Berita

Berita
RM1.14 Bilion Bagi Pembangunan Infrastruktur Terengganu Tahun Ini – Azmin
KUALA TERENGGANU, 14 Feb — Sebanyak RM1.14 bilion diperuntukkan untuk Terengganu bagi pembangunan infrastruktur tahun ini, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Katanya peruntukan tersebut diharap dapat memberi impak yang positif terhadap ekonomi dan sektor pelancongan di Terengganu. “Hari ini saya turun (ke Terengganu) melihat beberapa projek pembangunan termasuk kompleks Pasar Payang yang […]
Kesihatan
Dakwaan Kes Pertama Kematian Akibat Covid-19 Di Malaysia, KKM Beri Penjelasan
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum bahawa terdapat satu laporan akhbar China Press bertarikh 13 Februari 2020 dengan tajuk “Kes pertama? Jangkitan selesema dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 berlaku di Pulau Pinang”. Akibat dari itu, banyak khabar angin yang mengatakan bahawa kematian tersebut disebabkan jangkitan […]
Berita
Jangan Salah Guna Label MCMC Untuk Penjualan Kotak TV Android
PUTRAJAYA, 14 Feb – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memberi amaran tegas kepada penjual kotak TV Android agar tidak menyalahgunakan label suruhanjaya itu bagi penjualan alat tersebut. MCMC menjelaskan pemerakuan kotak TV Android oleh SIRIM dan label MCMC tidak melibatkan kelulusan terhadap sebarang aplikasi untuk penstriman dan memuat turun sebarang filem, drama atau apa jua […]
Berita
Vaksin Covid-19 Dijangka Siap Dalam Tempoh 18 Bulan – WHO
Geneva : Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Selasa berkata vaksin pertama untuk COVID-19 dijangka dapat dihasilkan dalam tempoh 18 bulan, lapor agensi berita Xinhua. Menerusi Twitternya beliau berkata “ada banyak yang boleh kita lakukan bagi mencegah penularan dan bersedia untuk mengawalnya daripada terus merebak.” Terdahulu, pada taklimat akhbar beliau berkata “sekarang […]
Gaya hidup
Viral Telur Pecah Dijual Pada Harga Jauh Lebih Murah, Selamatkah Untuk Dimakan?
Mungkin ada antara kita yang belum pernah melihat telur yang telah dipecahkan dan dibungkus di dalam plastik. Namun bagi mereka yang biasa membelinya, telur ini lazimnya dijual pada harga lebih rendah sehingga RM2.00 untuk 10 biji telur. Sangat menjimatkan, bukan? Akan tetapi, timbul persoalan lain mengenai tahap kebersihan dan keselamatan makanan ini. Adakah ia selamat […]
Berita
(Video) “Salute, Teranu Ori Boh”, Hariff Salleh ”Speaking English” Slang Terengganu Dipuji Netizen
Mohamed Harrif Saleh atau lebih dikenali sebagai Hariff Saleh adalah atlet berbasikal profesional Malaysia, yang kini sedang berlumba untuk Pasukan Berbasikal Terengganu. Beliau memenangi bagi peringkat saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang ketika ini sedang berlangsung. Terbaru, tular mengenai video berdurasi 1 minit 16 saat di laman sosial mengenai kemenangannya dalam acara tersebut. Para […]
Berita
Obor-Obor Beracun Ditemui Di Pantai Pulau Kekabu, Mampu Jadi Ancaman Pengunjung
Pihak bertanggungjawab disaran agar meletakkan bendera merah dan papan tanda di beberapa lokasi pesisir pantai sebagai tanda amaran kewujudan obor-obor beracun di kawasan itu. Pensyarah kanan bidang Teknologi Alatan Perikanan dan Ekologi Perikanan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Mohd Fazrul Hisam Abd Aziz berkata pemasangan bendera merah dan papan tanda itu dapat menyelamatkan orang […]
Kesihatan
Media Antarabangsa Lapor China Mengaku Tak Tahu Jumlah Sebenar Kes Jangkitan Covid-19, Mungkin Lebih Tinggi
China mengaku tidak mengetahui angka sebenar kes jangkitan koronavirus, Covid-19 di Wuhan, lapor Daily Mail. Setiausaha Agung Suruhanjaya Hal Ehwal Politik dan Perundangan Pusat China, Chen Yixin mengaku negara berkenaan belum mengetahui angka sebenar kes positif koronavirus di negara itu. Bilangan orang yang dijangkiti di Wuhan belum sepenuhnya digambarkan dan skala penyebaran tidak dianggarkan dengan […]
Berita
Nigeria Diancam Virus Demam Lassa, Mangsa Maut Meningkat Kepada 70 Orang
Angaka kematian akibat demam Lassa di Nigeria kini dilaporkan meningkat kepada 70 orang, lapor Al-Jazeera America. Pusat Kawalan Penyakit Kebangsaan Nigeria (NCDC) yang bertanggungjawab dalam menguruskan penyakit berkenaan berkata, sebanyak tiga kematian baru dilaporkan di 3 negeri. ”4 orang petugas kesihatan turut dijangkiti yang bertugas di Ondo, Delta dan Kaduna,” kata NCDC dalam satu kenyataa. […]
Berita
Pekerja Rasa Ditindas, Tidak Dijaga Kebajikan Boleh Lapor Kepada JTKSM
PELABUHAN KLANG, 13 Feb — Mana-mana pekerja yang berasa ditindas, tidak dijaga kebajikan atau menerima gaji tidak setimpal, boleh membuat laporan mengenainya kepada pejabat Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM). Pengarah Bahagian Standard Perburuhan JTKSM, Mohd Asri Abdul Wahab berkata ini kerana adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk mewujudkan persekitaran yang selesa selain menjaga kebajikan setiap warga kerjanya. […]
