Berita
(Video) Rakaman Air Terjun ‘Naik’ Ke Atas Tebing ‘Pukau’ Perhatian Dunia
Air terjun juga dianggap sebagai salah satu kecantikan yang terdapat di atas muka bumi ini. Apa tidaknya, dengan arus air yang menjunam ke bawah bagaikan membawa satu makna keindahan yang boleh dinikmati oleh komuniti manusia. Ramai yang menggemari air terjun kerana air yang dialurkan adalah sejuk. Disebabkan itu, ramai yang mengambil peluang untuk bermandi-manda di […]

3 Trick Nak Jaga Hubungan Jarak Jauh Sampai Bawa Pasangan Korang Ke Maldives
Orang kata yang paling sakit ketika bercinta adalah peritnya menahan rindu. Nak lagi, kalau hubungan jarak jauh atau short form yang selalu disebut, LDR (Long Distance Relationship). Seminggu, sebulan, setahun tak bertentang mata, mahu jadi gila dibuatnya. Semestinya setiap pasangan punya cara tersendiri untuk memastikan hubungan sentiasa mekar biarpun hanya sesekali bersua. Biar apa pun […]

Diarahkan Guru Bersihkan Muntah Sendiri, Murid Menangis Ditenangkan Rakan-Rakan
Tanggungjawab merupakan aspek terpenting yang perlu ada dalam setiap diri manusia. Perkara ini adalah kerana tanggungjawab yang dilaksanakan akan dapat mencerminkan keperibadian seseorang. Tanggungjawab bukan sahaja perlu disematkan dalam diri orang dewasa sahaja, namun tetap juga perlu ada di dalam diri kanak-kanak. Begitulah situasi yang boleh digambarkan menerusi satu perkongsian di laman Twitter. Pengguna laman […]
(Video) Pakar Dakwa ‘Plasma Darah’ Daripada Pesakit Yang Pulih Dapat Melawan Virus Covid-19
Syarikat pembekal perubatan di China mendakwa bahawa plasma yang terdapat pada darah orang yang berjaya pulih dari virus Covid-19 boleh merawat pesakit koronavirus yang sedang kritikal. China National Biotec Group Co. telah menggunakan plasma yang mengandungi antibodi ini untuk merawat 10 pesakit yang sedang kritikal sejak 8 Februari lalu, kata syarikat itu dalam satu kenyataan […]
Didakwa Enggan Pakai ‘Face Mask’, Wanita Di China ‘Diheret’ Keluar Pasar Raya
Wabak virus Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini telah merekodkan lebih daripada 1,000 kematian manakala puluhan ribu kes positif dijangkiti dicatatkan meningkat hari demi hari. Negara China adalah negara yang paling terkesan selepas majoriti kes dan kematian semuanya berlaku di negara tersebut. Disebabkan itu, penduduk di China kini dipercayai hidup dengan rasa bimbang serta […]
COVID-19: Empat Lagi Pesakit Pulih Sepenuhnya – Dr Wan Azizah
PUTRAJAYA, 14 Feb (Bernama) — Empat lagi individu yang dijangkiti COVID-19 telah dibenarkan pulang hari ini, menjadikan bilangan kes yang sembuh dan dibenarkan sebanyak tujuh orang. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata empat individu berkenaan merupakan kes pertama, kedua, ketiga dan kelima daripada keseluruhan 19 individu dijangkiti virus itu sejak kes […]
(Video) Dipercayai Leka Bermain ‘Phone’, Lelaki Dirempuh Lori Hingga ‘Terpelanting’
Kemalangan adalah sesuatu perkara yang sukar untuk dielakkan walaupun pelbagai langkah keselamatan telah diambil. Pun begitu, pelbagai langkah berjaga-jaga dan berhati-hati boleh diambil oleh semua pengguna jalan raya bagi mengelakkan kemalangan. Sememangnya umum mengetahui bahawa penggunaan telefon bimbit sangat tidak digalakkan ketika berada di atas jalan raya. Perkara ini kerana perbuatan tersebut merupakan salah satu […]
Rebutkan Sebotol Antiseptik, Gadis Di Wuhan Tergamak Bunuh Dua Orang Pelanggan
Wabak virus Covid-19 yang sedang tercetus di dunia ketika ini telah menimbulkan pelbagai huru-hara antaranya ialah kes pembunuhan. Setakat ini, virus tersebut telah dilaporkan meragut lebih daripada 1,000 nyawa secara global dan telah menjangkiti lebih daripada 42,000 orang di seluruh dunia. Dengan angka kes yang semakin meningkat hari demi hari, sesetengah penduduk telah menjadi panik […]
Israel Bom Damsyik,7 Maut Termasuk 4 Rakyat Iran
ANKARA, 14 Feb (Bernama) — Tujuh termasuk empat pegawai Iran terbunuh selepas Israel mengebom ibu negara Syria, Damsyik, lapor agensi berita Anadolu. Serangan bermula pada Khamis malam sehingga Jumaat. Menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang berpangkalan di London, memetik sumber tempatan, kejadian itu meragut nyawa tiga anggota rejim Syria, termasuk dua pegawai dan […]

26 Kertas Siasatan Berita Palsu Covid-19 Dibuka – Bukit Aman
Kuala Lumpur : Polis membuka tiga lagi kertas siasatan berhubung penyebaran berita tidak sahih mengenai jangkitan Covid-19 di media sosial, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 26 kes. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Risikan dan Operasi) Datuk Mohd Roze Shaari berkata tiga laporan kes baharu yang diterima pihaknya ialah di Kuching dan Miri di […]

