Berita

TERKINI: Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi telah mengumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April. Ini berikutan, kes-kes positif Covid-19 di negara masih menunjukkan trend peningkatan ditambah dengan jumlah kematian yang turut meningkat. Justeru itu, beliau meminta agar seluruh rakyat dapat menyiapkan mental dan fizikal untuk duduk di rumah dalam […]
(Video) TERKINI: COVID-19 Wabak Yang Kita Tak Jangka, 172 Kes Baru Hari Ini- PM
Putrajaya, 25 Mac – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keadaan semasa COVID-19 mungkin menjadi semakin sukar. “Keadaan berkemungkinan menjadi makin sukar. COVID-19 ialah sejenis wabak yang tak pernah kita hadapi sebelum ini. Tak pernah kita jangkakan kehidupan berubah sekelip mata hanya kerana wabak yang menular bukan sahaja di tempat kita tapi di seluruh […]
Ronaldo Hulur Duit Bantu Hospital Wujudkan Wad ICU 15 Katil Rawat COVID-19
LISBON, 25 Mac (Bernama) — Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo dan ahli perniagaan Jorge Mendes menyumbang dana untuk menjadikan sebahagian bangunan di Hospital Santo Antonio di Porto menjadi unit rawatan rapi (ICU), lapor agensi berita Xinhua pada Selasa. “Ia membolehkan 15 katil disediakan, dilengkapi ventilator, monitor dan peralatan lain,” menurut Centro Hospitalar Universitario do […]
Semua Bank Tempatan Tawar Moratorium Sehingga Enam Bulan – PM
SEMUA bank tempatan akan menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran balik sehingga enam bulan kepada peminjam individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemegang kad kredit yang menghadapi masalah kewangan juga boleh memilih untuk menukar baki kad kredit kepada peminjam berjangka. “Fleksibiliti penangguhan pembayaran balik kad kredit ini boleh […]
Kadar Jenayah Turun 70 Peratus Seluruh Negara Sejak Pelaksanaan PKP- Ketua Polis Negara
Putrajaya, 25 Mac- Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan kadar jenayah menurun sebanyak 70 peratus sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebanyak 370 kertas siasatan dibuka manakala 25 orang individu telah ditahan dalam tempoh pelaksanaan perintah tersebut, katanya dalam sidang media hari ini. Sepanjang pelaksanaan PKP, sebanyak 15,000 sekatan jalan raya telah […]
Lebih 100,000 Kes Baru Positif COVID-19 Dilaporkan Di Seluruh Dunia Dalam Masa Beberapa Hari
Dalam tempoh kurang seminggu, angka kes positif COVID-19 naik di seluruh dunia kepada 422,584 kes daripada 311, 198 kes beberapa hari lalu. Menurut data Worldometer, sebanyak 43,815 kes dicatatkan semalam dengan 11,089 kes daripadanya melibatkan penduduk Amerika Syarikat (AS). Angka itu mengatasi pertambahan kes di negara Eropah paling teruk dilanda wabak, Itali yang mencatatkan peningkatan […]

Terdesak Jumlah Kes Bertambah, Washington Guna Padang Bola Bina Hospital Pesakit Covid-19
Padang bola di King County, daerah di Seattle, Washington, kini diubahsuai menjadi sebuah hospital bagi menampung pesakit Covid-19 yang semakin bertambah, lapor Daily News. The Shoreline Temporary Field Hospital yang akan dibina dapat memuatkan sehingga 200 katil untuk menempatkan pesakit Covid-19 dan individu yang disyaki positif jangkitan, menurut pihak berkuasa King County. ”Pada dasarnya ia […]
COVID-19: Lapan Individu Dalam Siasatan (PUI) Dikenakan Tindakan
KOTA KINABALU, 25 Mac – Seramai lapan individu dalam siasatan (PUI) atau kontak rapat pesakit dijangkiti COVID-19 di Sabah dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak mematuhi arahan kuarantin di rumah selama 14 hari, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rundi. Beliau berkata lapan individu terbabit masing-masing tiga dari Papar dan lima dari Tawau dan kesemua mereka dikenakan tindakan […]
“Jawapannya Penuh Dengan Fakta”, Netizen Puji Cara KP Kesihatan ”Handle” Sidang Media
KETIKA semua ‘tentera’ barisan hadapan negara sedang berperang dengan jangkitan COVID-1 di seluruh negara, ada seorang insan yang mengepalai pasukan tersebut. Insan itu bersengkang mata siang dan malam, setiap hari dia perlu berhadapan dengan jutaan rakyat Malaysia menerusi skrin media massa setiap kali ingin melaporkan informasi baharu mengenai wabak. Sama ada berita yang baik untuk […]

Covid-19: UniMAP Guna Teknologi Pengesanan Pantau Pelajar Dan Kakitangan
ARAU, 25 Mac – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menggunakan teknologi pengesanan lokasi, bagi memantau keselamatan 17,000 pelajar dan kakitangannya, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Naib Canselornya Prof Dr R Badlishah Ahmad berkata, melalui teknologi itu, kesemua warga UniMAP boleh mengemas kini kedudukan masing-masing tidak kira di mana mereka berada, dan pihak universiti akan membuat analisa data keberadaan mereka, sepanjang tempoh PKP. […]

