Berita
(Video) “Saya Minta Tolong Untuk Tempoh 2 Minggu Ni Sahaja”, PM Rayu Rakyat Malaysia Kekal Di Rumah
Putrajaya, 18 Mac – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merayu orang ramai agar tinggal di dalam rumah sepanjang dua minggu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. “Saya minta tolong untuk tempoh 2 minggu ini sahaja dulu. Kenapa? Kerana kita nak putuskan rantaian jangkitan virus ini supaya jumlah orang yang dijangkiti dapat dikurangkan atau dihapuskan. “Kenapa tempoh […]
Bekas Isteri Chef Wan Meninggal Dunia
BARU sahaja sebentar tadi kita mendengar berita menyedihkan, penyanyi Allahyarhamah Maya Matahari telah pergi menghadap Ilahi akibat kanser. Terbaru melalui kemaskini yang dibuat oleh Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan memaklumkan bekas isterinya meninggal dunia. Beliau memuat naik sekeping gambar tertera Surah Al-Fatihah di Instagramnya tadi beserta caption seperti berikut; Dengan rasa […]
PLUS Tutup Plaza Masuk Tol Ebor Selepas Seorang Kakitangan Disahkan Positif COVID-19
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19. ”Kakitangan tersebut, seorang Pembantu Khidmat Pelanggan, pada ketika ini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan kerajaan. ”PLUS juga telah mengarahkan semua kakitangannya yang mempunyai hubungan rapat dengan kakitangan terbabit supaya mengadakan pemeriksaan dan saringan kesihatan serta dikuarantin. ”Pada masa yang […]
Pakatan Harapan Cadang Kerajaan Hadkan Pembelian Barang Keperluan Asas
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) — Pakatan Harapan (PH) mencadangkan agar kerajaan menimbang langkah mengehadkan pembelian barang keperluan asas di pasar raya bagi menjamin kuantiti adalah mencukupi untuk semua yang memerlukan. Menurut kenyataan Majlis Setiausaha PH hari ini, langkah itu boleh dikuatkuasakan dengan pasar raya mengenakan had pembelian seperti kempen jualan murah bagi sesuatu produk. […]
841 Rakyat Malaysia Terkandas Di Luar Negara- Wisma Putra
KUALA LUMPUR, 18 Mac — Setakat ini seramai 841 warga Malaysia dilaporkan terkandas di 20 negara berikutan penguatkuasaan peraturan kawalan atau sekatan perjalanan oleh pelbagai negara sebagai langkah kawalan wabak COVID-19. Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata semua rakyat Malaysia yang terkandas itu telah diberikan bantuan konsular oleh Perwakilan Malaysia di luar negara meliputi nasihat […]

TERKINI: 117 Lagi Kes Baru COVID-19 Dicatatkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu tweet sebentar tadi memaklumkan sebanyak 117 kes baru COVID-19 dilaporkan di Malaysia setakat 18 Mac. Ia menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 790 kes. 80 daripada kes baru berkenaan dikaitkan dengan kluster kes perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling. Jumlah kumulatif kes tabligh adalah 513 kes. Manakala sebanyak […]
Penyanyi Terkenal, Maya Matahari Meninggal Dunia
MYANALIZA Ruslee atau lebih dikenali dengan gelaran Maya Matahari telah meninggal dunia pada Rabu. Menurut laporan Astro Awani, Allahyarham yang berusia 44 tahun itu sebelum ini menghidap penyakit kanser tisu sejak tahun lalu. Allahyarham masyhur dengan pelbagai lagu antaranya Matahari yang menajadi fenomena suatu ketika dahulu. Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham dan semoga rohnya […]
Seluruh Rakyat Boleh Main Peranan Untuk Nasihat Dan Tegur Mereka Yang Ingkar”- KJ
Umum sememangnya mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak virus Covid-19 yang boleh membawa maut. Sehingga kini, kes serta angka kematian yang dicatatkan di seluruh dunia meningkat hari demi hari. Justeru daripada itu, banyak negara yang telah mengambil langkah serius dalam memerangi virus ini antaranya China, Amerika Syarikat, Itali, Perancis, Vietnam, Thailand dan juga […]

Sedang Rawat Pesakit COVID-19, Barangan Doktor Dan Jururawat Di Itali Didakwa Kena Curi
Barang-barang seperti telefon, komputer dan dompet yang dimiliki oleh doktor dan jururawat yang merawat pesakit koronavirus dikatakan telah dicuri. Pencuri memasuki jabatan kecemasan di klinik poliklinik Palermo di Sicily, Itali kira-kira jam 8.30 malam semalam. Menurut laporan La Repubblica, pencuri itu mengambil empat monitor, dua komputer dan kebanyakan barangan peribadi doktor dan pelatih. Tentera telah […]

”Mereka Hero Kita, Jasad Mereka Penat Tapi Mereka Terus Bekerja”
Barisan hadapan negara dalam menangani wabak Covid-19 di negara ini pastinya para petugas kesihatan yang bertungkus-lumus tanpa mengira waktu untuk merawat pesakit. Sedar mengenai risiko ketika menguruskan pesakit, mereka terus bekerja dan percaya bahawa Allah sebaik-baik pelindung dalam menghadapi wabak berkenaan. Perkongsian oleh Pencetus Ummah (PU) Amin ini mungkin boleh menjentik hati agar terus berdoa […]