Harga RON95 Dan RON97 Naik Dua Sen, Diesel Naik Enam Sen
Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 naik dua sen kepada RM2.36 seliter, manakala RON95 naik dua sen kepada RM2.06 seliter sementara diesel naik sebanyak enam sen kepada RM2.14, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 21 Feb. Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan memaklumkan berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit […]
(Video) Bangunan Dalam Pembinaan Di Jalan Klang Lama Runtuh, Empat Mangsa Dilaporkan Terperangkap
Terkini, satu kejadian bangunan runtuh dilaporkan berlaku di sekitar Taman Desa Coalition, Jalan Klang Lama sebentar tadi. Menurut satu laman Facebook bernama EdgeProp Malaysia, bangunan yang dilaporkan runtuh itu adalah merupakan sebuah projek pembinaan kondominium yang sedang disiapkan. Menurut Bernama, insiden tersebut berlaku kira-kira jam 3 petang hari ini. Gambar yang disiarkan menunjukkan sebahagian struktur […]
Gajah Betina Dipercayai Mati Akibat Keracunan
Lahad Datu : Seekor gajah betina dewasa yang ditemui mati di Ladang Bagahak 1, dekat sini, Rabu lalu, dipercayai mengalami keracunan akut sehingga menyebabkan kegagalan fungsi organnya. Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah di Lahad Datu, Sylvester Saimin, berkata, hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan luaran dan darah mengalir dari orifis rektum (lubung dubur), mulut […]
”Dia Belanja Satu Kedai, Tanggung Dana Ceramah Ustaz Keliling Pahang” Lepas Lima Hari Pergi, Ali Dedah Kebaikan Abam
Pemergian pelawak terkenal, Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali dengan nama Abam Bocey baru-baru ini, ternyata meninggalkan kesan yang mendalam bukan sahaja kepada ahli keluarga, tetapi seluruh rakyat Malaysia. Bukan sahaja majlis pengebumian arwah diiringi ribuan peminat, malah sisi kebaikan arwah sepanjang hayatnya telah didedahkan satu demi satu. Ramai yang tidak […]
Nasihat Cuaca Kering Fasa Akhir Dijangka Berterusan Hingga Hujung Mac 2020 – Met Malaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia kini sedang berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangkat bakal berakhir pada bulan Mac 2020. Dalam tempoh ini, sleain Sarawak, biasanya taburan hujan agak rendah di seluruh negera terutamanya di utara semenanjung. Menerusi kenyataan media uang dikeluarkan oleh Met Malaysia, beberapa negeri sudah berada dalam keadaan lembap namun, jangka yang […]

(Video) Remaja Luang Masa 2 Jam, Tulis Perkataan Abam Beribu Kali Sehingga Terhasil Potret Arwah
Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey yang telah meninggal dunia pada 10 Februari merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Achey. Terbaru, seorang remaja lelaki yang bernama Abdul Azim melakar potret abam hanya menggunakan pensel mekanikal. View this post on Instagram semoga tenang disana @abam_bocik 😢khas untuk korang semua […]
“Tolonglah Pulangkan Duit Pakcik,” CCTV Rakam Pemuda Ambil Duit Pakcik Ishak Di Mesin ATM
Kekadang dalam kekalutan pasti akan ada yang tertinggal sesuatu perkara. Tambah-tambah lagi di mesin wang automatik (ATM), pasti akan ada yang terus pergi tanpa wang selepas kad dikeluarkan. Hal ini terjadi kepada seorang lelaki yang terlupa untuk mengambil wang yang dikeluarkan dari mesin berkenaan. Namun, duit berkenaan dikatakan lesap apabila pihak tempat tersebut menunjukkan seorang […]
Korea Utara Didakwa Tembak Mati Pesakit Disyaki Covid-19 Kerana Lari Dari Kuarantin, Ancam Keselamatan Awam
Kerajaan Korea Utara didakwa telah menembak mati seorang pegawai kerajaan yang disyaki dijangkiti Covid-19 kerana melanggar perintah kuarantin dan mengunjungi sebuah kolam mandi awam. Menurut Metro UK, pegawai berkenaan ditahan dan dijatuhi hukuman serta merta kerana dituduh mengancam keselamatan awam. Mangsa yang terlibat dalam soal perdagangan negara dilaporkan baru pulang dari China dalam lawatan bersama […]

Hasrat L/KPL Mohamad Faiz Bina Rumah Tidak Kesampaian
Kota Bharu : Hasrat seorang anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput, L/Kpl Mohamad Faiz Bukhari, 28, untuk membina rumah tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan di Km37, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, dekat Kampung Salak Stesyen, Sungai Siput, Perak malam tadi. Ibu mangsa, Che Senah Che Awang, 62, berkata Allahyarham Mohamad Faiz […]
Lagi Tembakan Rambang Di Thailand, Lelaki Lepaskan Kira-kira 50 Tembakan Berdekatan Universiti
Bangkok, 14 Feb – Seorang lelaki berusia 44 tahun dilaporkan melepaskan tembakan rambang di tempat awam berhampiran Universiti Chulalongkorn, Thailand pagi tadi. Ekkachai Charueksilp didakwa melepaskan kira-kira 50 tembakan menyebabkan para pejalan kaki panik dan mencari perlindungan. Salah seorang saksi berkata suspek turut menyasarkan tembakan ke arah pejalan kaki. “Pada mulanya dia menembak ke arah […]