Suruhanjaya Tinggi British Di Malaysia Gesa Pelancong Kembali Ke UK Secepat Mungkin
KUALA LUMPUR, 25 Mac – Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia pada Selasa mencadangkan rakyatnya untuk pulang ke United Kingdom (UK) secepat mungkin, susulan nasihat perjalanan terkini yang dikeluarkan negara itu berikutan pandemik COVID-19. Pesuruhjaya Tinggi Charles Hay, dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam media sosial Suruhanjaya Tinggi itu, menggesa warga UK berbuat demikian sementara perkhidmatan penerbangan […]
KKM & MERCY Malaysia Sedia Perkhidmatan Psikososial Untuk Mereka Yang Terkesan Emosi Akibat COVID-19
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Medical Relief Society (MERCY Malaysia) akan menyediakan perkhidmatan sokongan psikososial kepada rakyat Malaysia. Semua petugas barisan hadapan dan individu yang terkesan emosi akibat COVID-19 boleh menghubung talian di bawah; 011-6399 6482 011-6399 4236 03-2935 9935 Waktu operasi perkhidmatan ini adalah dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari. […]
TERKINI: Gempa Bumi Kuat Berukuran 7.8 Magnitud Gegar Pulau Di Rusia, Amaran Tsunami Dikeluarkan
United States Geological Survey dalam satu kemas kininya di Twitter sebentar tadi memaklumkan satu kejadian gempa bumi bermagnitud 7.8 melanda kawasan pantai di Pulau Kuril di Rusia. Susulan gempa berkenaan, beberapa media turut melaporkan amaran tsunami dikeluarkan untuk kawasan berdekatan termasuk di Hawai. Berita lanjut menyusul. Large quake about 20 minutes ago in Kuril Islands […]
743 Orang Maut Dalam Masa 24 Jam Di Itali, Tapi Kadar Jangkitan Baru Menurun Selepas Perintah Berkurung
ROME: Jumlah kematian COVID-19 di Itali meningkat pada Selasa (semalam), namun kadar jangkitan tersebut sudah mula perlahan rentetan perintah kawalan yang dilaksanakan di seluruh negara. Pegawai-pegawai perubatan di seluruh negara Mediterranean itu membentangkan setiap data terbaharu untuk melihat sama ada perintah penutupan (kawalan) selama dua minggu tersebut memberi hasil atau tidak pada krisis tersebut. Sekatan […]
“Bayaran Loan Rumah & Kereta Ditangguh Tapi..” Ini 5 Perkara Tentang Motarium Bank Negara
Tular di media sosial mengenai satu moratorium yang dikeluarkan oleh Bank Negara untuk membantu meringgankan beban rakyat di Malaysia sewaktu menghadapi pandemik wabak Covid-19 ini. Susulan daripada itu, saudara Ikmal Nordin, seorang ahli ekonomi berkongsi di laman Facebooknya meringkaskan kefahaman orang ramai tentang moratorium yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Nak faham requirement baru BNM […]

Anggota Sambut Hari Polis Tahun Ini Di Medan Bakti, Jadi Barisan Hadapan Lawan Covid-19
Setiap 25 Mac setiap tahun, negara akan menyambut Hari Polis bagi menghargai semua anggota polis yang masih berkhidmat atau sudah bersara mahupun yang sudah terkorban. Namun, lain pula ceritanya tahun ini apabila sambutan Hari Polis ke-213 nampaknya tidak akan disambut seperti tahun-tahun sebelum ini kerana penularan wabak Covid-19 dan ketika ini sebahagian besar anggota polis […]
(Video) “Kita Tengok Pun Tak Sanggup Pakai”, Berlapis-lapis, Cara Pakai PPE Kendali Kes COVID-19
Peralatan perlindungan diri atau personal protective equipment (PPE) merupakan peralatan yang dipakai untuk melindungi petugas dari sebarang marabahaya. Ia dilengkapi aksesori perlindungan seperti but, helmet, apron, sarung tangan dan sebagainya. Bagi petugas kesihatan, mereka perlu memakai berlapis-lapis pakaian perlindungan untuk mengelakkan diri dijangkiti virus COVID-19. Seorang pengguna Facebook, Liyana Azizi baru-baru ini berkongsi cara pemakaian […]

Warga Malaysia Maut Akibat Covid-19 Di London, Selamat Dikebumikan
Menerusi kiriman daripada laman Facebook Kelab Melayu London mengesahkan bahawa seorang warga Malaysia yang merupakan seorang anggota perintis telah meninggal dunia selepas dijangkit wabak Covid-19. Terkini, jenazah Allahyarham Husin Long selamat dikebumikan sekitar jam 2 petang pada hari Selasa waktu tempatan di tanah perkuburan Gardens of Peace. Tempat pegebumian tersebut hanya membenarkan 10 orang untuk […]

Angka Kematian Akibat COVID-19 Di Uk Meningkat Kepada 422 Kes
Angka kematian Covid-19 di United Kingdom telah melonjak kepada 422 dalam kenaikan kes harian yang terbesar. Para pegawai telah mengumumkan krisis tersebut terus tidak terkawal. Lebih 83 pesakit mati semalaman di England termasuk 21 di satu amanah NHS di London. Scotland juga mengumumkan dua kematian. UK telah mengesahkan 335 kematian akibat Covid-19 pada pukul 1 […]
Tersusun Dengan Jarak, Penghantar Makanan Disediakan Kerusi Ketika Tunggu Makanan Siap
Susulan daripada penularan wabak pandemik Covid-19 di seluruh dunia, WHO telah menggesa orang ramai supaya melakukan penjarakan sosial dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan penyakit ini. Langkah tersebut perlu dibuat bagi mengurangkan risiko daripada dijangkiti oleh orang yang menjadi pembawa virus ini. Disebabkan ada pesakit yang tidak menunjukkan simptom-simptom jangkitan boleh dikesan pada awal virus itu […]