COVID 19: Hampir 200,000 Dijangkiti Virus Seluruh Dunia, Malaysia Catat Kes Tertinggi Di Rantau Asean – KKM
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan statistik terbaru pada hari ini berkaitan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia. Menerusi laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kematian mencecah hampir 8,000 di dunia dan hampir 200,000 dijangkiti virus itu. Kematian di Itali pula lebih 2,500 dengan kadar kematian 7.9% mengatasi China 4%. Manakala di Malaysia pula, dua kematian direkodkan […]
“Dulu Belajar Hafiz Al-Quran, 15 Juz Juga,” Ebit Lew Kongsi Pernah Berjumpa Mangsa Covid-19
Berita kematian mangsa Covid-19 di Malaysia turut mendapat perhatian pendakwah terkenal Ebit Lew. Beliau turut berkongsikan bahawa dia pernah berjumpa dengan mangsa sekitar tahun 2003. Ustaz Ebit Lew sempat menghubungi isteri arwah selepas pemergian suami tercintanya itu. Ustaz Ebit Lew juga turut sempat menzahirkan penghargaan kepada petugas-petugas kesihatan barisan hadapan yang sedang berjihad dalam memerangi […]
“Kita Mempunyai Peluang Yang Tipis Untuk Memutuskan Rangkaian Jangkitan COVID-19” – KP Kesihatan
Rakyat Malaysia buat pertama kalinya pada hari ini perlu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan yang disebabkan oleh penularan pandemik COVID-19. Perintah ini meliputi seluruh negara dan pihak berkuasa menyeru agar rakyat mematuhi perintah yang telah ditetapkan. Menerusi laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah, beliau merayu agar semua rakyat Malaysia patuh kepada perintah kawalan tersebut. […]

Patuh Arahan, Arked Niaga Padang Besar Lengang, Semua Kedai Tidak Beroperasi
Ramai yang berkongsi gambar keadaan semasa di tempat mereka. Baru sebentar tadi SK memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan keadaan semasa hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan di Cyberjaya. Terbaharu, melalui lama Facebook Perli Aktif juga memuat naik suasana terkini di Arked Niaga Padang Besar. Semua orang tahu, di sini jika hari biasa terlalu padat dengan […]

(Video) Anak Menangis Minta Dukung, Ibu Terpaksa Dikuarantin Lepas Rawat Pesakit Suspek Covid-19
Barisan hadapan negara dalam menangani wabak Covid-19 pastinya para petugas kesihatan yang bertungkus-lumus dalam merawat pesakit. Mereka bukan sahaja menggalas amanah yang besar, tapi mempertaruhkan nyawa sendiri demi rakyat Malaysia. Seperti perkongsian realiti sebenar oleh seorang doktor menerusi akaun facebooknya, Khadijah Ismail, apabila berhadapan dengan individu yang tidak mempunyai kesedaran akan wabak ini yang mudah […]

Kisah Jemaah Tabligh Masjid Sri Petaling Dikuarantin COVID-19
LABUAN, 18 Mac — Bagi Umar Faruq (bukan nama sebenar), 54, ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini adalah seperti tahun-tahun sebelum ini, dengan dalam dan luar masjid itu penuh sesak dengan ribuan jemaah tabligh dari dalam dan luar negara. Kesesakan lebih terasa terutamanya apabila ‘bayan’ (program ceramah) dimulakan dengan mereka duduk rapat-rapat. Begitu juga masa makan, keadaan hampir […]

Tujuh Tips Bekerja Dari Rumah Supaya Tak Cepat Lesu Dan Letih
Bermula pada hari ini, ramai pekerja yang mula bertugas dari rumah selepas Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Bekerja dari rumah tidak bermakna seperti yang anda mahukan. Jika anda mengamalkan tabiat tertentu, anda boleh menyelesaikan lebih banyak kerja. Menurut portal Lokadata, terdapat 7 tip untuk bekerja dari rumah seperti yang diringkaskan oleh Floss Mental. 1. Kawasan kerja […]

Pekerja Malaysia Di Singapura Diberi Dua Pilihan
JOHOR BAHRU, 18 Mac (Bernama) — Bekerja dari rumah atau tinggal di tempat yang disediakan oleh majikan adalah antara pilihan diberi oleh syarikat di Singapura kepada warga Malaysia yang berulang-alik setiap hari untuk bekerja di republik tersebut. Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara mulai hari ini hingga 31 Mac bagi membendung penularan wabak COVID-19, kebanyakan […]

Salah Seorang Lelaki Yang Maut Akibat Covid-19 Masih Muda & Tiada Masalah Kesihatan
Dua kematian COVID-19 pertama negara dilaporkan semalam di mana mangsa yang maut merupakan kes ke-178 dan kes ke-358. Difahamkan, kes-178 merupakan lelaki warga Malaysia berusia 34 tahun dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. Manakala kes ke-358 adalah lelaki warga tempatan berusia 60 berusia mempunyai sejarah kronik. Oleh itu, Public Health Malaysia dalam satu hantaran di […]
Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Kesalahan Jenayah – Takiyuddin Hassan
Semua pihak diharap akur dengan arahan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa hari ini hingga 31 Mac ini dan keingkaran larangan merupakan kesalahan jenayah dan moral, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan. Beliau berkata mengikut Seksyen 11(4) dibaca bersama Seksyen 24(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, hukuman bagi kesalahan […]