakan […]

Selepas Enam Bulan Baru Perasan, Guna Air Tandas Untuk Minum, Masak & Mandi
Selepas Enam Bulan Baru Perasan, Guna Air Tandas Untuk Makan, Minum, Masak & Mandi Sepasang suami isteri di China berdepan detik meloyakan selepas dilapor menggunakan air tandas selama enam bulan tanpa sedar, lapor Mirror UK. Pasangan malang itu dikatakan mengalami masalah kesihatan sebaik sahaja berpindah ke rumah sewa baharu mereka yang terletak di Beijing, China […]

LKIM, NEKMAT Perlu Main Peranan Selesai Isu Orang Tengah – Mohamad Sabu
LKIM, NEKMAT Perlu Main Peranan Selesai Isu Orang Tengah – Mohamad Sabu CHUKAI, 30 Nov (Bernama) — Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) perlu memainkan peranan dalam menyelesaikan isu orang tengah bagi memastikan harga hasil tangkapan laut lebih setimpal kepada pembeli. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohammad Sabu berkata […]

Penduduk Kampung Batu Papan Dakwa Dengar Ngauman Harimau
Penduduk Kampung Batu Papan Dakwa Dengar Ngauman Harimau GUA MUSANG, 30 Nov (Bernama) — Penduduk di Kampung Batu Papan yang terletak kira-kira dua kilometer (km) dari pusat bandar mendakwa mendengar ngauman harimau pada Selasa. (28 Nov) Pekebun Sufiah Yahya, 58, berkata beliau mendengar bunyi itu ketika sedang menggali ubi kayu di kebun mereka. Katanya ia turut didengari […]

Mikroplastik: Sampah Kini Jadi Sebahagian Daripada Tubuh Kita
Mikroplastik: Sampah Kini Jadi Sebahagian Daripada Tubuh Kita KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Tinggi hampir separas tebing akibat hujan lebat baru-baru ini, air Sungai Selangor berhampiran sebuah empangan di Kuala Kubu Bharu, Selangor, mengalir deras. Sambil mengimbangi badannya di tepi pagar dawai, Saraswathy Nalatambi, penuntut ijazah kedoktoran dalam bidang pembangunan mampan di Sunway University, […]

Jenayah Indeks Di KL Turun 10 Peratus – Allauden
Jenayah Indeks Di KL Turun 10 Peratus – Allauden KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) –– Statistik jenayah indeks di ibu negara, Kuala Lumpur (KL) bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Okt tahun ini menunjukkan penurunan 10 peratus atau 410 kes berbanding 4,173 kes bagi tempoh sama, tahun lepas. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul […]

IDN: Kerajaan Tidak Berhasrat Ambil Cap Jari – Fahmi
IDN: Kerajaan Tidak Berhasrat Ambil Cap Jari – Fahmi KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Kerajaan tidak berhasrat untuk mengambil cap jari menerusi pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN) sepertimana diuar-uarkan pencipta kandungan di pelbagai platform media sosial, kata Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil. Beliau berkata sejak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat […]

Kerajaan Dalam Proses Pengambilan Tanah Bagi Naik Taraf KIA
Kerajaan Dalam Proses Pengambilan Tanah Bagi Naik Taraf KIA KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang merancang untuk melaksanakan proses pengambilan tanah milik Sarawak Multimedia Authority (SMA) bagi membolehkan projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) dilakukan. Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata bagi […]

Tular Video Dion Cools Nyaris Dipukul Dalam Insiden Pergaduhan Pemain Di Piala ACL
Tular Video Dion Cools Nyaris Dipukul Dalam Insiden Pergaduhan Pemain Di Piala ACL Pemain pertahanan negara, Dion Cools dilapor nyaris dipukul dalam satu insiden pergaduhan melibatkan pemain dalam perlawanan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL). Memetik Stadium Astro, insiden tegang itu dikatakan berlaku melibatkan pemain Zhejiang dengan pemain Buriram United, kelab diwakili Cools. Kejadian pergaduhan […]

