Berita
Hina Islam, Perkauman: Pemilik Akaun Facebook ‘Kelvin Cao’ Diburu
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) memburu pemilik akaun Facebook dikenali sebagai ‘Kelvin Cao’ kerana dipercayai menghina agama Islam dan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Risikan dan Operasi), Datuk Mohd Roze Shaari, berkata Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman telah memulakan siasatan terhadap pemilik akaun […]
Pemandu Mabuk Bakal Berdepan Dengan Hukuman Penjara 20 Tahun
PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) — Pemandu yang didapati bersalah kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dicadangkan dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong. Beliau berkata Kabinet secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mengenakan hukuman yang lebih […]
Empat Kes Baharu Disyaki COVID-19 Direkod Di Sarawak
KUCHING, 13 Feb (Bernama) — Empat kes baharu disyaki COVID-19, penyakit novel koronavirus direkodkan di Sarawak hari ini, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri. Dua daripada pesakit dalam siasatan (PUI) itu berada di Hospital Miri dan masing-masing seorang di Hospital Sibu dan Hospital Umum Sarawak di Kuching. “Dengan kes terbaharu ini, Sarawak mencatatkan jumlah kumulatif 80 kes PUI yang dilapor antara 10 Jan […]
Mufti WP Perjelaskan Hukum Makan Daging Kelawar
Dunia telah digemparkan dengan penemuan virus baru bernama Covid-19 yang telah meragut lebih 1,000 nyawa di China dan menjangkiti lebih 40,000 orang di seluruh dunia. Antara dakwaan punca virus ini tersebar ialah dari haiwan eksotik seperti kelawar dan ular. Timbul persoalan dalam kalangan umat Islam mengenai hukum memakan daging kelawar. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, […]

Bekalan Topeng Hidung Dan Mulut Cukup, Jangan Buat Pembelian Panik – Saifuddin
Putrajaya : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan topeng hidung dan mulut mencukupi untuk keperluan orang ramai dalam mengawal jangkitan COVID-19. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan akan membeli stok sedia ada sebanyak 400,000 keping topeng hidung dan mulut daripada pengeluar tempatan dan strategi pengedaran kepada orang […]

Covid-19: Pembersihan Telefon Bimbit Mungkin Lebih Berkesan Dari Memakai Topeng Untuk Elak Jangkitan
Pemakaian topeng muka sememangnya penting bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 yang boleh merebak melalui batuk, selesema dan juga sentuhan. Perkara ini disebarkan secara meluas tetapi ada yang kurang mendapat pendedahan ramai iaitu melalui penggunaan telefon bimbit untuk mencegah penyebaran wabak. Pengarah Perkhidmatan Perubatan Kenneth Mak, di akhir persidangan memberikan satu tips ini kepada orang ramai. ”Nasihat […]

Letusan Gunung Merapi, Indonesia Keluarkan Amaran
Jakarta : Indonesia mengeluarkan amaran kepada pelancong dan penduduk supaya tidak berada berhampiran Gunung Merapi berikutan letusan yang berlaku pada Khamis pagi, lapor agensi berita Vietnam (VNA). Menurut Agensi Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Indonesia untuk Bencana Geologi (BPPTKG), gunung berapi itu meletus selama dua minit, bermula 5.16 pagi (waktu tempatan). Ia memuntahkan abu sehingga 2,000 […]

Dua Minggu Berlayar Tanpa Arah, Kapal Persiaran Ini Akhirnya Berlabuh Di Kemboja
Sebuah kapal persiaran yang berlayar di lautan tanpa arah tuju kerana dihalang berlabuh di 5 buah negara akibat bimbang penumpangnya dijangkiti koronavirus akhirnya diterima berlabuh di pelabuhan Kemboja. Kapal yang dikenali dengan nama MS Westerdam itu terpaksa menukar arah selepas 5 negara di sekeliling Asia tidak membenarkannya untuk berlabuh di negara mereka. Ianya susulan kebimbangan […]

Jadikan Insiden Kanak-Kanak Tercampak Keluar Daripada Kereta Sebagai Pengajaran – Loke
Pelabuhan Klang : Insiden seorang anak kecil tercampak keluar daripada kereta dipandu bapanya di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Senawang, Negeri Sembilan pada Isnin lepas sepatutnya dijadikan pengajaran kepada semua ibu bapa betapa pentingnya penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS). Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata penggunaan CRS dengan betul dapat memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan […]

