Berita
Koronavirus : Rakyat Malaysia Di Wuhan Selamat
GEORGE TOWN, 25 Jan (Bernama) — Rakyat Malaysia di Wuhan,China yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar dan ekspatriat dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan bebas daripada wabak koronavirus. Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya berkata pihak kedutaan Malaysia di China sentiasa memantau keadaan rakyat negara ini yang menetap di sana dan terus menyalurkan maklumat berkaitan. “Kita memantau rakan-rakan […]
Lagi Kes Pemandu Mabuk Langgar Orang, Mangsa Cedera Parah
GEORGE TOWN, 25 Jan (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki kerana memandu dalam keadaan mabuk sebelum terlibat pelanggaran dengan sebuah kereta dan sebuah motosikal sehingga menyebabkan mangsa cedera parah, dalam kejadian di Jalan Ayer Itam, di sini awal hari ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi, […]
3 Kes Positif, Malaysia Antara 14 Negara Kini Dikesan Ada Laporan Jangkitan Koronavirus
Susulan daripada pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Malaysia hari ini, Malaysia telah disenaraikan dalam senarai negara yang mempunyai kes jangkitan koronavirus bersama dengan 13 negara lain di seluruh dunia. Confirmed coronavirus cases: – China– US– France– Japan– South Korea– Taiwan– Singapore– Thailand– Australia– Nepal– Vietnam– Hong Kong– Macau– Malaysia — The Spectator Index (@spectatorindex) […]
Tiada Majoriti Dua Pertiga Dalam Dewan, Sukar Kerajaan Penuhi Manifesto- Dr Mahathir
KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghadapi kesukaran dalam memenuhi tuntutan manifestonya yang memerlukan pindaan undang-undang berkaitan Perlembagaan kerana ia tidak mempunyai dua pertiga majoriti dalam Dewan Rakyat. “Ya, kita dah lakukan banyak yang kita janji dalam manifesto tapi berkenaan dengan meminda ataupun menggugurkan […]
Mahkamah Antarabangsa Perintah Myanmar Lindungi Etnik Rohingya Daripada Penghapusan Kaum
Mahkamah Tingi Persatuan bangsa-Bangsa Bersatu telah mengarahkan Myanmar menghalang sebarang bentuk kekejaman daripada berlaku terhadap minoriti Muslim Rohingya di negara itu. Myanmar juga dituntut supaya memastikan sebarang bukti jenayah kekejaman yang berlaku dilindungi. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengarahkan kerajaan Aung San Suu Kyi untuk mematuhi garisan Konvensyen Pembasmian Kaum 1948. Menurut The Guardian, terdapat bukti […]
JAHEAIK Tahan 19 Individu Dalam OP Maksiat Tahun Baharu Cina
KOTA BHARU, 25 Jan (Bernama) — Seramai 19 individu ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menerusi Op Maksiat sempena cuti Tahun Baharu Cina pada Khamis dan semalam. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata ia membabitkan tujuh kes khalwat, berkelakuan tidak sopan (dua kes) […]
(Video) Bimbang Wabak Koronavirus, Lelaki Terdesak Jadikan Tuala Wanita Topeng Muka
Seorang lelaki di Wuhan menggunakan tuala wanita sebagai topeng kerana terdesak untuk melindungi dirinya daripada dijangkiti koronavirus susulan daripada ketiadaan stok topeng dijual di pasaran. Lelaki tersebut dilihat meletakkan tuala wanita itu di muka bagi melindungi muka serta hidungnya. Seorang wanita yang merakam detik tersebut bercakap dengan lelaki itu berkenaan dengan mengapa dia bertindak memakai […]
Penggiat Industri Pelancongan Johor Telah Diberi Taklimat Berhubung Koronavirus – Exco
JOHOR BAHRU, 25 Jan (Bernama) — Penggiat industri pelancongan di negeri ini telah diberi taklimat berhubung wabak koronavirus, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Johor Liow Cai Tung. Beliau berkata taklimat dikendalikan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) itu antaranya memberikan panduan kepada penggiat industri pelancongan dalam mengendalikan pelancong khususnya dari China. “Pada masa sama, saya […]
Filipina Dilapor Hantar Pulang Ratusan Pelancong China Balik Ke Wuhan
Pegawai penerbangan Filipina pada semalam menyatakan bahawa kira-kira 500 pelancong China dari Wuhan yang mendarat di Kalibo, Aklan akan dihantar pulang ke tempat asal mereka, lapor CNN. Pengarah Eksekutif Lembaga Penerbangan Awam, Carmelo Arcilla, menyatakan bahawa pesawat daripada syarikat Royal Air Charter dan Pan Pacific Airline akan digunakan bagi menghantar pulang kesemua pelancong tersebut. Kesemua […]
(Video) Tiada Rancangan Larang Pelancong Dari China Masuk Malaysia Buat Masa Ini- PM
Kuala Lumpur, 25 Jan – Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menyatakan kerajaan tidak merancang untuk menyekat kemasukan pelancong China ke Malaysia buat masa ini. Susulan penularan pantas wabak koronavirus di China dan sekurang-kurangnya 14 negara termasuk Malaysia, rakyat menggesa kerajaan menyekat kemasukan pelancong China. Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang media pagi tadi berkata […]