Kesihatan
Pelajar Dibawa Ke Hospital Kerana Disyaki Hidap Penyakit Berjangkit, Bukan Ditahan Polis – JKJN
JOHOR BAHRU, 13 Feb — Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan bahawa seorang pelajar positif COVID-19 telah ditahan polis di sebuah sekolah dekat Kulai hari ini, sebaliknya menjelaskan pelajar itu dibawa ke hospital untuk siasatan lanjut melibatkan kes penyakit berjangkit. Pengarah JKNJ, Dr Aman Rabu berkata tindakan itu diambil susulan laporan polis yang dibuat oleh sebuah hospital kerajaan. […]
Berita
Hong Kong Sahkan Tiga Lagi Kes Baharu Covid-19
Hong Kong mengesahkan tiga lagi kes baharu Novel Koronavirus atau nama rasminya Covid-19 pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 53 orang. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan, mangsa seorang lelaki berusia 43 tahun merupakan saudara kepada kes positif sebelumnya. Dia mula menunjukkan tanda batuk-batuk pada 29 Januari, dan muntah serta cirit-birit sejak 31 Januari. […]
Berita
(Video) Kereta Bertembung Dengan Treler, Bayi Lelaki 16 Bulan Antara 4 Yang Maut
SUNGAI SIPUT, 14 Feb – Polis mengesahkan hanya empat yang maut termasuk seorang bayi lelaki dalam perlanggaran melibatkan kereta dan treler di Km37, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, dekat Kampung Salak Stesyen, di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata mangsa yang maut ialah anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis […]
Berita
Menteri Cadang Pemandu Mabuk Dikenakan Hukuman Penjara 20 Tahun
PUTRAJAYA — Pemandu yang didapati bersalah kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dicadangkan dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong. Beliau berkata Kabinet secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mengenakan hukuman yang lebih berat […]
Berita
Lapan Lagi Kes Baharu Positif Jangkitan Covid-19 Dicatat Di Singapura
SINGAPURA, 13 Feb (Bernama) — Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini mengesahkan lapan lagi kes baharu yang positif jangkitan COVID-19 di republik itu dan kesemuanya mempunyai kaitan dengan kes-kes terdahulu. Kes-kes positif baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di Singapura setakat ini ialah 58. Dalam kemas kini hariannya, MOH berkata dua kes baharu itu membabitkan rakyat Bangladesh dan mempunyai kaitan […]
Berita
Tiga Kanak-Kanak Lemas Ketika Mandi Di Sebuah Kolam
JOHOR BAHRU, 13 Feb (Bernama) — Tiga kanak-kanak lelaki meninggal dunia akibat lemas semasa bermandi-manda di sebuah kolam berhampiran pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Sri Amar, Majidee, di sini, malam ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata yang meninggal dunia dalam kejadian itu dikenali sebagai Muhammad Rozie Iskandar Shah Abdullah, […]
Luar Negara
(Video) Rakaman Anggota Polis Di China Bawa Senjata Api Ketika Rondaan Undang Rasa Cemas Netizen
Kita sememangnya sudah mengetahui bahawa negara China adalah negara yang mencatatkan kematian paling banyak akibat daripada virus Covid-19. Perkara tersebut secara tidak langsung telah mencetuskan rasa panik dan cemas orang awam yang takut akan apa terjadi di negara itu. Malah, pelbagai andaian dan spekulasi yang timbul tanpa sebarang usul periksa terutamanya di media sosial. Sekiranya […]
Luar Negara
(Video) Didakwa ‘Stress’ Lepas Bertengkar, Wanita Di China ’Kantoi’ Sengaja Ludah Pada Butang Lif
Wabak global Covid-19 semakin membimbangkan ekoran angka kematian telah meningkat melebihi 1000 orang. Jangkitan penyakit ini dikatakan boleh tersebar melalui pelbagai cara dan salah satunya ialah bakteria daripada air liur seseorang. Perbuatan seorang wanita yang meludah di butang dalam sebuah lif di China terbongkar apabila tindak-tanduknya berjaya dirakamkan oleh kamera rakaman litar tertutup (CCTV). Rakaman […]
Berita
Covid-19: Enggan Diperiksa Suhu Badan, Seorang Wanita Ditumbuk Berkali-Kali Oleh Petugas Kesihatan
Wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang ini sangat membimbangkan apabila angka kematian telah melebihi 1000 orang. Disebabkan itu, pelbagai langkah berjaga-jaga dilaksanakan bagi memastikan wabak ini tidak terus menjadi kritikal. Pun begitu, masih ada segelintir manusia yang enggan memberi kerjasama kepada petugas-petugas untuk menjalankan langkah berjaga-jaga seperti membuat imbasan suhu. Begitulah yang dimaksudkan melalui […]
Berita
Taman Eko Rimba Gunung Pulai 1 Ditutup Akibat Kencing Tikus
JOHOR BAHRU, 13 Feb (Bernama) — Taman Eko Rimba Gunung Pulai 1 dekat Kulai, ditutup kepada pengunjung mulai semalam sehingga 26 Feb ini berikutan beberapa kejadian leptospirosis di pusat rekreasi berkenaan. Pegawai Daerah Kulai Mohd Radzi Mohd Amin berkata pihaknya menerima makluman berhubung penutupan terbabit daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kulai. “Pejabat Kesihatan Daerah Kulai mengesahkan […]