Berita

Keadaan Banjir Di Terengganu, Kelantan Semakin Pulih
Keadaan Banjir Di Terengganu, Kelantan Semakin Pulih KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih apabila jumlah mangsa terus menurun setakat 8 malam ini. Di TERENGGANU, hanya 22 orang daripada lima keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol di daerah Kuala Terengganu. Menurut Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri […]

Rapid KL Nafi Berlaku Letupan Libatkan Tren MRT
Rapid KL Nafi Berlaku Letupan Libatkan Tren MRT KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Rapid KL menafikan berlakunya letupan atau kebakaran melibatkan sebuah tren Transit Aliran Massa (MRT), laluan Kajang petang tadi seperti yang tular menerusi media sosial. Rapid KL dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sebaliknya kejadian itu hanyalah bunyi percikan api berpunca daripada sebuah tren bernombor […]

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di UAE Untuk Lawatan Khas Sempena COP28
Agong, Raja Permaisuri Tiba Di UAE Untuk Lawatan Khas Sempena COP28 KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini, untuk lawatan khas hingga 4 Dis depan. Menurut kenyataan Istana Negara, […]

Lelaki Warga Indonesia Maut Dipercayai Dibaham Harimau
Lelaki Warga Indonesia Maut Dipercayai Dibaham Harimau GUA MUSANG, 29 Nov (Bernama) — Seorang pekerja ladang getah warga Indonesia ditemukan maut dipercayai dibaham harimau di kawasan ladang getah Kampung Kuala Tol, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata lelaki berkenaan dikenali sebagai Shabaini, 36, dan mayatnya dijumpai dalam keadaan tidak […]

Gajah Tunggal Di Filipina Mati Di Zoo Manila
Gajah Tunggal Di Filipina Mati Di Zoo Manila MANILA, 29 Nov (Bernama-Xinhua) — Satu-satunya gajah Filipina mati di Zoo Manila selepas berada di zoo itu selama 46 tahun. Datuk Bandar Manila Maria Sheilah Honrado Lacuna-Pangan dalam siaran video di media sosialnya, gajah betina yang dikenali sebagi Mali itu mati pada petang Selasa. Bedah siasat sedang dijalankan bagi mengenal pasti […]

Runtuhan Gudang: JKKP Arah Henti Kerja Di Kawasan Insiden
Runtuhan Gudang: JKKP Arah Henti Kerja Di Kawasan Insiden PUTRAJAYA, 29 Nov (Bernama) — Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang telah mengeluarkan arahan untuk menghentikan serta-merta semua aktiviti kerja di kawasan insiden runtuhan projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Pulau Pinang bagi tujuan siasatan. Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan JKKP Pulau […]

Runtuhan Gudang: Empat Mangsa Yang Dikhuatiri Terperangkap, Dikesan Melarikan Diri
Runtuhan Gudang: Empat Mangsa Yang Dikhuatiri Terperangkap, Dikesan Melarikan Diri GEORGE TOWN, 29 Nov (Bernama) — Operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat lagi mangsa runtuhan gudang logistik di Batu Maung di sini ditamatkan pada 6.30 petang tadi selepas semua mangsa disahkan masih hidup. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata kesemua mereka […]

Syarikat Bantu Urus Penghantaran Pulang Jenazah Pekerja Bangladesh
Syarikat Bantu Urus Penghantaran Pulang Jenazah Pekerja Bangladesh GEORGE TOWN, 29 Nov (Bernama) — Syarikat kepada seorang daripada tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh yang maut dalam kejadian runtuhan projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas dekat sini, akan menguruskan jenazah pekerjanya termasuk penghantaran pulang ke negara asal. Wakil syarikat pembinaan yang mahu dikenali […]

Runtuhan Gudang: CIDB Lakukan Siasatan Terperinci
Runtuhan Gudang: CIDB Lakukan Siasatan Terperinci GEORGE TOWN, 29 Nov (Bernama) — Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang menjalankan siasatan awal dan terperinci berhubung kejadian projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas dekat sini, yang runtuh malam semalam. CIDB dalam kenyataan hari ini memaklumkan maklumat awal daripada pegawai penguat kuasa CIDB Pulau […]

KPWKM Adakan Program Galak Rakyat Bina Keluarga, Tingkat Kadar Kelahiran
KPWKM Adakan Program Galak Rakyat Bina Keluarga, Tingkat Kadar Kelahiran SHAH ALAM, 29 Nov (Bernama) — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengadakan program bagi menggalakkan rakyat khususnya golongan muda berkahwin sekali gus membantu meningkatkan kadar kelahiran. Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya merancang mengadakan program galakan seumpama itu pada tahun hadapan […]

Sebabkan Kematian Isteri, Bapa Lapan Anak Dipenjara 14 Tahun
Sebabkan Kematian Isteri, Bapa Lapan Anak Dipenjara 14 Tahun TAWAU, 29 Nov (Bernama) — Seorang lelaki yang memiliki lapan anak dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah menyebabkan kematian isterinya di kediaman mereka di Semporna, enam tahun lepas. Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng bagaimanapun memerintahkan tertuduh, […]

