Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

COVID 19: Hampir 200,000 Dijangkiti Virus Seluruh Dunia, Malaysia Catat Kes Tertinggi Di Rantau Asean – KKM

Gambar: Florida Department Of Health

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan statistik terbaru pada hari ini berkaitan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia.

Menerusi laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kematian mencecah hampir 8,000 di dunia dan hampir 200,000 dijangkiti virus itu.

Kematian di Itali pula lebih 2,500 dengan kadar kematian 7.9% mengatasi China 4%.

Manakala di Malaysia pula, dua kematian direkodkan dan 49 telah sembuh dengan kadar kematian 0.3%.

Di rantau Asean, Malaysia mencatatkan kes tertinggi tetapi kematian tertinggi adalah di Filipina dengan 14 orang (kadar kematian 7.5%) dan Indonesia 5 kematian (2.9%).

Sumber: KKM