Berita
“Saya Benci Sangat Bila Orang Kata…”, Wanita Kesal Netizen Tak Sensitif Dengan Autisme
Ramai kanak-kanak autisme tidak dapat dikenal pasti masalah perkembangan kompleks ini sehingga mereka berusia sekurang-kurangnya empat tahun atau lebih menyebabkan tanda autisme sukar dikesan di peringkat awal. Mengesan autisme seawal mungkin adalah penting kerana kajian menunjukkan intervensi dilakukan terhadap kanak-kanak autisme selepas pemeriksaan awal menghasilkan keputusan lebih baik dari segi pembelajaran, komunikasi dan kemahiran sosial […]
Halau Penguatkuasa Imigresen Jalankan Tugas, Dua Lelaki Ditahan
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) — Dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan insiden anggota penguat kuasa Imigresen yang dihalang daripada melakukan operasi di kawasan peniaga haram di Batu Caves dekat sini. Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata seorang individu berusia 47 tahun ditahan pada 7 malam semalam (Sabtu) manakala seorang lagi, yang […]
(Video) Covid-19: Kapal Persiaran Berlepas, Transit Di Mana-Mana Pelabuhan China Tidak Dibenarkan Masuk Malaysia
Putrajaya, 16 Feb – Berikutan kes jangkitan Covid-19 yang ke-22, kerajaan akan menghalang semua kapal dari China untuk berlabuh di Malaysia. Kes jangkitan Covid-19 itu melibatkan seorang penumpang kapal persiaran MS Westerdam yang menaiki penerbangan ke Malaysia dari Kemboja. “Buat masa ini, kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan mana-mana kapal persiaran yang berlepas atau transit di […]
Covid-19: Batal Penerbangan Khas, Kerajaan Tak Benarkan Baki Penumpang Kapal Westerdam Di Kemboja Masuk Malaysia
Kuala Lumpur, 16 Feb – Penerbangan Malaysia Berhad (MAB) membatalkan tiga penerbangan sewa khas yang ditempah Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia untuk membawa pulang penumpang kapal persiaran MS Westerdam dari Kemboja ke KLIA, lapor Kementerian Kesihatan (KKM). Tindakan ini susulan kes jangkitan terbaru Covid-19 melibatkan seorang warganegara Amerika Syarikat yang menaiki kapal persiaran itu yang […]
(Video) Saintis AS Dedah Imej Terbaru Virus Covid-19, Guna Mikroskop Canggih
Sejenis koronavirus, Covid-19 dilaporkan telah membunuh lebih 1500 orang di seluruh dunia dengan majoriti daripada jumlah tersebut melibatkan warga China. Baru-baru ini, Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NIAID) Rocky Mountains Laboratories (RML) telah berkongsi imej-imej terkini virus berkenaan yang dilihat di bawah mikroskop elektron. Melalui pancaran elektron, mikroskop ini mampu membesarkan butiran terperinci sehingga […]
355 Penumpang Kapal Persiaran Diamond Princess Disahkan Positif Covid-19
Jumlah penumpang yang menaiki kapal persiaran Diamond Princess yang ketika ini berlabuh di Jepun dan disahkan positif Covid-19 dilaporkan meningkat kepada 355 orang, lapor Channel News Asia hari ini. ”Setakat ini, kami sudahpun menjalankan pemeriksaan terhadap 1,219 penumpang kapal tersebut. Sejumlah 355 orang disahkan positif. Manakala, sebanyak 73 orang pula tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan,” […]
(Video)Viral Aksi Lelaki Lari Pecut Dengan Kerbau, Didakwa Berjaya Pecah Rekod Dunia Usain Bolt
Usain Bolt mungkin mempunyai saingan terbaru bagi tahun ini. Seorang penduduk Karnataka dan joki Kambala hangat diperkatakan semalam selepas dia aksi pecutnya dalam perlumbaan kerbau tradisional, yang meliputi jarak 142.50 meter hanya dalam masa 13.62 saat. Kiraan masa yang pantas sudah cukup untuk menjadikan Srinivasa Gowda yang berusia 28 tahun sebagai pelari terpantas dalam sejarah […]
Gara-Gara Tabiat Suka Gigit Kuku, Jari Gadis Ini Bernanah & Nyaris Kena Potong
Tabiat menggigit jari bukanlah perkara yang janggal. Namun, ia boleh mendatangkan kesan terhadap pelaku dari segi kebersihan dan kesihatan. Seorang remaja berusia 18 tahun dari Texas nyaris dipotong jari apabila kukunya dijangkiti bakteria akibat tabiat itu, lapor Daily Mail. “Kepada kawan-kawan yang suka menggigit jari, hentikan apa yang kalian buat. Jari saya nyaris dipotong kerana […]
Lagi Kes Pemandu Dipercayai Mabuk, Kali Ini Langgar Kereta Peronda Polis
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) — Seorang pemandu yang disyaki mabuk melanggar sebuah kereta peronda polis di Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur, di sini, awal hari ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata pihaknya menerima maklumat awal mengenai satu kemalangan jalan raya pada pukul 4.02 pagi melibatkan sebuah kereta berada […]
Demi Nak Langsai Hutang, Ibu Dikesan Jual Bayi Belasan Ribu Ringgit Di Atas Talian
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) — Sima (bukan nama sebenar) ditawarkan seorang bayi untuk dijadikan anak angkat tetapi perlu membayar pelbagai kos sehingga mencecah RM15,000. Wanita berusia 35 tahun itu berkata dia mencari anak angkat menerusi laman sosial sejak awal tahun lepas dan nyaris ditipu ibu kandung bayi yang dikenalinya kira-kira 10 bulan lepas apabila […]
Pemandu Dipercayai Mabuk Langgar Empat Kenderaan, Seorang Maut
SEREMBAN, 16 Feb (Bernama) — Seorang pemandu kereta maut manakala tiga penunggang dan seorang pembonceng motosikal cedera selepas mereka dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki secara melawan arus di kilometer 17.5 Lebuhraya Lekas, di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata dalam kejadian pukul 3.20 pagi itu, seorang pemandu […]
Lima Lagi Kes Jangkitan Covid-19 Disahkan Di Singapura, Jumlah Kini 72
SINGAPURA, 15 Feb (Bernama) — Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura hari ini mengesahkan lima lagi kes jangkitan COVID-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 72. MOH dalam kenyataan memaklumkan kes positif baharu itu melibatkan tiga rakyat Singapura dan masing-masing seorang warga Bangladesh dan China yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China baru-baru ini. Tiga […]
(Video) TERKINI: Kedutaan AS Di Iraq Dipercayai Diserang Roket, Bunyi Letupan Dilaporkan
Beberapa kejadian letupan dilaporkan berlaku di kedutaan AS di ibu negara Iraq awal pagi tadi, dipercayai akibat serangan roket, menurut laporan sumber tentera AS seperti dilaporkan India Today. Bagaimanapun kenyataan yang sama tidak menyebut mengenai jumlah kerosakan ataupun sebarang kecederaan atau korban nyawa. AS menyalahkan militan yang disokong Iran dalam siri serangan roket sebelum ini […]