Penjawat Awam Sarawak Terima BKK Dua Bulan Gaji, Persekutuan RM600
Penjawat Awam Sarawak Terima BKK Dua Bulan Gaji, Persekutuan RM600 KUCHING, 29 Nov (Bernama) — Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri yang akan dibayar sebelum penghujung tahun ini. Beliau turut mengumumkan BKK berjumlah RM600 kepada penjawat awam Persekutuan […]

Pasukan SAR Jangka Semua Mangsa Tertimbus Akan Ditemui Dalam Masa Terdekat
Pasukan SAR Jangka Semua Mangsa Tertimbus Akan Ditemui Dalam Masa Terdekat GEORGE TOWN, 29 Nov (Bernama) — Kerja-kerja mengalihkan sisa runtuhan rasuk di tapak pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas, sudah 80 peratus siap, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad. Mohamed Usuf berkata kawasan kejadian perlu dibersihkan terlebih […]

Penumpang Bukan Warganegara Malaysia Akan Dikenakan Caj Bas GoKL – DBKL
Penumpang Bukan Warganegara Malaysia Akan Dikenakan Caj Bas GoKL – DBKL Dewan Bandarya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenakan caj terhadap penumpang bukan warganegara yang menggunakan perkhidmatan Bas GoKL. Notis berkenaan telah dimuat naik menerusi satu hantaran di Facebook rasminya (Dewan Badaraya Kuala Lumpur) pada 5.38 petang, hari ini. Difahamkan, caj ini akan dilaksanakan secara berperingkat […]

Rusia Tawar Pengecualian Visa Kepada Pelawat Malaysia
Rusia Tawar Pengecualian Visa Kepada Pelawat Malaysia KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Rusia bersedia memberikan pengecualian visa kepada pelawat Malaysia, kata Timbalan Ketua Misi Kedutaan Rusia ke Malaysia, Alexander Zimin. Beliau berkata perjanjian antara kerajaan yang berkaitan sedang diusahakan oleh kedua-dua negara. Menurut beliau penandatanganan perjanjian seumpama itu akan menjadi langkah penting untuk memudahkan akses […]

Rang Undang-Undang Kekebalan Bidang Kuasa Asing Dibentang Di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang Kekebalan Bidang Kuasa Asing Dibentang Di Dewan Rakyat KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Rang Undang-Undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023, antara lain bertujuan mengawal selia kekebalan yang diberikan kepada sesuatu negara asing dan hartanya, ketua negara dan ketua kerajaan sesuatu negara daripada bidang kuasa mahkamah Malaysia, dibentang bagi bacaan kali pertama […]

Saintis Kini Khuatir, Glasier Di Antartika Cair Mendadak & Pantas
Saintis Kini Khuatir, Glasier Di Antartika Cair Mendadak & Pantas Kajian sekumpulan penyelidik dari Universiti Leeds mendapati bahawa pencairan ais di kawasan barat Antartika berlaku pantas dan membimbangkan, lapor Daily Mail. Bongkah ais gergasi yang dikenali sebagai Glasier Cadman itu telah ‘membebaskan’ kira-kira 2.16 bilion tan ais ke lautan setiap tahun. Dalam kajian yang dilakukan […]

Ringgit Dijangka Mengukuh Pada 2024 – Rafizi
Ringgit Dijangka Mengukuh Pada 2024 – Rafizi KUALA LUMPUR , 29 Nov (Bernama) — Ringgit dijangka akan mengukuh pada 2024 yang dipacu oleh beberapa faktor, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. Beliau berkata, faktor itu termasuklah disiplin fiskal kerajaan dan pertumbuhan ekonomi global yang lebih baik serta ketidaktentuan dasar mata wang Amerika Syarikat (AS) yang semakin […]

Yasin Lepas, Bebas Tiga Pertuduhan Dadah
Yasin Lepas, Bebas Tiga Pertuduhan Dadah PETALING JAYA, 29 Nov (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman daripada tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya. Bagaimanapun, Hakim Faiz Dziyauddin memerintahkan Muhammad Yasin, 48, ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor. […]

Tular Video Kucing Seolah-olah ‘Bercakap’, Ditonton Lebih Tujuh Juta Kali
Tular Video Kucing ‘Bercakap’, Raih Lebih Dari Tujuh Juta Jumlah Tontonan Seekor kucing menjadi tular apabila dilapor mampu ‘bercakap’ dalam satu ayat yang penuh dengan tuannya, lapor The Thaiger. Menurut portal berita berkenaan, kejadian tersebut berlaku di Thailand dan sempat dirakam oleh tuannya sebelum ditularkan ke media sosial. Berdasarkan video berkenaan, kucing berkenaan didakwa bercakap […]