Kerajaan Cadang Perkenal Akta Khusus Pengurusan Bencana
Kerajaan Cadang Perkenal Akta Khusus Pengurusan Bencana KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa kerajaan berhasrat memperkenalkan akta khusus untuk menambah baik dan mempertingkatkan kesiapsiagaan pengurusan bencana. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata pada masa sama, Dasar Pengurangan Risiko […]

KKD Akan Panggil Penyedia Media Sosial Bincang Isu Iklan Jelik
KKD Akan Panggil Penyedia Media Sosial Bincang Isu Iklan Jelik KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil beberapa penyedia aplikasi media sosial bagi berbincang berhubung isu kandungan iklan jelik di platform yang terlibat. Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata perbincangan itu bertujuan memberi penegasan mengenai iklan jelik seperti berbaur seksual yang tidak […]

Kertas Putih Dasar Gaji Progresif Dibentang Petang Ini – Rafizi
Kertas Putih Dasar Gaji Progresif Dibentang Petang Ini – Rafizi Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli bakal membentangkan Kertas Putih Dasar Gaji Progresif di Dewan Rakyat pada pukul 3.00 petang, hari ini. Beliau telah membuat pengumuman tersebut menerusi ciapan di laman X rasminya (@rafiziramli) sebentar tadi. “Hari ini, bermula jam 3 petang, saya akan membentangkan Kertas Putih […]

Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB
Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Rabu menyatakan lebih dua juta penduduk di Semenanjung Gaza tidak menerima bantuan yang mencukupi dan mendesak supaya gencatan senjata sepenuhnya dilaksanakan di wilayah itu. “Tahap bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza […]

JKR Johor Senaraikan Jalan Guna Teknologi ‘Glow In The Dark’
JKR Johor Senaraikan Jalan Guna Teknologi ‘Glow In The Dark’ JOHOR BAHRU, 30 Nov (Bernama) — Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor akan menyenaraikan dan menilai jalan raya untuk dinaik taraf menggunakan teknologi garisan jalan bercahaya dalam gelap atau glow in the dark, sebelum hujung tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohamad Fazli Mohamad […]

Gudang Logistik Runtuh: CAP Gesa Tubuh Suruhanjaya Siasatan
Gudang Logistik Runtuh: CAP Gesa Tubuh Suruhanjaya Siasatan GEORGE TOWN, 30 Nov (Bernama) — Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan segera bagi menyiasat punca kejadian runtuhan gudang logistik sedang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas dekat sini, Selasa lepas. Presidennya Mohideen Abdul Kader berkata CAP juga menggesa agar pihak berkuasa […]

JPJ Tumpu Program Advokasi Pelajar Bawa Kenderaan Ke Sekolah
JPJ Tumpu Program Advokasi Pelajar Bawa Kenderaan Ke Sekolah JASIN, 30 Nov (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terus memperkasakan program advokasi mengenai kepentingan mempunyai lesen dalam masyarakat terutama dalam kalangan pelajar sekolah bagi memastikan mereka tidak terus melanggar peraturan jalan raya. Ketua Pengarah JPJ Datuk Rospiagus Taha berkata ini termasuklah menyasarkan tempoh enam bulan […]

Rang Undang-undang Kawalan Produk Rokok Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini
Rang Undang-undang Kawalan Produk Rokok Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 menjadi tumpuan utama persidangan Dewan Rakyat hari ini, yang juga hari terakhir bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke-15. Penggulungan itu dijadual dibuat Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa […]

Kerajaan Beri Keutamaan Selesai Isu Perumahan Generasi Kedua Dan Ketiga Felda – PM
Kerajaan Beri Keutamaan Selesai Isu Perumahan Generasi Kedua Dan Ketiga Felda – PM CHUKAI, 29 Nov (Bernama) — Kerajaan akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah perumahan yang membelenggu generasi kedua dan ketiga FELDA. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah menerima beberapa cadangan mengenai perkara itu dan ia sedang diteliti untuk tindakan selanjutnya. […]