KKM Masih Menunggu Hasil Ujian Makmal Libatkan Rakyat Tempatan Disyaki Koronavirus, Pernah Melawat China
Putrajaya, 25 Jan – Kementerian Kesihatan masih menunggu satu lagi ujian makmal terhadap seorang individu suspek koronavirus di Malaysia. Individu berkenaan yang kini dirawat di wad pengasingan merupakan seorang warga tempatan yang pernah melawat China sebelum ini. Setakat ini, seramai 11 orang warga tempatan telah menjalankan ujian dan 10 disahkan negatif koronavirus manakala seorang lagi […]
Netizen Suarakan Kebimbangan Wabak Koronavirus Dah Dikesan Di Malaysia
Kementerian Kesihatan telah membuat sidang media mengenai kes pertama koronavirus di Malaysia yang melibatkan warga China yang memasuki negara ini melalui Johor. Video siaran langsung berkenaan dihujani komen dari rakyat yang risau dan panik dengan penularan pantas wabak itu ke negara kita. Lantaran itu, ramai netizen meminta pihak kerajaan agar menyekat kemasukan warga China buat […]
Tapak Relau Peleburan Besi Purba Ditemukan Di Kedah
KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) — Jabatan Warisan Negara (JWN) menemui satu tapak relau peleburan besi purba di Kampung Padang Chicak, Jeneri, Sik, Kedah berhampiran Sungai Muda hasil ekskavasi arkeologi yang mula dijalankan sejak 3 Jan lepas. JWN dalam satu kenyataan berkata penemuan relau peleburan besi dengan ukuran diameter 496 sentimeter (cm) dan 108cm tinggi itu turut […]
(Video) Doktor Di China Dakwa Berjaya Sembuhkan Pesakit Koronavirus Pertama
Zhejiang, China, 25 Jan – Seorang lelaki menjadi pesakit koronavirus pertama yang berjaya sembuh di sini, lapor China Global Television Network (CGTN). Yang, 46 merupakan pesakit koronavirus pertama yang sembuh selepas menerima rawatan selama seminggu di hospital akibat virus itu. Menurut CGTN, lelaki yang telah lama tinggal di Wuhan itu mula menunjukkan simptom jangkitan seperti […]
TERKINI: 3 Positif Koronavirus Merupakan Ahli Keluarga Terdekat Kes Di Singapura
Kuala Lumpur -Tiga warga China yang disahkan positif koronavirus merupakan ahli keluarga terdekat mangsa pertama koronavirus di Singapura, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia. Ketiga-tiga pesakit dilaporkan sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh dan dalam keadaan stabil. “Kesemua mereka telah melalui saringan kesihatan ketika memasuki pintu masuk antarabangsa tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda,” lapor KKM. Tiga yang […]
TERKINI: 3 Warga China Masuk Malaysia Disahkan Positif Koronavirus
Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari ini telah mengesahkan bahawa tiga warga China yang memasuki negara ini melalui Johor Bahru positif dijangkiti novel koronavirus. TERKINI: Tiga warga China yang memasuki negara ini melalui Johor Bharu disahkan positif novel coronavirus #2019_nCov Mereka kini dirawat di Hosp Sg Buloh dan dlm keadaan stabil. Mereka adalah ahli keluarga terdekat […]
E-Dompet Beri Banyak Pulangan Balik Menguntungkan – Pengguna
JOHOR BAHRU, 25 Jan (Bernama) — Penggunaan e-dompet dalam kehidupan seharian termasuk menikmati hidangan di restoran mahu pun membeli barangan penjagaan diri memberikan banyak pulangan balik yang sangat menguntungkan. Seorang ejen hartanah di bandar raya ini, V.Ragunath, 37, berkata beliau mula menggunakan e-dompet sejak enam bulan lepas dan mendapati ia dilihat menjimatkan kos perbelanjaan menerusi pulangan balik yang […]
TERKINI: Doktor Rawat Pesakit Koronavirus Di China Maut Jadi Mangsa Jangkitan
Beijing – Seorang doktor di sebuah hospital wilayah Hubei dilaporkan maut akibat virus koronavirus yang menjangkiti hampir 1300 orang itu. Liang Wudong, 62 menjadi salah seorang doktor yang berperanan merawat para pesakit yang dijangkiti virus berkenaan di Hospital Hubei Xinhua. Berita ini dilaporkan media tempatan, China Global Television Network (CGTN) dalam tweet mereka. Liang Wudong, a […]
Koronavirus Ragut 16 Nyawa Dalam 24 Jam, Angka Kematian Meningkat Kepada 41 Orang
Wuhan: Jumlah kematian akibat koronavirus di sini meningkat kepada 41 orang berbanding 25 semalam. Peningkatan itu turut disertai penambahan mangsa yang terjangkiti dari 830 kepada hampir 1300 orang dalam tempoh 24 jam. Sekurangnya 444 kes baru dikesan, meningkatkan jumlah jangkitan kepada 1,287, kata Suruhanjaya Kesihatan dalam satu kenyataan, lapor Channel News Asia. Kesemua kematian berlaku […]
(Video) Gempa Bumi Kuat Gegarkan Turki, Sekurang-Kurangnya 18 Maut & Lebih 100 Bangunan Dipercayai Runtuh
Sekurang-kurangnya 18 orang telah dilaporkan maut selepas gempa bumi kuat berukuran 6.8 magnitud telah menggegar Turki sehingga menyebabkan lebih 100 bangunan dipercayai runtuh. M6.8 24-01-2020 Elazig earthquake Turkey! More than 100 buildings are collapsed! pic.twitter.com/V5aGc2yWCG — Aybige Akinci (@AybigeAkinci) January 24, 2020 a few hours ago a terrible earthquake has occured in turkey. please, let's […]