12 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Semporna
SEMPORNA, 16 Feb — Kira-kira 12 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Inabah Kamal di sini, malam tadi. Pegawai Bomba Kanan I, Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Rary Binjie berkata lima jentera dengan 31 anggota ditugaskan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 8.02 malam. “Bantuan digerakkan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kunak serta […]
Covid-19: Jumlah Korban Lepasi Angka 1600 Di China
Media China, CGTN melaporkan angka korban akibat Covid-19 kini sudahpun mencecah 1,665 orang termasuk seorang yang dilaporkan di Hong Kong dan juga tiga orang lagi diluar China, setakat ini. Sebanyak 68,584 kes positif dilaporkan di China manakala 510 lagi kes dilaporkan di luar China. Daripada jumlah berkenaan, 11,272 pesakit berada dalam keadaan kritikal manakala 9,419 […]
Covid-19: Kes Ke-22 Di Malaysia Adalah Penumpang Kapal Persiaran Berlabuh Di Kemboja
Kuala Lumpur, 16 Feb – Satu lagi kes baru Covid-19 dicatatkan di Malaysia semalam menjadikan angka kes 22 setakat ini. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes melibatkan seorang wanita 83 tahun warganegara Amerika Syarikat yang merupakan salah seorang penumpang kapal persiaran MS Westerdam. Kapal berkenaan dilaporkan berlabuh di Kemboja 13 Februari lalu setelah ditolak 5 […]

Normah Ishak Wanita Pertama Dilantik Ketua Penolong Pengarah E8
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) — SAC Normah Ishak merupakan wanita pertama dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman yang baharu. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, beliau menggantikan Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang dilantik sebagai Ketua Polis Johor berkuatkuasa 6 Mac ini. Beliau berkata […]

DBKL Tawar Kadar Khas Kompaun Untuk Wargakota Sempena Hari Wilayah Sehingga 3 Mac Ini
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan media memaklumkan pihaknya menawarkan Kadar Khas Kompaun Trafik bermula 1 Februari sehingga 3 Mac ini sempena Hari Wilayah 2020. Tawaran kadar khas ini kepada wargakota bertujuan untuk membolehkan mereka membuat penyelesaian terhadap nitis kompaun sekaligus mengelakkan dari disenarai hitam. Kadar Khas Kompaun ditetapkan DBKL adalah seperti berikut: […]

Covid-19: Tiada Bukti Pesakit Pulih Dijangkiti Semula
IPOH, 15 Jan — Tiada bukti menunjukkan bahawa individu yang telah pulih daripada jangkitan COVID-19 akan dijangkiti semula, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye. Beliau berkata pada kebiasaannya mana-mana individu yang sembuh daripada infeksi virus akan mempunyai imuniti dalam tubuh untuk melawan penyakit berkaitan. “Memang dikhuatiri jangkitan semula boleh berlaku, tapi setakat ini tiada bukti ini […]
Pengurusan Pusat Beli-Belah Perlu Tingkat Langkah Pencegahan COVID-19
PUTRAJAYA, 15 Feb (Bernama) — Pengurusan pusat membeli-belah di Wilayah Persekutuan diingatkan supaya meningkatkan langkah pencegahan COVID-19 dengan mengikut saranan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad. “Keadaan masih terkawal. Setakat ini tidak ada keperluan untuk menutup mana-mana pusat membeli-belah di Wilayah Persekutuan dan tidak ada permintaan dari KKM […]