Isu Covid-19 Tidak Jejas Penganjuran MTF – MATA
Kuala Lumpur : Meskipun berdepan situasi tidak menentu ekoran isu jangkitan COVID-19, Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) tetap meneruskan promosi Pameran Pelancongan Malaysia (MTF) yang akan berlangsung pada 13 hingga 15 Mac di Pusat Dagangan Dunia (WTC – sebelum ini dikenali sebagai PWTC) di sini. Presiden MATA Datuk Mohd Khalid Harun berkata pihaknya mengambil maklum […]
(Video) Kumpulan Gagak Misteri Penuhi Langit Dipercayai Di Wuhan Buat Netizen Tertanya-Tanya
Kehadiran kumpulan besar burung gagak dipercayai di bandar Wuhan membuatkan orang ramai tertanya-tanya dan mula menimbulkan spekulasi sendiri. Dalam rakaman yang tular di media sosial, kelihatan burung hitam itu berterbangan di jalanan yang kini sunyi sejak kuarantin dilaksanakan. Groups of crows in the city…what do you think would attract this many crows? pic.twitter.com/vBnSGITDwU — Harry […]
Parkson Buat Hal Lagi, Nak Bagi RM10,000 Untuk Pelanggan Bertuah Sehingga 22 Mac 2020
Bila dengar je Parkson, teringat hari tu shopping minyak wangi sebotol tapi dapat baucer bukan main banyak sampai boleh beli barang lain. Seronok membeli-belah dekat Parkson ni sebab rasa berbaloi dengan apa yang kita dapat menerusi setiap pembelian. Kadang-kadang tu tak rancang pun nak beli banyak, tapi bila nampak je tawaran menarik, terus borong macam orang tak […]

Anggota PGA Hilang Ketika Selamatkan Mangsa Bot Karam
Sandakan : Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) hilang dalam kejadian bot penumpang karam di perairan dekat Pasar Umum Sandakan di sini, pagi ini. Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Sandakan Leftenan Komander Mohd Hafidz Mohd Tajuddin berkata mangsa Asman Ongkal, 40 yang turut menaiki bot itu bersama keluarganya, hilang ketika cuba menyelamatkan penumpang […]

Dakwaan Rasuah : JPJ Akan Buat Laporan Kepada Pihak Berwajib
Kuala Lumpur : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuat laporan kepada pihak berwajib berhubung artikel bertajuk ‘Rasuah dalam JPJ jahanamkan industri logistik’ disiarkan oleh sebuah portal berita hari ini. Menerusi satu kenyataan, JPJ memaklumkan pihaknya memandang serius kenyataan yang dibuat menerusi artikel itu. “JPJ tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan rasuah mahupun penyalahgunaan kuasa di […]

Covid-19: Vietnam ‘Tutup’ Bandar Dan Kuarantin Penduduk 20 Hari, Mulai Hari Ini
Selepas China ‘menutup’ puluhan bandar di negaranya, kini Vietnam mengambil langkah yang sama untuk membendung penularan Covid-19 setelah kes ke-16 positif jangkitan disahkan di negara itu. Mangsa terbaharu, seorang lelaki berusia 50 tahun yang merupakan bapa kepada seorang individu yang dijangkiti sebelum ini di Son Loi, daerah Vinh Phuc, kira-kira 40 kilometer barat laut ibu […]
Anak Tidak Sah Taraf Tidak Boleh Di Bin Atau Binti Nama Bapa – Mahkamah Persekutuan
PUTRAJAYA, 13 Feb — Mahkamah Persekutuan, dalam keputusan majoriti 4-3, memutuskan anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf tidak boleh di bin atau binti dengan nama bapanya. Panel tujuh hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusuf membenarkan sebahagian rayuan dikemukakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), ketua pengarah JPN dan kerajaan […]

Covid-19: Kerajaan Tidak Halang Kapal Persiaran, Kapal Kargo Berlabuh Di Malaysia – Anthony Loke
PELABUHAN KLANG, 13 Feb — Kerajaan tidak merancang untuk menyekat kapal persiaran atau kapal kargo, daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara ini, susulan penularan virus COVID-19. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata ini kerana setiap penumpang kapal persiaran akan melalui dua saringan kesihatan, yang dijalankan oleh kerajaan dan operator, kapal sebelum mereka dibenarkan turun daripada kapal. Beliau berkata keputusan […]

(Video) Dapat Berita Mak Meninggal, Jururawat Di Wuhan Menangis Teresak Tak Dapat Pulang
Di sebalik penularan Covid-19, barisan hadapan yang paling banyak berkorban pastinya pasukan perubatan yang bertungkus-lumus bekerja demi menyelamatkan nyawa pesakit. Tidak kiralah doktor mahupun jururawat, kesemua mereka terutamanya yang bertugas di wilayah yang teruk terjejas, sanggup meninggalkan keluarga dan ada di antaranya terpaksa melalui pengalaman perit seperti kisah yang menyentuh hati ini. Wu Yaling, seorang […]

Banduan British Tiada Gejala COVID-19- Pegawai Kesihatan Thai
BANGKOK, 12 Feb — Banduan British yang pengsan di penjara United Kingdom (UK) yang disyaki dijangkiti COVID-19 telah menjalani pemeriksaan perubatan dan menunjukkan tidak mempunyai gejala virus itu sebelum diekstradisi. Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Thailand Dr Sophon Iamsirithawon berkata lelaki berumur 31 tahun itu diekstradisi pada 27 Jan lepas. “Lelaki itu sihat dan tidak demam. Dia berupaya […]

Golongan B40 Berusaha Dapatkan Maklumat Kemudahan Disediakan Kerajaan
KANGAR, 13 Feb — Orang ramai terus menunjukkan minat untuk mendapatkan penjelasan terperinci mengenai kemudahan yang disediakan kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah B40. Sejak beberapa hari lepas, bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini, penuh sesak dengan orang ramai yang mahu mendapatkan penerangan tentang Bantuan Sara Hidup (BSH2020), Skim Perlindungan Kesihatan Nasional (MySalam), Skim Peduli Kesihatan untuk […]